Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, January 9, 2011

"Jalinan Kasih" PAS Zon Bukit Beruntung, Meriah!


Bukit Beruntung 8 Januari - "Eratkan Ukhwah, Gerakkan Usaha," itulah kesimpulan yang dapat dibuat daripada Majlis 'Jalinan Kasih' PAS Zon Bukit Beruntung yang diadakan di Dewan Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya disini malam ini. Majlis yang dijangka akan mengumpul lebih kurang 100 ahli bagaimanapun diluar jangkaan apabila lebih 250 ahli dan keluarga masing-masing hadir di majlis berkenaan.

Majlis yang julung-julung kali diadakan adalah bertujuan untuk mengikatkan kembali ukhwah sesama ahli PAS Zon Bukit Beruntung yang terdiri daripada 8 cawangan iaitu Cawangan Bukit Beruntung/ Bukit Sentosa, Jalan Cempaka, Jalan Kasturi, Jalan Kesumba, Bukit Sentosa 2, TBR Teratai, Apartment Anggerik dan Apartment Kenangan. Didalam majlis yang sama juga, muslimat zon mengambil kesempatan untuk menambah ahli daripada kalangan isteri-isteri ahli PAS yang sebelum ini agak jarang kehadapan.

Sesi pemuda turun memasak ke? Adehhh!!


Mana muslimat neh? Ada bran lawan masak dengan Unit Amal Pemuda??


Basuh beras syeikhh!!


Chef sedang start nak masak nasi minyak tuuuu!!


Basuh periuk pulakkk!! adehhh!!


Ketibaan ahli-ahli... Unit Amal pun ada punyaaa!!


Ahli-ahli PAS Zon Bukit Beruntung mendaftarkan diri..
"Lama tak nampak Syeikh?? Ingat dah tukar khemah!! Wakakaka!!!"



2 orang kuat Unit Amal Bukit Beruntung..
Masing-masing ada silat tuu.. Silat 'Langkah Seribu' nama dia!!!


Suasana didalam... Sesak... Alhamdulillah..



Meja utama.. Banner utama..
Syeikh MC sedang mencatat sesuatu daripada Pengarah Program


Mai imfa' syeikh... Masuk tabung ni baru duit kita...
Yang dalam poket belum tentu kita punya..
Balik karang isi minyak skit, dah jadi milik tokey petrol station duit tuhhhh!!


Suasana didalam dewan dari belakang..


Pengerusi Majlis merangkap Ketua PAS Cawangan TBR Teratai memulakan majlis..


Semua ahli berdiri menyanyikan lagu Rasmi PAS
"Berkorbanlah wahai yang beriman, dengan harta dan segenap kepunyaan"..


Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor turut hadir dan menyampaikan sedikit ucapan dan pesanan daripada kepimpinan Pemuda PAS Selangor mahupun Pusat.


Ketua Muslimat Zon menyampaikan ucapan
"Izinkanlah isteri Tuan-tuan menyertai aktiviti muslimat,
takkan tuan-tuan nak simpan mereka dalam almari lauk?"
mungkin itulah ucapannya kot? hehehe


Air tembikai susu tuhh.. terbaekk!!


Antara muslimat yang berjaya menerobos ke dalam dewan! Barakallah!



Suasana di luar dewan dalam masa yang sama...


Wah! Lepak luar lagi sejuk sambil dengar ucapan ye?



Wakil Muslimin merangkap Bendahari PAS Kawasan menyampaikan sedikit 'presentation' berkaitan Gerak kerja Pilihanraya.. Sangat baik!


Amanat oleh Tuan Pengarah PAS Zon Bukit Beruntung.. Barakallah Ustaz!



Wajah-wajah bakal pewaris perjuangan Islam ini.. InsyaAllah!


2 Ketua Cawangan sedang berbincang sambil makan kari kambing! Perghh!!


Sesi terakhir pada malam itu, makan-makan.. Alhamdulillah..
2 ekor kambing Aqiqah oleh seorang ahli 'otaimer' PAS Zon Bukit Beruntung..
Terima Kasih YB Hang Kebas!


Suasana di meja makanan muslimat...


Ahli-ahli berpusu-pusu keluar dari dewan menuju ke ruang makan


Wehh!! Sempat bergambor lagi nehh!!

7 comments:

a.samad jaafar said...

salam.. sedih betul sbb tak daya nak ke shah alam mlm ni.. demam pulak saya ni..

joecharlie said...

Sunday, January 9, 2011Tenang: Sudah habis manis, buang macam hampas
Itulah PAS ...

Sanip bin Ithnain ialah bekas ketua Pas Cawangan Felda Sungai Sayong. Dia adalah bekas calon Pas DUN Pasir Raja 2004.

Sejak tahun 2005, dia jatuh sakit urat saraf. Dia juga hadapi lemah sebelah kiri badan akibat angin ahmar.

Dari tahun lepas 2009, keadaannya bertambah teruk. Sudah tidak boleh bercakap tapi masih boleh mendengar sedikit-sedikit. Duduk dan bergerak pun terpaksa guna kerusi roda sahaja. Sekarang pakai pampers.

Begitu banyak pengorbanannya pada PAS, tidak dipeduli langsung. Mana dia orang2 PAS dari Johor macam Din Puduraya, Suhaizat Kayat, dan lain-lain.

Konon Mazlan Aliman berkorban untuk orang Felda. Orang PAS dalam Felda pun dia tidka boleh bela. Akhirnya jiran tetangga orang UMNO juga yang bela.

Siapa nak tolong boleh hubungi di E2, Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi. No. Telefon: 07-8977632.

Bantulah atas peri kemanusianan walaupun dia berlainan parti. Kita anggap dia orang Muslim walaupun Tok Guru dia anggap kita kafir.

Ada lebih, bantulah dia.

Walaupun masa banjir di Kedah, kerajaan negeri hanya bantu orang PAS dan tidak bantu rakyat jelata yang bukan ahli PAS. Kita bantu juga ...
Posted by The Unspinners at 8:30 PM 5 comments

budakbalun said...

joe charlie..

poted by unspinners??

wakakakak!

banyak benda dia x jawab lagi tuuu..
Dah minta maaf kat Tok Guru belum pasal tuduhan rasuah haji tu?

budakbalun said...

a. samad..

sama la kita.. teman banyak benor keje malam ni.. nak siapkan dokumen aktiviti belia selangor nehh!

lolipop said...

Sunday, January 9, 2011 Rembau: Sudah habis manis, buang macam hampas
Itulah UMNO ...

Khairi Jamaluddin ialah ketua Pemuda Umno Malaysia. Dia adalah Ketua Pemuda BN dan Ahli Parlimen Rembau yg memenangi kerusi parlimen bg Pru 12 yg lalu...

Sejak tahun Pru 12, dia jatuh sakit urat krn tidak diberi jawatan dlm menteri Kebinet. Dia juga hadapi lemah semangat perjuangan.

Dari tahun lepas 2009, keadaannya bertambah teruk. Sudah tidak boleh survive wlwpon berdebat dgn Anwar Ibrahim di Parlimen.Nk duduk dlm majlis Umno pun dia x semangat dh..

Begitu banyak pengorbanannya pada UMNO, tidak dipeduli langsung. Mana dia orang2 UMNO dari pemuda macam Mukhriz dan lain-lain.

Konon Khairi Jamaluddin berkorban untuk Pemuda UMNO. Orang UMNO dalam kawasan Perlimen Rembau pun xnk layan dia. Akhirnya rakan sejawat dari Parti Pas juga yang offer Khairi pentas politik yg baru..

Siapa nak tolong boleh hubungi Chegu Bard utk kirim ubat pulihkan semangat..

Bantulah atas peri kemanusianan walaupun dia berlainan parti. Kita anggap dia orang Muslim walaupun Perdana Menteri x pandang beliau lg.

Ada lebih bekalan ubat, bantulah dia.

Walaupun masa PRU 12,dia tibai kita teruk juga,tp bantulah dia demi semangat Demokrasi..
Posted by The Mark of Rembau Zorro..

budakbalun said...

lolipop... adehhhh!!

wakakakakak!

lolipop said...

Whakakaka!!!
Diorang lupa masa Tun Ghafar Baba sakit dulu,org2 UMNO ada jenguk ker..