Adehhh!!
Teman jenuh nak paham apa maksud TPM kita pasal Pemuda PAS jangan melampau berkempen untuk hari kekasih ni..
Setiap kali masuk je bulan Februari.. inilah isunya..
Valentine day.. tak sesudah!
Masa bila pulak Pemuda PAS kata nak gegar sampai ke penganut agama lain?
Teman pernah joint xtvt malam Valentine day nih.. dengan pemuda-pemuda PAS yang lain.
Golongan sasaran kami 1 je.. Umat Islam..
Kalau dah jelas nampak yang bercouple tu cina.. India.. dan kami yakin bukan Islam..
Kami buat dekkk je..
Ataupun kami edarkan risalah anti-zina..
Yang Muhyiddin lagi sensitif dari orang bukan Islam ni apahal?
Wakil Kristian pun dah cakap yang Valentine's Day ni bukan ajaran agama depa!
Adehhh!!
So, kalau Kristian pun bukan..
Kenapa Muhyiddin leh keliru?
Ke Muhyiddin sendiri masih keliru nak memahami apa itu ajaran agama, apa itu budaya?
Hmmm... Kalau dah Muhyiddin pun macam ni..
Ketua Pemuda UMNO Malaysia lagi la keliruuuuu..
adehhh!!
sunsnake 13022011
TPM: Kempen Hari Kekasih PAS melampau, Jakim hanya nasihat Muslim
KUALA LUMPUR, 12 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Hari Valentine Isnin ini, hanya ditujukan untuk masyarakat Islam.
Menyentuh mengenai tindakan Pemuda PAS mengadakan kempen “bebas dosa” sempena Hari Kekasih di keempat-empat negeri di bawah pentadbiran PAS-DAP-PKR esok dan Isnin ini, Muhyiddin berkata tindakan itu agak keterlaluan.
“Sebagai orang Islam, kita tekankan nasihat. Jangan sentuh perasaan lain-lain kaum yang sudah jadikan sambutan ini amalan mereka”, katanya.
0 comments:
Post a Comment