Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 6, 2010

MCA Melampau! Mana PERKASA, PEKIDA?

Hmm..
teman masih menunggu puak-puak perjuang melayu diatas bersuara tentang isu nih!!

sunsnake 06112010

MCA pertikai sekolah rotan murid bukan Islam bawa makanan tak halal

November 06, 2010

KUALA LUMPUR, 6 Nov — MCA menggesa Kementerian Pelajaran bertindak tegas ke atas sebuah sekolah rendah di Sarawak yang didakwa menguatkuasakan dasar makanan halal, mendakwa tindakan itu bercanggah dengan hak pelajar-pelajar bukan Islam.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar ini berkata guru-guru sekolah awam tiada hak untuk mengenakan nilai agama mereka ke atas murid lain.

Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok (gambar) dengan merujuk kepada insiden membabitkan pelajar Basil Baginda yang dirotan 10 kali di tangan oleh penolong kanan Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuching kerana membawa bekalan nasi berlauk sosej khinzir ke sekolah 15 Oktober lalu.

Ibunya Angela Jabing membawa isu berkenaan ke perhatian media selepas gagal memperoleh penjelasan memuaskan daripada pentadbiran sekolah.

Berita Penuh

8 comments:

pakwe/keazamanmalaysia said...

skolah mana yg buat camtu..skolah siap ada jual babi lagi..tk de hal pun..

Anonymous said...

HANDS ARE FOR LOVING, NOT HITTING - UNICEF MSIA.

budakbalun said...

isu ni sensitif..
tak patut MCA besar2kan..

teman ada semacam tak setuju kali ni..
ini bukan isu racist..
ini isu agama...

Anonymous said...

SK(Bantuan)St.Thomas....Sekolah Mubaligh Kristian,.....bukan Sekolah Agama atau Sekolah Pondok.!!! Ingat tu....

budakbalun said...

hmm.. kalau mcm tu.. apsal ada pelajar islam kat dalam tu??
aduyaiii

Old Thomian said...

Sunsnake,

Apsal ada pelajar islam kat dalam tu?

Sebab di Sarawak, orang Melayu boleh hidup sama dengan kaum lain seperti Cina, India dan tentu sekali semua kaum Dayak tak kira Iban ke, Bidayuh ke, Ulu ke. Kalau pergi ke food court boleh jumpa orang Melayu dalam kumpulan orang Dayak dan Cina dan sebaliknya. Orang India sini ramai boleh cakap Hokkien. Orang Melayu boleh bercakap Iban. Orang Cina boleh bercakap Sarawak dan Orang Dayak boleh bercakap macam orang Semenanjung. Sana orang tak heran dengan 1Malaysia sebab kitaorang dah hidup macam tu sejak dulu lagi. Sebab itu, sekolah mubaligh sekalipun ramai orang Melayu yang masuk sebab TIDAK ADA ISU. Cikgu sekolah tak paksa budak Melayu masuk Kristian atau sembah Jesus. Dan takde yang halang budak Melayu berpuasa atau menunaikan solat ataupun nak pakai songkok atau tudung. Sekolah mubaligh tu wujud dari masa zaman british dan sekolah sekolah ni kekal sehingga sekarang kerana dari dahulu lagi orang british mengajar SEMUA bangsa dan agama dalam pendidikan akademik, bukan keagamaan. Agama masing-masing adalah hak masing-masing. Bila British pergi, tradisi dikekalkan TETAPI diterapkan dengan sistem pendidikan kita sebab itu, sekolah mubaligh sekalipun ada surau dan kelas agama. Sebab itu orang Melayu Sarawak tak heran hantar anak2 mereka ke sekolah mubaligh.

Orang Sarawak kebanyakan lebih senang bila merantau ke luar Sarawak sebab kita biasa bercampur dengan orang yang berbeza agama dan bangsa. Orang Sarawak bekerja di Semenanjung boleh belajar cakap macam orang setempat dalam masa beberapa tahun sahaja. Tak kira la di Kelantan ke, Kedah ke, 'Ganu ke, Penang ke, Perlih ke, Johor ke. Semua diaorang belajar. Sampai makanan pun mereka adapt. TETAPI orang Semenanjung yang bekerja di Sarawak, nak makan pun pikir bersih tidak. Orang sini tak heran tengok warung satay duduk sebelah warung bak kut teh bang. Siap boleh order hantar sebelah lagi. SATAY hantar sebelah OK? Never the other way round sebab orang Cina pun tau respect orang Islam tak makan khinzir. Tapi yang Cina pun nak juga makan satay. Orang Melayu yang makan di warung satay tak muntah, tak kutuk pun apek makan bak kut teh. Dari segi bahasa, ada orang Semenanjung bertahun-tahun bekerja di Sarawak, ramai yang langsung tak reti cakap Sarawak ataupun menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Cakap dengan waiter pun guna bahasa semenanjung sebab katanya 'itulah Bahasa Malaysia' walaupun hakikatnya tak nak belajar sebab ego, sebab dia rasa Semenanjung Malaysia tu la Malaysia. Ye la...kan orang selalu kata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak? Semenanjung tu tolak tepi, ambik Malaysia je.

Kes cikgu rotan budak sebab membawa nasi goreng bersosej babi ke sekolah adalah serius sebab ianya menyalahi hak budak itu dan juga ibu bapanya. Dia bukan orang Vietnam, bukan orang Thailand, bukan CINA PUN! He is a native Sarawakian! If he wants to eat pork in his school during his recess, selama sekolah itu bukan sekolah agama, THAT IS HIS RIGHT! Dia bukan Islam dan dia boleh makan. JADI kenapa rotan dia?

Tak patut dibesarkan? Yang panggil cina pendatang dan india kaki botol dah lepas. Yang rotan budak bukan Islam sebab makan masa bulan puasa pun lepas.

Saya rasa ini pun akan lepas jugak la. TETAPI, jangan heran kalau cikgu tu balik ke semenanjung juga nanti.

Sarawak.
You baik, kita baik.
You jahat, kita lagi jahat.
Pukindai dik.

RDB said...

Unggal Old Thomian,

Kemayuh agi sida malaya nadai kala belajar pengidup asal kitai. nya kebuah sida datai ngagai sarawak ngisin kediri menyana ari bansa kitai. Legi sida ke mayuh ulah, enti aku di bai bala kitai ngayau mupuk aja aku.

Raban Dayak Baru.

budakbalun said...

old thomian,
superbb!!!
Satu penjelasan yang sangat detail..

Alhamdulillah.. baru teman faham situasi sebenar di Sarawak.
Maklumlah.. Bagi diri teman ni..
Semenanjung pun tak habis pusing lagi!

InsyaAllah nanti sampai la ke sarawak tuh!

Kalau begitu penaakulan tuan terhadap situasi di sana(sarawak) bermakna ada sesuatu dengan pemahaman cikgu berkenaan. Mungkinkah cikgu tersebut orang baru di sarawak?

Minta pencerahan pada yang lebih mengetahui..

RDB,
minta translate leh? hehehehe