Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, October 27, 2010

Galas - Ku Li Stylo!


Teman sangat tertarik dengan cara kempen yang Ku Li dah plan dan sedang laksanakan..
Kalau betul itulah perancangan dan perlaksanaannya, tidak mustahil sesuatu yang 'upset' akan berlaku di petang 4 November nanti..

- Setiap pimpinan UMNO di daerah mengundi dikekalkan di daerah masing-masing..
- Elakkan campurtangan PERKASA dan mungkin juga PEKIDA didalam segala gerak kerja kempen..
- Jadikan ahli-ahli akar umbi UMNO sebagai pemain utama dalam siri-siri kempen
- Tidak mengadakan perhimpunan umum...
- Gerak kerja kempen yang santai dan bersahaja..
- selaraskan kunjungan menteri-menteri.. bukan ceramah!

Mungkin ada sesuatu yang PAS kena segera fikir dan laksanakan...

Peperangan adalah strategi...

sunsnake 27102010

Ku Li utamakan kempen sederhana hadapi saingan PAS di Galas

October 27, 2010

GUA MUSANG, 27 Okt — Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) menafikan beliau tidak memperlihatkan peranan menonjol dalam menghadapi persaingan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang bermula semalam.

Pengundian akan berlangsung 4 November.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang ini berkata, beliau mahu lebih mengutamakan “persaingan mesra” memandangkan keputusan pilihan raya kecil ini tidak akan membawa sebarang kesan ke atas kedudukan kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang.

“Saya merasakan kita perlu mengubah cara kita berkempen. Meskipun ini adalah pilihan raya yang sangat penting, tetapi bagi PAS mereka mempunyai majoriti yang secukupnya (di DUN), lebih dua pertiga. Ia bonus jika mereka menang,” kata Tengku Razaleigh ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke sebuah restoran di sini malam tadi.

“Bagi kami jika menang, ia tidak akan mengubah kedudukan dalam pentadbiran Kelantan.

“Bagaimanapun bagi saya adalah penting bagi semua wakil yang dipilih dalam bahagian ini berada di bawah lambang (BN) yang sama,” kata beliau merujuk kepada kedudukan kerusi DUN Galas di bawah PAS.

Berita Penuh

0 comments: