Mengucap panjang teman dengan jawapan SPR kepada kenyataan MB-KM Negeri-negeri Pakatan Rakyat..
Belum sempat Najib mahupun menteri-menteri ulas.. dia dah ulas dulu!
Siap semacam bagi ugutan lagi!
Kalau gitu, macam mana Sarawak boleh selama ini buat Pilihanraya Negeri berbeza dengan negeri-negeri lain?? Budget mana pulak yang dipakai?
Budget Taib Mahmud??
Aikk?? Banyaknye duit dia??? Wakakakak!
Bangang tak sudah-sudah SPR ni..
Nak menjilat sampai tak sempat fikir...
Dah terang lagi bersuluh yang SPR ni hanya bertugas untuk UMNO-BN..
Bak kata TukarTiub..
Mengapa kita masih nak layan ajakan lawan bola depa?
Mengapa kita masih mahu mengikut kehendak pilihanraya mereka?
Sudah tiba masanya usaha memastikan perjalanan Pilihanraya kita bersih..
Sudah tiba masanya BERSIH digerakkan semaksimum mungkin..
Bukan sekadar harapkan NGO sahaja..
Gunakan segala kepakaran yang ada...
Dan kemuncaknya.. mungkin DEMO habis-habisan!
Ada bran?
sunsnake 24112010
Pilihan raya berasingan bazirkan wang rakyat
PUTRAJAYA 23 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya menghentikan cakap-cakap mahu mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan dengan pilihan raya umum kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran besar dari segi tenaga dan wang rakyat.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bajet untuk mengadakan pilihan raya-pilihan raya berkenaan perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri terbabit kerana sebarang peruntukan terletak di bawah Perbendaharaan Pusat.
Lebih daripada itu, kata beliau, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri berhak mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri namun kuasa mutlak dan pemutus akhirnya terletak di tangan Sultan dan Yang Dipertua Negeri.
“Sebab itu kita lihat kerajaan negeri (Pas) Kelantan selama 20 tahun memerintah tidak pernah terfikir pun hendak mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan tarikh yang diumumkan Kerajaan Pusat.
“Jika semata-mata keputusan ini dibuat atas kepentingan politik, ia hanya mengakibatkan pembaziran wang rakyat. Ini termasuk penglibatan jentera-jentera keselamatan dan tambahan lagi masyarakat akan berada dalam keadaan tegang sentiasa sebab tidak habis- habis berkempen dan berpolitik.
“Jangan ingat pula peruntukan hendak adakan pilihan raya negeri ini boleh dapat secara automatik, kalau Perbendaharaan tidak luluskan, bagaimana?” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Ketika spekulasi kemungkinan PRU ke-13 akan diadakan tahun depan, pelbagai pihak dalam pakatan pembangkang pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam PRU berkenaan.
2 comments:
SPR ni bikin aku penig yeop.. pru akan dtg tentu 'letih' kita ngadap deme.. tp perjuangan berjalan terus.. takbirrrr !!!
bukan bermaksud kalau pilihanraya bersih PR kompom menang..
tapi at least kita puas hati dengan perjalanan pilihanraya yang keraguannya seminima mungkin..
dengan negara dunia pun kita tak malu macam sekarang ni..
Pilihanraya US pun semua parti yang bertanding boleh keluar tv..
dan yang paling best DEBAT PRESIDEN..
baru la rakyat@pengundi boleh pilih mana yang menjanjikan yang terbaik!
US yang kawan baik dengan Israel pun boleh telus macam tu dengan rakyat dia..
Takkan Malaysia yang ada penasihat Israel tak boleh?
adussss!!
Post a Comment