Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 24, 2010

Pakatan Rakyat - Medan dakwah PAS yang sebenar!


Modus Operandi UMNO senang sahaja dibaca..

Setelah gagal dalam usaha memporak-perandakan PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan sewaktu muktamar Agung PAS di Shah Alam dahulu, UMNO melihat isu ini boleh dijadikan senjata bagi melumpuhkan PAS. Apabila PAS lumpuh, semestinya Pakatan Rakyat pun akan turut lumpuh kerana semua orang tahu PAS adalah penyumbang tenaga kerja terbesar didalam Pakatan Rakyat. Tenaga kerja PAS adalah melebihi PKR dan DAP malahan UMNO sendiri mengakui akan kegagalan jenteranya menyaingi ketekunan jentera pilihanraya PAS.

Walaupun PAS bukanlah parti yang berpaksikan kepada perjuangan melayu, namun oleh kerana Islam adalah bermajoritikan melayu di Malaysia ini, maka lebih 90% ahli PAS adalah orang melayu terutama terutama di sebelah pantai timur Malaysia dan kini mula berjangkit ke sebelah selatan seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ada juga maklumat yang menyatakan bahawa permohonan keahlian PAS kini sangat menggalakkan daripada negeri-negeri selatan tersebut!

Semangat memperjuangkan kaum ini sememangnya ada di jiwa setiap bangsa termasuk melayu. Bukan semua ahli-ahli PAS mendapat pentarbiyahan yang cukup dan kuat. Dimanapun pasti ada ahli-ahli PAS yang akan berdetak hatinya apabila disogok dengan doktrin perkauman yang kini semakin hebat dilaungkan oleh UMNO melalui media-medianya hinggakan mereka yang bertaraf 'Mufti' juga turut dihambakan oleh UMNO bagi merealisasikan hasrat mereka menggoyahkan jiwa orang-orang PAS disamping menimbulkan stigma buruk PAS kepada orang-orang melayu atas pagar yang pastinya masih kuat pegangan kemelayuan mereka.

Pada UMNO mudah sahaja, goyangkan, anginkan, tiupkan api perkauman kepada orang-orang melayu dan canangkan bahawa hanya apabila PAS dan UMNO bergabung sahaja yang mampu 'memulihkan' maruah dan hak orang melayu! Persoalannya, benarkah begitu? Adakah hanya kesatuan antara UMNO dan PAS sahaja yang mampu mengembalikan segala milik orang melayu?

Apakah benar hak orang melayu semakin tergadai? Persoalan yang seharusnya dikembalikan kepada UMNO ialah bagaimana hak orang melayu boleh tergadai didalam suasana UMNO menjadi ketua pemerintahan Malaysia sejak 1957 lagi? Jika persoalan itu sudah terlalu lama (mungkin ahli-ahli UMNO sudah lupa), persoalan yang terbaru, mengapa sewaktu UMNO menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004, tidak ada bunyi langsung dari UMNO untuk mengajak PAS berpadu dengannya? Apakah sebenarnya indikator keruntuhan ahak orang melayu pada UMNO?

Mengapa Selangor?

Isu Kerajaan Perpaduan ini bermula di negeri Terengganu dan Selangor namun kini hanya tinggal Selangor yang masih diserang dengan isu Kerajaan Perpaduan. Mengapa? Adakah kerana jumlah kerusi Dun Selangor yang sekiranya PAS dan UMNO bergabung memungkinkan menubuhkan kerajaan negeri? Bukankah di Perak juga berlaku situasi sebegitu? mengapa tidak berbunyi sekarang melodi perpaduan di Perak?

Kerana di Perak, UMNO telah kembali berkuasa walaupun menggunakan 'jalan belakang' iaitu rampasan kuasa ala kudeta.

Yakinlah! Sekiranya Selangor ini berjaya dirampas oleh UMNO melalui jalan yang sama (sekiranya mereka berpeluang) pastinya melodi perpaduan ini tidak akan kedengaran! Pastinya tidak sama sekali!

Selangor selaku negeri yang kaya hasil pelbagai jenis industri dan sesuai dengan lokasinya yang sangat strategik, menjadi suatu kekecewaan yang amat sangat oleh UMNO apabila terlepas ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 dahulu. Sehingga kini Khir Toyo masih lagi meroyan dan meratapi kehilangan statusnya sebagai MB Selangor dan kehilangan mungkin lebih 70% punca pendapatan UMNO! 1Malaysia tahu punca kekuatan UMNO adalah duit dan apabila UMNO kehilangan sumber duit bermakna bermulalah zaman kejatuhan UMNO!

Agak mustahil bagi mereka yang normal mempercayai sekiranya masih ada golongan yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan nasib melayu dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO melainkan hanya kekayaan dan kekuasaan yang menjadi tujuan hidup mereka!

Kerajaan Perpaduan

Mungin telah beratus kali PAS melalui pimpinannya seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan lain-lain mengeluarkan kenyataan menolak sama sekali perpaduan atas dasar politik namun media UMNO selama itu jugalah terus cuba meyakinkan rakyat bahawa PAS masih lagi mahu melayan permintaan UMNO yang satu ini. PKR dan DAP di peringkat tertinggi parti masing-masing pastinya memahami dan mengetahui akan ketegasan PAS bahawa PAS akan turut serta memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat melalui Pakatan Rakyat.

Biarpun UMNO mencuba berkali-kali namun pastinya kegagalan tetap mengunjungi mereka. InsyaAllah, dengan doa dan restu daripada Rakyat yang menyokong dan mendokong perjuangan ini, dan juga keizinan daripada Allah SWT, UMNO-BN akan berjaya dikuburkan dan dimuziumkan namanya oleh Kuasa Rakyat! Suara Rakyat, Suara Keramat!

sunsnake 24072010

PAS Selangor nafi bincang kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno

July 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Julai — PAS Selangor menegaskan ia tidak menjalin kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno walaupun ada pihak mendakwa ketuanya Datuk Dr Hasan Ali telah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Mei lalu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Roslan Shahir berkata beliau hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian pemimpin PAS sehingga akhirnya terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.

“Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?” kata beliau dalam tulisan blognya.

Katanya, PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor.

“Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan,” katanya.

Malah kata beliau pihaknya telah mengadakan mesyuarat dwimingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor di mana pelbagai isu strategik dibincangkan.

“Mesyuarat dipengerusikan oleh (Menteri Besar) Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar.

“Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja,” kata Roslan lagi.

Berita Penuh

0 comments: