Akhirnya terjawab sudah segala persoalan mengenai dua PRK ini..
Batu Sapi menepati ramalan mungkin 98% rakyat Malaysia yang BN akan menang..
Lagi 2% tu milik calon PKR dan calon SAPP!
Galas?.. Akhirnya beban mejadi ADUN di Galas milik calon UMNO-BN..
Setelah berhempas pulas menggunakan segala jentera Kerajaan Malaysia yang ada..
Segala media yang ada terutamanya TV..
Menggunakan segala kementerian yang ada untuk meluluskan pelbagai projek segera.
Akhirnya kemenangan yang diidam menjadi milik UMNO-BN..
Tahniah UMNO.. Tahniah BN... Tahniah Kerajaan Malaysia!
Terbukti Ku Li bukan sebarangan orang!
Aura persis aura Mawi AF..
Bezanya? Aura Mawi dan terhapus.. namun aura Ku Li semakin mekar dan mengharum!
Akhirnya Ku Li berjaya membuktikan bahawa dia benar-benar 'Gurkha' UMNO yang sangat setia!
Apa pula PAS selepas ini?
Seperti biasa.. perjuangan tetap akan diteruskan..
Kerja-kerja dakwah dalam perjuangan Islam ini WAJIB diteruskan..
Kerana yakinlah..
"Kita tidak akan disoal di'sana' kelak adakah kita telah menang berjuang untuk Islam? tetapi kita akan ditanya adakah kita pernah berjuang untuk Islam di dunia dulu?"
Terima Kasih yang tak terhingga kepada 4134 pengundi yang sudi memberikan undi kepada PAS walaupun Galas adalah kubu kuat UMNO!
Kepada 5324 lagi pengundi yang sudi memberikan undi kepada UMNO, semoga Allah SWT mengurniakan keberanian kepada kamu untuk menolak kezaliman UMNO di pilihanraya yang akan datang!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
sunsnake 04112010
PAS ucap terima kasih pada petugas Pakatan
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi. “Kita akui ada kelemahan dan kita sedia baiki kelemahan dan kesilapan,” ujarnya di laman twitter. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi kedua-dua PRK itu. “Bolehlah buat pilihan raya awal untuk dapat mandat baru,” ujarnya. Mahfuz seterusnya menggesa para petugas Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan. "Jadikan kekalahan Batu Sapi dan Galas seperti di Ijok dan bangkit semula pada pilihan raya 2008 dengan syarat perbaiki kelemahan dan perbetul kesilapan kita," ujarnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR di dalam kedua-dua PRK tersebut. “Tahniah rakyat,” ujarnya. |
Berita Penuh
2 comments:
Cukup menarik sekali kupasan anda dan keazaman parti anda untuk bangkit kembali.Cuma yang perlu diperbetulkan lagi soalan disana tidak akan disoal kalah atau menang kerana tiada siapa tahu yang akan berlaku disana. Jangan terlalu mudah dalam perkiraan sedang siSyahid yang berjuang pun di persoalkan keiklasannya inikan politik caci memcaci dan pukul memukul jadi ikutan kita. Mudahkah kita terlepas dari jerangkap itu....walahaualam
Jazakallah cikgu..
InsyaAllah...
selagi perjuangan itu berasaskan Al quran dan Assunnah..
Ianya tidak lari daripada jalan mendapat keredhaan Allah..
Cuma hati kena jaga agar ikhlas itu dapat dicapai..
memang kita tak tahu apa yang bakal berlaku disana..
Tapi sekurang-kurangnya.. kita berusaha yang terbaik untuk mencapai yang terbaik disana mengikut acuan Islam..
InsyaAllah cikgu..
Sama-sama kita berdoa agar kita terlepas dari jerangkap itu...
Wallahua'lam
Post a Comment