Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 20, 2010

Belom Dapat Tanah Sg Besi Dah Start Enjoy!

Apa ada hal!! Janji kami dapat air mineral free!!!


Perghh!!! Paris Hilton tuh!!! Tak main la Fasha Sanda!!!

Gitulah riaknya rakyat Malaysia yang 'bukan melayu' ni menghabiskan duitnya di Paris!
(macam perangai Najib lak suka ke Paris. kebetulan kot?)...

Inilah nama cina rakyat Malaysia yang diwar-warkan oleh Bro Sam Ketua AMK sebelum ni..
Baru teman tau muka dia cam mana ropenye..

Laaa.. teman ingat kot-kot nak dimajukan pun Tanah kem TUDM tu dapat ke orang melayu..
Ini Cina gakk!!! Mana 'Hidup Melayunya"? Kepala Bana mana "Ketuanan Melayu' UMNO nih?

Inilah nama dia bangsatnya UMNO!
sunsnake 20072010

Ahli perniagaan dikaitkan dengan PM bersama Paris Hilton
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

(Gambar: Jho Low (kiri sekali) di atas bot mewah bersama Paris Hilton (tiga dari kiri)

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.

2 comments:

mr edz said...

nama lebih kurang J lo jer

budakbalun said...

ha ah laa... tak perasan lak!! wakakakaka!