Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 18, 2010

Soi Lek Buat Hal lagi! Mana Pejuang Melayu? Islam? PEKIDA?


Antara 'hobi' orang UMNO dan penyokongnya..
Terutama blogger mereka ialah..
Mengutuk DAP yang kata mereka DAP ini musuh Islam dan Kafir Harbi!

Di Galas baru-baru ni,
Bersepah dengan banner UMNO..
Kutuk PAS berkawan dengan DAP kafir Harbi!

dimana Harbinya DAP?
Kalau setakat kerana Karpal Singh tak nak negara Islam..
Sudah jadi harbikah dia?

Tapi kali ni jelas!
Chua Soi Lek ini sudah 2 kali cuba mempersoalkan Islam?

Mana Pemuda UMNO?
Mana PERKASA?
errr.. Mana PEKIDA?

Kalau sesama melayu bukan main samseng ahli-ahli PEKIDA nih!
Kalau dengan kaum lain?
Kecut tel*r!!!

Sembang perkauman macam bagosssss!!!

hampeh!

sunsnake 18112010

Kedai tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha
Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

“Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.


Berita Penuh

1 comments:

Anonymous said...

Rajamenangis menziarah blog ini... Salam mesra.

--Rajamenangis