Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, August 17, 2010

Anugerah untuk Mufti Perak!


Hebat betul Mufti Perak la ni..
Memang selayaknya dia dapat Anugerah Tokoh maal Hijrah hari tu..

Banyak betul perkara yang dia tahu!
Bukan setakat ilmu agama je.. ilmu perlembagaan pun ada!
Perghh!! hebat!

lepas ni patut anugerahkan hadiah Nobel pada Mufti perak ni!
baru canggih!!!

Layak apa?? Sebabkan dia tidak mahu berlaku 'perang besar'..
bukan kemanusiaan ke tu?

Steady la Tan Sri!
sunsnake 17082010

‘Elak perang besar’

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

mufti fasik

Anonymous said...

Ne dh bukan mufti la klu nada ckp pun dh mcm ketua penerangan UMNO jer..Dia pulak jd tukang sebar propaganda perkauman UMNO pd org2 Melayu..Tulah bila brcakap diatas muka bumi ALLAH mcm x sedar yang ALLAH pun ada ciptakan bangsa lain..Bukan Melayu jer bangsa Islam di M'SIA ne..Ni la ciri2 ulama jahat yg buruk sifatnyha diakhir zaman spt yg Rasulullah pernah nyatakan dlm Hadith baginda..Tok Mufti,sy org awam ni pun tahu Malaikat x tanya apa bangsa kita waktu dialam menanti tu nanti..Yg Tok Mufti melebih-lebihkan bangsa dari yg lain kenapa..Nilah yg membuatkan org2 melayu hilang sifAT Zuhud,Tawadhu',berlapang dada sbb dah ditanam sifat2 hasad dlm diri dan rosak hubungan sesama manusia..Taubat la sblm terlambat