Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 16, 2010

Pelarasan Harga? Rasionalisasi Subsidi?? Barang Naik la tuu!!


Tahniah rakyat Malaysia buat kesekian kalinya ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional!!

Dalam keadaan Pak Lah sehingga kini gagal menerangkan kemana duit yang 'berjaya' diselamatkan ketika menaikkan harga secara 'gila babi' sehingga RM2.70 seliter dahulu, PM Najib pula kelihatan lebih 'berhati perut' apabila hanya menaikkan RM0.05 sen sahaja.. Sahaja?

Kena ingat wehh!! Itu RON 95... bukan RON97..RON97 dah kena ikut harga pasaran!! Kalau naik sampai RM3 seliter.. mampus la korang nak kena bayor.. Last-last guna la jugak minyak kurang kualiti RON95.. biarlah pemimpin-pemimpin UMNO guna RON97, minyak yang berkualiti tinggi..
Mereka pemimpin.. wajib dijulang... cheh!

Sama-sama kita nantikan 'tsunami' kenaikan harga barang dalam seminggu dua ni.. Kompom!
sunsnake 16072010

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'
Jul 16, 10 4:50pm

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”. Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra. "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Berita Penuh

0 comments: