Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, January 2, 2011

Siapa Nak Bunuh Karpal Singh?




Di Selangor... Sewaktu pemerintahan UMNO-BN..
Masjid-masjid di Selangor sangat sunyi..
Tiada Tazkirah.. Kelas-kelas pengajian agama sangat kurang..
Kuliah-kuliah sangat membosankan!
Aktiviti-aktivit masjid sangat jarang dan pentadbiran masjid terutamanya kewangan sangat meragukan!
Kebanyakkan masjid di Selangor ketika itu hampir tiada laporan kewangan tahunan!
Malahan ada sebuah masjid yang laporan kewangan disediakan oleh Setiausaha! bukan bendahari!
Nazir-nazir masjid sangat lembab dan malas kerana lantikan mereka kebanyakkannya adalah lantikan politik! Malahan ada sesetangah nazir masjid dikala itu sangat jarang ke masjid pun!
Namun disebabkan dilantik oleh ketua Bahagian mahupun Ketua Cawangan UMNO,
maka jawatan itu diterimalah jugak.. Hakikatnya hati mereka bukan di masjid!

Kini, pasca kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai jenis rintangan terutamanya daripada konco-konco UMNO didalam JAIS dan MAIS yang diketuai oleh Khusrin dan juak-juaknya, akhirnya masjid-masjid di Selangor berjaya dikuasai oleh PAS secara umumnya.
Daripada Nazir sehinggalah ke siak, semuanya diisi oleh mereka yang dipilih secara pilihanraya/undian kariah masjid itu sendiri! Dan hasilnya, kini masjid-masjid di Selangor sangat meriah!

Ada aktiviti kelas pengajian bulanan, mingguan malahan ada juga aktiviti Qiamullail secara berkala di setiap minggu!
Tazkirah Jumaat yang diadakan sebelum khutbah Jumaat sangat menarik dan menyebabkan sidang Jumaat datang awal ke masjid. Tazkirah Ramadhan juga sangat menarik kerana dikala umat Islam berpusu-pusu menerima Rahmat Allah di bulan Ramadhan, ianya diisi dengan pengisian tazkirah Ramadhan yang sebelumnya diharamkan oleh Khir Toyo dan UMNO Selangor!

Di sesetengah masjid, dibawah nama Pemuda Masjid, aktiviti sukan seperti street soccer diadakan didalam kawasan masjid! Bukan senang mahu menarik hati anak-anak muda ke masjid jika tidak kerana sesuatu yang mereka minat. Ada aktiviti sukan seperti ping-pong dan karom yang dijalankan didalam kawasan masjid. Aktiviti senamrobik juga turut diadakan!

Kuliah Subuh boleh dikatakan diadakan secara harian dan semakin ramai Ustaz-ustaz jemputan dari seluruh pelusuk negara hadir ke negeri Selangor bagi berkongsi ilmu yang dimiliki. Aktiviti-aktiviti untuk anak muda yang berbentuk pengisian ilmu seperti Kem Smart Solat diadakan secara tersusun di seluruh masjid dan dibantu oleh Kerajaan negeri melalui Exconya Dr Hassan Ali dan Dr. Halimah.

Semuanya ini dikecapi setelah PAS memenangi pemerintahan Selangor melalui kerjasama politik dengan DAP dan PKR di PRU12 dahulu. Tanpa bekerjasama dengan DAP dan PKR, sangat mustahil PAS berjaya memiliki penguasaan kepada masjid-masjid ini!

UMNO secara jelas telah memusuhi PAS dan Islam secara halusnya apabila menyekat pelbagai jenis aktivti yang ingin diadakan sebelum kejatuhannya di PRU12 dahulu. Tazkirah Ramadhan telah diharamkan terus oleh MB UMNO Khir Toyo! Malahan ada sesetengah tempat Masjid terus disunyikan!

Selebihnya, adakah salah apabila PAS menyebelahi DAP? Sebaliknya, adakah perlu PAS membela UMNO yang sangat zalim terhadap institusi masjid?
sunsnake 02012011

Abd. Rahim diminta bertaubat

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, wakil rakyat Pas itu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa kepada orang bukan Islam semata-mata atas kepentingan politik.

“Sebagai orang Islam tidak sepatutnya membuat sesuatu pendirian sanggup mati kepada bukan Islam kerana soal politik dunia tidak boleh dicampur aduk dengan hal akhirat.

“Beliau harus berfikir dan kembali ke pangkal jalan serta kewarasan agama kerana Islam mempunyai batasan tertentu dengan bukan Islam khususnya berkaitan akidah dan kenyataan itu jelas sudah terkeluar daripada ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan ucapan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang memberi amaran ‘langkah mayat saya dahulu’ jika ada pihak yang ingin ‘mengusik’ Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran ‘langkah mayatnya dahul’ jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Berita Penuh

0 comments: