Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 20, 2010

Bukti Malaysia Negara Berkebajikan! Apa Nak Lagi?


Bukanlah teman nak menyokong kepada peminjam-peminjam PTPTN yang tegar tak nak bayor utang tu..
hutang tetap hutang.. ikut perjanjian...
cumanya yang menjadi kehairanan.. mengapa ianya mesti menjadi bentuk pinjaman..
Kalau pelajar-pelajar ni berjaya dan menjawat jawatan yang baik dan bergaji taraf profesional..
Bukankah hasil cukai mereka balik kepada kerajaan?

Persoalannya.. mengapa ianya pinjaman?
Bukankah setiap pelajar yang berjaya masuk ke Universiti Awam ini adalah pelajar-pelajar yang bijak dan membuktikan bahawa mereklah yang terbaik dikalangan ratusan ribu lepasan SPM dan STPM?

Teman ada 2-3 orang teman sepejabat yang lepasan ijazah dan masih terkial-kial nak bayar PTPTN ni..
Gaji basic RM1800..
tolak kereta RM600..
tolak makan pakai RM400..
tolak duit simpan nak kawin RM400..
tolak duit sewa rumah dan bil-bil RM400..
tolak itu.. tolak ini.. ehhh!! dah abih???

hmmm.. tu yang bujang..
yang dah kawin ni??? ishhh!! seram nak memikiokannya!

kalaulah lahir sebagai anak Nazri Aziz ke..
Anak Dato K ke..
Anak Tengku Adnan ke..
Anak Rafidah Aziz ke..
Anak Samy vellu ke.. erkksss!!

Wakakakaka!

Mungkin PR kena 'bold'kan manifesto nak hapuskan PTPTN kalau jadi Kerajaan Pusat kat PRU akan datang ni...
Ada kawan-kawan yang tak ter'perasan' manifesto tuh!!! aduyaii!!
sunsnake 20092010

Wajib Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Potongan Gaji Mulai Jun 2011

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.

Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

Berita Penuh

4 comments:

CUCU TOK WAN said...

zaman saya dulu, nak masuk universiti punyalah susah... macam peminta sedekah, panjat tangga sana, panjat tangga sini, minta sokongan dari tok imam masjid, ketua kampung, sampailah ke Menteri...

Tu pun tak lepas juga nak masuk universiti awam sebab kuota untuk pelajar bandar macam saya ni direndahkan... bila dah dapat masuk pula, kena cari biasiswa... tu lagi ler seksa... takdak pinjaman macam sekarang. Dan jumlah pelajarnya pula hanya untuk 5 buah universiti. Bukannya ada Kolej swasta macam la nih. Yang dibenarkan masuk dan belajar di universiti hanya yang benar-benar berkualiti...

Sekarang, budak SPM pangkat corot pun dah boleh sambung belajar ke peringkat Diploma atau Ijazah... Kuantiti mengatasi kualiti...

ni ler masanya entiti kerajaan buat untung plak... yang dapat biasiswa tu dan geran pelajaran tu, jumlahnya tetap macam dulu-dulu gak...

Jadi, rasailah kesiksaan seperti zaman kami dulu-dulu... cuma bezanya kami terseksa sebab nak sambung pelajaran, budak-budak la ni terseksa sebab berhutang selepas belajar...

Hikmahnya, bagi generasi penghutang PTPTN, inilah masanya menabung untuk anak-anak bagi tujuan pendidikan seperti yang dibuat oleh kaum bukan Melayu, khususnya orang Cina supaya anak-anak tidak jadi macam mak bapanya yang terpaksa berhutang dengan PTPTN.

budakbalun said...

sebab tu teman rasa ada baiknya penuntut di IPTA didahulukan untuk bantuan/subsidi daripada kerajaan..

yang teman dengor banyak tak puas hati sebab interest yang dikenakan..
caj pengurusan katanya...

Anonymous said...

anak aku tunggu masa je mahkamah jatuh hukum masuk penjara pasal tak bayar hutang tiputipuen! (ptptn). apa nak buat, ada kelulusan tak ada kerja.kalau setakat nak jadi security gard takyah buang masa belajar kat u!

budakbalun said...

teman ada pengalaman melihat sendiri golongan lepasan ijazah dok keje security guard!

sebelum tu ayah dia keje security guard pasal nak tampung anak2 dia belajor..

last2 bila dah grad.. keje pun payah nak dapat..
maka terpaksa la keje guard dengan bapak dia yang pencen polis..

hmmm.. bukancalang2 kelulusan.. kimia tuh!!!