Hmmmm..
Teman menjangkakan lepas ni mau nama YB Khalid Samad ni naik balik di blog-blog UMNO!
Kompom gelaran pengkhianat agama,bangsa dan negara dilemparkan kepada beliau!
Kompom!!
Pada UMNO, Islam ni jenis lain macam sikit..
Seolah-olah semua agama selain Islam wajib dibenci dan didendami!
Seolah-olah semua agama wajib diperangi!
Walaupun Islam sendiri tidak menuntut paksaan memeluk Islam?
Islam ini adalah agama yang cintakan Kedamaian..
Hinggakan Rasulullah SAW pernah melarang umat Islam menzalimi golongan bukan Islam yang patuh kepada undang-undang Islam. Sesiapa yang menzalimi mereka seolah-olah mereka menzalimi aku! Sabda Baginda!
So, kalau PM kita rasa tak selesa dengan majlis yang ada lambang-lambang agama selain Islam, wajarlah dia mengumumkan tidak hadir di majlis berkenaan.. Itu lebih sopan daripada menyuruh mereka membuang lambang agama mereka sendiri!
Bagaimana agaknya perasaan kita sekiranya ada pemimpin negara yang bukan Islam yang dijemput ke majlis kita di masjid meminta agar tulisan-tulisan khat didalam masjid disimpan?
membunuh pun mahu kita!
Buat YB Khalid, You rock YB! wakakaka!
sunsnake 31122010
December 30, 2010
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memikul tanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf secara terbuka berhubung sikap “tidak senang” akibat tindakan pembantunya ketika majlis sambutan Krismas anjuran Ketua Biskop Katolik, Sabtu lalu.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan pegawai-pegawai Najib didakwa mengarahkan kepimpinan gereja mengalih patung salib dan simbol-simbol lain daripada lokasi majlis itu, yang diadakan di Bukit Nanas di sini sebelum ketibaan Najib.
Selain itu, him dan doa juga dilarang ketika kehadiran Najib.
Sumber-sumber mendedahkan bahawa arahan itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Perdana Menteri.
Pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR menggesa Najib agar bertindak segera dan menjelaskan pendirian beliau mengenai arahan itu atas alasan sebarang kelewatan dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum yang rapuh.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menggambarkan tindakan pembantu-pembantu Najib itu sebagai sikap “tidak boleh bertolak ansur”, malah mencerminkan sikap kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).
“Penganut Kristian ada hak untuk menyambut perayaan agama mereka sebagaimana yang mereka mahukan. Saya tidak melihat mengapa orang-orang Najib harus pergi dan memberikan arahan supaya mengalihkan ini atau itu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Berita Penuh
17 comments:
kalau yb tu benarkan agama lain gunakan nama ALLAH pun kira ok je la ye..hmm...saya pun nak sokong PAS je la...
http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html
Iya...saya anon yang sama post sblm ini....
Pg la bc Al-Quran..
Semak ayat yg mengatakan jika Nabi Muhammad bertanya kpd Mereka
(yahudi dan Nasara) siapakah yg menciptakan alam ini,mereka juga akan berkata bahawa Allah lah yg menciptakan alam ini..
Sy x mau takwil ayat ini krn sy bukan ahli tafsir..
Menurut ulama,penganut agama lain dibolehkan menyebut nama Allah dlm pertuturan seharian mereka..
Ttp tidaklah smpai dibenarkan membawa nama Allah itu kedalam kitab2 atau penerbitan buku agama atau rencana mereka..
Abu lahab dulu pun selalu ckp "demi Allah" dlm pertuturannya..
Bc la sirah Nabi..
Tp nk tanya jugak la,knpa Nazri Aziz ckp kt Sarawak dan Sabah org Kristian boleh guna nama Allah pulak..
tlg la jwb anon..
Puak2 UMNO ni..
Deme keliru dengan Islam..
nak buat camne..
masalahnya..
dengan orang lain pun nak diajaknye keliru sekali!!
oitt!!!
Nak jahil.. jahil sorang2..
Nak bodoh..bodoh sorang2..
jangan ajak orang lain!
Dan paling penting..
Jangan tunjuk kat orang lain!!
lihatlah betapa dangkalnya pemikiran mereka terhadap agama sendiri..
Jgn la jd Islam yg hanya dgn baka,ttp pemikiran atas ilmu langsung xde..
budak2 diorang ne la yg masih berborak lg ketika Imam membaca khutbah Jumaat..
Bila ada isu nk jugak bercakap..
Nabi x kasi golongan jahil dan guna mujur utk ckp hal2 agama,tp ramai yg bodo sbb x mengaji,sbb tu x tahu..
Nabi suruh cari ilmu sblm berckp soal2 agama,klu x sedia la mik tempat kt dlm Neraka..
Apa makna amaran Rasulullah tuh?
suruh mengaji ilmu la..Ne Nabi yg ckp,klu diri tuh mengaku umat,buat la apa yg nabi dh pesan..
keluhum..
masalahnya..
bila disuruh mengaji.. deme marah!
kata orang PAS ni takabur laa.. riak laa.. anggap orang lain takde iman laa..
adehhh!!!
salam kepada semua yang reply comment saya sebelum ini...
minta tuan2 yang arif tentang agama, semak kepada isu kalimah ini..dimana mereka org2 kristian malaysia mahu menggunakan kalimah Allah ini....
jangan samakan mereka yang jahanam ini dengan kaum2 kafir di zaman nabi dahulu...
jangan la berfikiran sempit sangat....asal ada orang yang membangkang, orang itu lah yang x solat, yang x ada pegangan agama...
fahamkah tuan2 mengenai konsep trinity? buat kajian wahai saudara Islamku...post pertama saya hanya provokasi...saya tidak menyokong mana2 parti kerana saya rasakan politik di malaysia amat kotor dan jijik...
marilah kita menentang apa yang salah tidak kira apa pegangan politik peribadi...
saya tidak menyokong mana2 parti politik...saya berani bersumpah...bagi saya, saya salah tetap salah...
mengenai isu di sabah dan sarawak...saya akan reply sebaik sahaja research saya selesai...jika pihak kerajaan salah di dalam hal ini, saya akan nyatakan...
jgn risau, saya ulangi sekali lagi...saya tidak menyokong kepada mana2 parti politik kerana politik malaysia amat kotor dan jijik....
Salam Anon..
Mari kita berbincang dari sudut ilmiah..
1)Jika penggunaan kalimah Allah itu bertujuan utk mendalami agama Islam dan akhirnya akan memberi hidayah utk yg bukan Islam itu utk menjadi saudara yg berkongsi keyakinan tauhid yg sama dgn kita,maka larangan itu adalah batil sifatnya,krn ia akan lbh menjauhkan lg Islam dari mereka dan kita semua maklum bahawa awal agama adalah dgn mengenal Allah..
Pd yg lahir dari keluarga yg bukan Islam,apakah Instrumen yg membolehkan mereka utk mendekati agama kita?
2)Dari sudut penguatkuasaan pula,
Jika penggunaan kalimah Allah itu bertujuan utk mencetak bahan2 makalah dan kitab2 Kristian di Malaysia,maka adakah British Common Law yg kita angkat sebagai Perlembagaan ini mempunyai peruntukan utk menghalang usaha2 itu?
Pesoalannya berbalik kpd peranan MP di Parlimen..
Sy menentang usaha memasukkan kalimah Allah itu didalam tulisan dan makalah2 Kristian,ttp bagaimana pula keadaannya dgn kelompok2 yg ingin mendekatkan diri dgn Islam seperti mereka yg telah lahir dlm keluarga bukan Islam dan tidak yakin dgn pegangang agama keluarga mereka lalu mereka memilih utk mempelajari Islam utk mencari kebenaran didalam hidup mereka?
Apakah peranan kita pula dlm hal ini?Sudahkah kita menyampaikan wlw satu dari ayat2 Allah kpd mereka,yakni sahabat2 dan tetangga kita yg bukan Islam?
ISLAM kini menjadi agama yg paling pesat berkembang di Eropah..
Sy sarankan saudara Anon menonton youtube-Proof of Islam:Proof that Islam is Truth..
Video ini memaparkan bagaimana penganut2 Kristian mendapat hidayah Islam dan kita akan merasa bersalah apabila ada dikalangan mereka yg membangkitkan persoalan"Dimanakah anda saudara penganut2 Islam bersembunyi selama ini?" "Mengapa anda membiarkan kami menderita tidak menemui Allah s.w.t dan anda mempunyai setiap jawapan atas setiap permasalahan dlm kehidupan kami?"
"Ketahuailah bahawa begitu ramai org2 spt sy diluar sana"...
Begitulah antara luahan saudara baru kita di Amerika dan ada diantara mereka yg memcetak DVD utk menyampaikan risalah Islam kpd masyarakat awam di Amerika ttp apakah peranan kita disini?
Marilah kita renung2kan..
Terima kasih saudara keluhum,
saya ingin memetik kata2 tuan: "Sy menentang usaha memasukkan kalimah Allah itu didalam tulisan dan makalah2 Kristian,ttp bagaimana pula keadaannya dgn kelompok2 yg ingin mendekatkan diri dgn Islam seperti mereka yg telah lahir dlm keluarga bukan Islam dan tidak yakin dgn pegangang agama keluarga mereka lalu mereka memilih utk mempelajari Islam utk mencari kebenaran didalam hidup mereka?"
saya tidak nmpk perkaitan antara membenarkan usaha pihak kristian di malaysia untuk menggunakan kalimah Allah dengan usaha kita bagi mendekatkan Islam kepada org bukan Islam. maaf, mungkin pemikiran saya tidak mencapai tahap saudara.
saya menentang usaha org2 kristian di Malaysia ini adalah kerana pengalaman peribadi saya sendiri. saya telah melihat dgn mata kepala saya sendiri bagaimana halusnya usaha mereka dalam menyesatkan org2 islam. Senjata utama mereka adalah wang ringgit & Holy Water. berbeza dengan pendekatan kristian di luar negara, mereka ini lebih extreme, terutamanya terhadap ORANG ISLAM MELAYU. apa yang saya nmpk, jika kita bersetuju untuk mereka menggunakan kalmah Allah, bertambahlah satu lagi senjata mereka.
Saya ingin meminta pandangan saudara2 sekalian mengenai ayat ini:
"Menggunakan politik untuk kepentingan agama"
"Menggunakan agama untuk kepentingan politik"
ada beza tak?
Salam saudara Anon..
Sy timbulkan persoalan yg pertama td sebenarnya merujuk kpd beberapa perkara yg kita perlu teliti..
Antaranya adalah dari petikan Hadith Rasulullah yg menyatakan bahawa Nasara itu sendiri akan terpecah kpd 72 golongan manakala Yahudi dan Islam akan terpecah kpd 73 golongan..
Maka supaya lbh adil kita harus mengklasifikasikan setiap kelompok yg berpecah itu dimana terdapat pula Kristian Ortodoks yg langsung tidak menggunakan konsep Triniti dlm akidah ketuhanan mereka..Konsep Triniti ini hanya wujud lbh kurang ratusan thn selepas peristiwa Nabi Isa yg diangkat ke langit oleh Allah s.w.t..dan menurut sejarah,konsep triniti ini diwujudkan melalui undian dlm satu persidangan di Rom..Ini diakui sendiri oleh pengikut2 Kristian Ortodoks..Maka sbb itu sy membuat kenyataan bersyarat krn kelompok ini telah berpecah 72 spt yg Rasulullah nyatakan didalam Hadithnya..dan tidak semua mereka itu mengikut konsep triniti..
Oleh itu,larangan itu hanya sy tujukan kpd kelompok2 yg sy singgung itu dan ia tidak boleh dijadikan larangan bersifat umum..diMesir terdapat ramai penganut Ortodoks dan mereka memakai nama Allah dlm Kitab mereka dan mereka tidak memakai konsep triniti..
Lg 1 tentang ayat2 Allah didalam Al-Quran yg melarang kita bersekutu dgn Yahudi dan Nasara juga sebenarnya kenyataan Allah yg bersyarat dimana Yahudi dan Nasara yg bersekutu sesama mereka itu yg Allah larang kita bersekutu dgn mereka..Dlm konteks dunia kita Hari ini Penguasa Amerika dan Israel serta negara2 sekutu mereka itulah yg Allah maksudkan..Rakyat dan penguasa itu sebenarnya juga terpisah dari sisi pandangan peribadi mereka pula terhadap polisi2 negara mereka dan ini dpt dilihat kpd tunjuk perasaan diseluruh dunia setiap kali apabila Israel membantai Palestin..Di palestin kini pemuda2 Eropah berkampung disana dan mereka melindungi para petani Palestin memungut buah zaiton dikebun masing2 dari gangguan tentera2 Israel..Begitu juga dgn Racheal Corrie yg tekorban dilenyek jentera berat Zionis ketika cuba menghalang tentera Zionis dari merobohkan penempatan penduduk Palestin di Gazza..Racheal Gorrie adalah gadis Amerika yg tekorban dlm mempertahankan bumi Palestin dan seluruh Palestin menangisi kematiannya..Beliau dan rakan2nya ini dalah contoh kpd Kelompok Nasara yg tidak sebulu dgn Yahudi..
Kerana itu sy membuat pertimbangan yg bersyarat krn mengambil kira kelompok2 sebegini..
Dlm Konteks Malaysia,kita kena define kelompok mana yg kita harus kita tentang krn mereka juga tidak sependapat sesama mereka krn mereka juga berpecah kpd kelompok awam,sederhana dan pelampau..
Saudara Anon..
Bagi persoalan apakah perbezaan "menggunakan politik utk kepentingan agama" dan "menggunakan agama utk kepentingan politik",dari sisi keilmuan ia sgt2 berbeza..
Islam memang perlu kpd kuasa Politik supaya Islam boleh memerintah..
Politk adalah kata ganti kpd Siasah..
Siasah Islam itulah yg Rasulullah laksanakan spt mana baginda menubuhkan Kerajaan Islam Madinah..
Peristiwa Hijrah itu adalah bukti yg mana Islam itu perlukan kuasa Politik dimana Rasulullah menyatukan Puak Muhajirin dan Ansar dibawah perjanjian piagam Madinah..Peristiwa Hijrah inilah yg menyaksikan tertegaknya kerajaan Islam yg pertama..
Tindakan peperangan dgn Musyrikin Makkah itu juga adalah langkah politik dimana ia melibatkan penggunaan ketenteraan utk menegakkan agama Allah..Terdapat MOU2 yg Islam catatkan dlm sejarah,diantaranya bai'atul Kubra,Perjanjian Hudaibiyah,dan peristiwa2 Bai'ah yg lain..
Tindakan Rasulullah membawa angkatan 10,000 tentera Islam utk menawan Makkah setelah pelanggaran perjanjian Hudaibiyah juga merupakan tindakan politik dari Rasulullah..
Sebab itulah Islam itu adalah Ad-din dimana seluruh aspek kehidupan itu telah diajar oleh Allah s.w.t melalui Al-Quran..Politik bukan perkara asing dlm Islam,malah dlm Al-Quran ada dikisahkan tentang kerajaan yg paling luas didunia iaitu kerajaan Nabi sulaiman yg mempunyai sistem pentadbitan dan tentera2 Baginda yg dianggotai oleh seluruh makhluk dibawah arahan Baginda..Namun sifat kerajaan ini adalah berdasarkan Tauhid kpd Allah..
Peristiwa penghantaran surat dari Kerajaan Nabi Sulaiman kpd Kerajaan Saba' pimpinan Ratu Balqis juga adalah langkah Politik dari Nabi Sulaiman utk mendesak mereka beriman kpd Allah,jika mereka engkar,mereka akan diperangi oleh Tentera2 Nabi Sulaiman..Begitu juga dgn Surah Al-Kahfi dimana Allah menceritakan tentang Zulqarnain raja yg memiliki kekuasaan ditimur dan dibarat dan kerajaan ini yg menutup laluan Ya'juj dan Ma'juj diantara dua gunung..Dari kenyataan Al-Quran,jelas bahawa sistem politik itu sudah lama wujud dimuka bumi..
Hanya setelah rutuhnya Kerajaan Islam Othmaniyah,sistem politik Demokrasi mengambil tempat dan dunia Islam tiada pilihan selain dari menggunapakai sistem ini..
Maka kita telah terpisah dari sistem politik Khalifah Islam..
Menggunakan utk kepentingan politik itu adalah definisi berbeza dan penilaian awam terhadapnya juga berbeza-beza krn masyarakat kita telah terpecah kpd ideologi politik dan sikap berpihak akan menyempitkan lg pandangan kita..Ada lbh elok jika melihat dari sudut ilmiah kenapa sesuatu polemik itu dibangkitkan krn umum telah terpisah dari siasah Islam,dan yg paling malang adalah Islam kini hanya dilihat dlm konteks Ibadah dan sistem politik Demokrasi inilah sebenarnya yg melemahkan kita krn ia membuatkan kita berpecah-belah dan kita telah lama dipermain-mainkan oleh pelaksana2 Dajjal yg menutup kebenaran,iaitulah pihak yg menawarkan sistem Demokrasi dan kesan mind controlnya begitu parah sekali dimana kita semakin dipisahkan dari kesedaran Daulah Islamiyah dan kita golongan muda inilah sebenarnya harus membangkitkan kembali kesedaran kpd Daulah Islamiyah itu..
Wallahualam..
saudara keluhum,
saya semakin x paham perkaitan post2 tuan dengan perkara yang asal. mmg semua yang tuan katakan itu benar dan ilmu dan pengetahuan tuan boleh dikatakan luas. tuan selalu membezakan org2 kristian malaysia ini dengan org2 kristian di luar negara.
mari kita berpijak di bumi malaysia, lihat kembali apa yang org2 kristian MALAYSIA ini mahukan. apa sebenarnya permintaan mereka. fikirkan impaknya kepada orang islam MELAYU yang lemah ini.
kalau saudara keluhum atau saudara2 lain dapat mengenalpasti perkara ini dengan jelas, saya yakin, tuan2 juga akan menentang perkara ini. tetapi, cuba jauhkan daripada membuat research melalui blog2 politik yang bias. gunakan saluran lain yang ada. buka minda dan tanamkan niat yang kita inginkan kebenaran. Insya-Allah, tuan2 akan dapat jawapanya.
teruskan perbincangan ilmiah sebegini..
syabas saudaraku semua...
Saudaraku Anon..
Maaf jika sy mengelirukan saudara..
Sy menyentuh Kristian itu dari skop dunia dahulu,dimana kita mendapat sedikit gambaran mengenai sejarahnya,perselisihannya dan kemudian barulah kita padankan dgn skop yg lbh kecil iaitu Kristian diMalaysia..
Itu maksud penjelasan sy,supaya kita dpt meneliti utk membuat Define..
Apakah diMalaysia itu hanya ada 1 Mazhab Kristian sahaja?
tentunya tidak dan pihak yg membuat tuntutan diMahkamah utk memohon kebenaran menggunakan Nama Allah utk terbitan Majalah Herald mereka itu adalah dari kelomok bermazhab Khatolik..
Maka adakah mereka ini mewakili seluruh penganut Kristian di Malaysia?
Jawapannya tentu tidak..
Adakah mereka ini juga mewakili kelompok Protestant?
Jawapannya tetap tidak..
Sebab itu sy berpegang dgn Penyataan sy yg awal td..Dan sy tidak boleh meminggirkan pernyataan dlm Hadith Rasulullah berkaitan dgn kelompok mereka..
Mungkin berpijak dibumi nyata saudara dan berpijak dibumi nyata sy sedikit berbeza dari segi kaedah..Apabila permasalahan itu bersifat teknikal maka penelitiannya juga haruslah bersifat teknikal dan kita tidak boleh menyinggung Mazhab2 lain yg tidak terlibat dgn permohonan itu..
Sy cuma ingin lbh teliti dan tidak mahu membuat sesuatu pernyataan berdasarkan apa yg terlintas dihati dan akal sy semata-mata..
Dan kita elakkan dari meletakkan definisi berdasarkan Mujur krn ia bersalahan dgn adab2 keilmuan wahai saudaraku..
Kesannya ialah apabila kita membentuk konsep definisi secara umum,kita secara tidak langsung akan memborong bahawa Mazhab lain yg tidak terlibat dlm membuat tuntutan itu menjadi terlibat sama ekoran kecuaian kita dlm membuat Define..
Lihat kesannya apabila terdapat Gereja2 yg dibakar ekoran ada kelompok yg melulu dlm mentafsir permasalahan ini..
Baik,begini sahaja saudaraku Anon..
Sy menentang sebarang usaha menggunakan Kalimah Allah dlm bentuk rasmi yakni terbitan2 majalah2 dan kitab Kristian diMalaysia..
Dan sy menentang sebarang usaha kristianisasi terhadap org2 Melayu dan sy harap saudara Anon jelas mengenai prinsip sy..
Apa yg sy perjelaskan dgn panjang lebar adalah dalam konteks keilmuan supaya kita ada kerangka asas dlm membuat pentafsiran..
Sy melihat isu dimalaysia adalah bersifat teknikal ttp dlm kes2 tertentu ada juga program Kristianisasi terhadap org2 Melayu dimana ia didalangi oleh Pihak Vetican sendiri berdasarkan pededahan dari bekas2 pendakwah mereka..
Yg ini sy bersetuju dgn saudara Anon..
Dan kita harus membina perisai dgn menambahkan kefahaman kita dlm agama dan bersatu menentang ancaman ini tanpa mengira perbezaan fahaman politik.Noktah..
last post drpd saya,
terima kasih saudara keluhum atas semua perkara yang dijelaskan..
saya faham apa yang ingin disampaikan..dan sangat2 berharap agar semua yg baca post disini sedar apa masalah sebenar disini...
apa yang saya benci dan jelik adalah sikap bangsa kita yang obses dan taksub dengan pemimpin, x kiralah mana fahaman politik.
itulah maksud saya dalam ayat
"Menggunakan politik untuk kepentingan agama"
"Menggunakan agama untuk kepentingan politik"
saya tidak maksud sesiapa tetapi bila org2 politik mula membicarakan tentang agama, hampir semua mereka ini adalah orang yang "Menggunakan agama untuk kepentingan politik". bila kita sudah taksud dengan seseorang atau sesebuah parti, maka kita takkan nmpk perkara ini.
itu tujuan utama post pertama saya, maaflah jika saya menyinggung perasaan tuan2. kalau tuan2 nak tau, MO yang sama saya gunakan di blog yang lain. cara saya nak mentafsir tuan punya blog dan followers.
bersama2lah kita menegakkan benda yang benar, x kira apa pun fahaman politik kita. pesanan saya sebagai org yg tidak mempunyai ilmu yang tinggi ini, lakukan research tentang isu yang dibangkitkan, seperti mana saudara keluhum. bukan terima sahaja apa yang dicakap oleh sesiapa sahaja pun. x kira org itu, tan sri, dato, ustaz, haji, lebai, tun, dato seri kerana semua ini adalah manusia, mereka juga jahil.noktah juga...
Jazakallah sahabat berdua dan yang lain..
setakat ni, isu ni yang teman baca semua komen dan fahaminya!
Sangat ilmiah dan terkawal keberangannya!
Syabas...
Post a Comment