Kalau teman backing DAP ni karang..
Kompom teman akan dichop derhaka kepada Agama, Bangsa dan Negara!!
Silap-silap karang..
penuh pulak Armand PERKASA dan gerombolannya berdemo depan rumah teman!
Aduyaii!!
Masak pulak teman nanti!
Tapi teman bukanlah niat nak backing DAP.. mahupun nak backing Utusan..
Utusan ni terlalu banyak lempar batu sembunyi tangan!
Tuduh punya tuduh..
Bila orang persoal balik.. senyap!
Mentang-mentanglah Utusan ni milik UMNO!
Teman rasa ada baiknya cadangan debat oleh DAP tuh!
Kita pun la ni bukan duduk zaman batu lagi..
Segala-galanya terbuka...
Sumber maklumat terbuka..
sumber data terbuka..
Langit terbuka la katakan..
Manusia sekarang bukannya jenis jumud..
Debat adalah salah satu cara untuk mencari kebenaran..
Bukan mencari kemenangan..
So, kalau Utusan terutamanya Awang Selamat (siapa dia ni ye?) rasa dia betul..
Kalau rasa benar yang DAP ni sangat berbahaya..
sahutlah cabaran DAP nih!
Kalau ada branlahhh..
Tapi kalau ikut UMNO punya style..
Takde harapanlahhhh!!
sunsnake 02112010
Jangan jadi penembak curi, mula debat, cabar DAP |
Cabaran itu dibuat oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara , Tony Pua berikutan kolumn yang disiarkan pada Ahad lalu di Mingguan Malaysia yang melabelkan DAP sebagai parti paling rasis di dunia. 'Awang Selamat dalam pojoknya menulis: “Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar. “Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?”
Pua membalas dan menganggap serangan itu sebagai “melampau' dan “keterlaluan”.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment