Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 18, 2010

Lembu Korban BudakBalun 2010 [bergambar]

Lembu-lembu ni untuk Surau Al-Falah, apartment Anggerik, Taman Bunga Raya.. Bukit Beruntung... Alhamdulillah.. urusan penghantaran selesai...
Ngam-ngam sebelum hujan lebat turun..
Aktiviti 'crucial' dalam proses penghantaran... "Turunkan lembu dari lori"!!!
Atok yang baju kuning ni.. Otaimer kami.. dah dekat 20 tahun dalam bidang lembu nih!
Dah masuk tahap leh sembang dengan lembu dah woo!!
"Amboi! Siap bersila panggung ko ye? Turun!!!..Turun!!!..

Aduyai.. Mana la budak-budak nak port mainan petang ni..
Yang depa ni pun satu.. takde port lain ke nak letak lembu-lembu ni?
wakakakaka!

"Touching" gak nak tinggalkan lembu-lembu ni.. maklumlah..
sekian lama dok jaga dia... inilah fitrah kejadian...


Cabaran terbesar hari tu di surau Al-Muhajirin, Bukit Beruntung..
Nak tentukan kat mana nak park lori... aduyaiii!!

akhirnya... terpaksa guna cara paling mudah dikalangan cara yang susah!

okehh.. standby.. silakan keluar dengan sopan ye?

Anak towkey sedang bersedia dengan 'brek'nya!

Eh! eh! Dia landing la pulakkk.. adehhh!!

"The best actor" petang tu...
"Lembu ni dari dalam lori sampai ke pokok.. dia bantai baringgggg je!
terpaksa kami ikat dua-dua pasang kaki dia..
dan seret dari lori sampai pokok!
Ngam-ngam lepas tambat.. 'slumber lembu' je dia bangun sambil tersenyum???
aduyaiiii!
Tengok? dia sedang tersenyum sambil meragut rumput!!! heeeiiii!

Syeikh KP tersenyum puas selepas berjaya menambat seekor lagi lembu!
Seluar dah kotoq macam bersawah bendang wooo!

Delivery malam pulakk... lagi suspen woooo!
Kali di Surau Antara Gapi, Hulu Selangor..

Lembu Thailand boleh la budak-budak ajak bergurau senda..
lembu budakbalun? tak dapat laaa..
Garang wehhh!! lembu teman lembu bebas punya..


Itulah sedikit catatan tahun ni.. banyak lagi delivery yang tak dapat dishare kat sini...
Untuk tahun hadapan jangan lupa order lembu kat teman yek?
InsyaAllah.. akan diusahakan yang terbaik untuk Ibadah ini..
Jazakallah Khairan Kathira..

sunsnake@rayakorban2010

0 comments: