Tuan rumah tu buat kenduri doa selamat..
Baru kebah dari sakit yang panjang.. Alhamdulillah..
Sakit ni Allah SWT yang beri dan hanya Dia sahajalah yang mampu sembuhkan..
Kita cuma wajib berusaha dengan cara yang betul dan sabar..
Lepas makan-makan teman sempat jugak berbual dengan menantu tuan rumah yang baik dengan teman..
Bro ni tokey kedai makan kat Sekinchan..
Macam biasa ayat mula sembang..
"Amacam bisnes? ok ka?' teman mula pukulan servis..
"Ok laaaa..." jauhhhh je bunyinya!
"Slow ke?" teman bagi bola tanggung..
"Dah makin slow sangat la ni.. orang dah tak berani nak makan di luar".. rendah je balasnya..
"ye laaa.. orang la ni mana ada duit.. duit dah makin beku! orang dah start berjimat la ni.."
teman bagi bola tanggung lagi tinggi
"Betul.. La ni nampak sangat bezanya.." rendah jawapnya tapi still melawan..
"Orang bila takde duit.. mula la budget-budget belanja.. antara benda paling mudah nak control makan laaa.."
"hmmmm.. tak taulah.. takat mana boleh jalan..usahakan la jugak.. nak buat macam mana.. harga barang mentah pun makin mahal! Nak kawal harga yang kita jual pun bukan senang.. nak naikkan karang customer marah.. nak maintain.. mampus!" ha! ni la balasan yang teman nak dengor!
"gaji naik sikit.. barang naik banyak bro! tapi kita kena sahut nasihat Najib.. Rakyat Malaysia Wajib Bersyukur.... negara kita aman..." kali ni teman bagi bola tanggung tinggi giler!
"Pala hotak dia! Ketua Bahagian UMNO kaya laaaa!!" tu diaaa!! jawapan yang teman tunggu-tunggu!!!
Panjang lagi la sembang petang tu.. sampai maghrib santak menyembang!
Itulah antara realiti hidup sekarang ni.. Bro ni dulu meniaga memang masyuk!
Restoran dia bersih dan makanan sedap.. dia pun rajin bersedekah..
Tapi tetap tak terkecuali terima tempias kenaikan sara hidup..
Orang makan gaji yang selalu datang makan kat dia.. la ni orang makan gaji pun dah tak cukup makan! macam mana nak datang makan! aduyaiiii!
Yang profesor kangkung kat bawah ni pulak sibuk nak buat makmal!
Makmal kepala bapak dia!
Budak sekolah pun tahu sebab apa kos sara hidup tinggi!
sunsnake 24112010
Tangani kos sara hidup tinggi
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Ekoran kenaikan kos sara hidup yang kian membebankan, kerajaan digesa mencari mekanisme yang tepat bagi mengurangkan impak terhadap kuasa beli rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan makmal khas yang melakukan kajian spesifik secara menyeluruh mengenainya.
"Kenaikan kos sara hidup sangat membebankan rakyat di negara ini disebabkan kenaikannya terlalu pantas dan tidak seiring dengan kenaikan pendapatan rakyat.
"Fenomena ini perlu dikaji dengan teliti kerana melibatkan banyak faktor, bukan setakat harga barang-barang keperluan sahaja. Bagi saya, penubuhan makmal khas merupakan langkah terbaik yang perlu dipertimbangkan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Berita Penuh
5 comments:
salam bro, makmal tu pun telan belanja berjuta..semua sndiwara ni
Salam:
Semalam teman pergi Tmn.Bunga Raya diBkt.Beruntung,....
Pelajar kolej diasrama tu banyak hal lah....
Dema tak ada pengawal ke?
Aiit....
Nov 2010.... Taman Bunga Raya dah ada kolej keee..? Rasanya, Kolej Komuniti dah dipindah-paksa oleh Si Bengong Ex-ADUN Batang Kali tuh...
Kolej yg mana nih...?
addooiii...
Rumah pangsa asrama kolej atau
pekerja kilang...
Tak pasti teman..
Nampak macam pelajar kolej...gamaknya !
Teman pun sampai malam yeop !
"blogenstarz"
betoi2..
kolej komuniti dah paksa pindah dah..
pengawal cemane tu yeop blogen??
Post a Comment