Teman tak faham betul..
Siapakah sebenarnya mamat Julian Assange ni?
Secara tiba-tiba meletup seantero dunia nama dia!
Teman ingat lagi pertama kali teman dengor nama wikileaks ni dalam Tranungkite..
Itupun bukan ada apa-apa isu melibatkan nasional lagi masa tu..
Tapi ada pembaca dari Malaysia yang dah kecoh berkenaan isi-isi wikileaks yang dikatakan panas tu..
Akhirnya panas sungguh!!!
Baik Najib mahupun Anwar..
Paneh pungkoq dibuatnya!!
Najib bernasib baik sebab dia pegang media utama negara..
so dia selamatlah walaupun namanya ada gak dalam wikileaks tu kan?
Anwar seperti biasa..
Seolah-olah Wikileaks ni lagi betul dari Al-Quran lagaknya!
Macam dah kompom Anwar ni meliwat sebab Wikileaks tulis cenderong ke arah itu!
adehhh!!
Mungkinkah ada agenda Israel dalam kekecamukan wikileaks ini>
Teman macam kompommmm je!
sunsnake 17122010
Pengasas WikiLeaks bebas
17/12/2010 2:45am
LONDON 17 Dis. – Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berjanji untuk membersihkan namanya dari tuduhan melakukan serangan seksual dan meneruskan usahanya dalam laman web pendedahan itu selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin, semalam.
“Saya akan membuktikan yang saya tidak bersalah dan meneruskan kerja saya di WikiLeaks,” kata Assange ketika meninggalkan Mahkamah Tinggi dengan dikerumuni oleh jurugambar dan jurukamera. - melayau
0 comments:
Post a Comment