Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, January 9, 2011

Live! - "Pengkhianat" Berhimpun di Stadium Melawati!

Kalau ikut kata pencacai UMNO laaaa...wakakkakaka!

sunsnake 09012011

LIVE dari Shah Alam:

Hampir 30 ribu umat penuhi Stadium Melawati Shah Alam!!

sumber - Pria Malaya!





















p/s: Lagi gambar dan video akan menyusul...

Solat Hajat penuh sesak di Stadium Melawati

SHAH ALAM, 9 Jun: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. - HD

7 comments:

Anonymous said...

30,000/222=135 org bg satu kws parlimen.xmenang lg hangpa.klu buat satu kws parlimen 30,000 bau hangpa blh ceta lebih.

checkmate said...

apsal tak snap gambar hampa pd mlm tu.. nasib baik "sedaka sejahtera dpt snap...kahakhakh

sunsnake@budakbalun said...

anon.. adehhh..
kiraan apa tuh??
macam x betul je??

checkmate..
deyy annee..
nak snap macam mana??
teman pun tak pegi!!!
adehhh!!

kering said...

Aloo Anon..
Jaga2 bila nk berckp tuh..
Tu bkn jemaah tgk konsert yer ko nk tapau semacam jer nk bercakap..
Mengucap Anon!!!Pastuh Istighfar..
Mulut ko dh terlanjur dgn pengucapan Kufur tuh!!!!
Politik pun politik gak!!!
Akidah kena jaga!!!
Teman dh jlnkan tanggungjawab sesama agama mengingatkan ko Anon..
Sama parti ker tak sama parti bukan ukuran teman dlm bab Akidah Neh!!!
Bab Ibadah jgn sebarangan sahabat!!!
Gurau pun x boleh!!!
Solat tuh perkara baik xkira PAS ke UMNO..
Jgn mengejek org yg kerjakan sunnah!!!
Nti padah kt akidah!!!

Anonymous said...

Ketara sangat PARIAHNYA anon 3:38 nie. 30,000 umat datang takde jamuan makan, takde bas datang kutip, takde bagi kain pelekat, takde paksa bebudak PLKN/sekolah datang tau.

Kalau umNGOK buat, siap ngan konsert, bagi makan, bagi kain batik, jemput dengan bas, paksa bebudak PLKN/sekolah, paksa kakitangan Kerajaan tu pun tak ramai yang datang.

Teruk sangat dah bebudak umNGOK/APCO nie.

-wakleman

sunsnake@budakbalun said...

wakleman..
teman sakute gak la kat pariah anon tu sebab sanggup bukak calculator kat handset/pc/laptop nak kira 30k bahagi 222 kawasan parlimen..

wakakakakak!

Anonymous said...

ek eleh,aku pon dpt 200 xp aku xpegi pon.duit tu aku beli nombor ekor jer.