Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 2, 2010

Kerajaan PR Selangor - Jangan main-main!


Jangan Seronok Sangat

Teman nak bagi nasihat kat Kerajaan PR Selangor..
Jangan seronok sangat dengan kuasa yang ada..
Jangan ego sangat dengan kuasa eksekutif yang dimiliki..
Itu semua adalah kuasa rakyat! Rakyat yang serahkan..
Dengan jerih perih dan peluh darah rakyat usahakannya..
Dengan risiko yang tak tertanggung rakyat Selangor menyerahkannya..

Jangan seronok sangat..
Jangan leka sangat... Jangan salahkan orang lain sangat..
Bila rakyat Selangor sendiri lingkupkan Kerajaan PR yang ada!

Kerajaan PR Selangor kena faham..
Apa pilihan yang rakyat Selangor ada lagi??
Kerajaan BN?? perffhhh!!! Tuih!!
sunsnake 02062010

Selangor negeri pertama perkenal indeks integriti urus tadbir

June 02, 2010

SHAH ALAM, 2 Jun —Sebagaimana dijanjikan ketika Kongres Nasional Keenam PKR Ahad lalu, kerajaan negeri Selangor memperkenalkan dua dasar baru bagi memastikan pentadbiran yang bersih dan telus.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata dua dasar berkenaan iaitu Indeks Integriti Urus Tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Pakatan Integriti (IP) akan dijadikan kayu pengukur untuk menilai keberkesanan dan kemajuan yang dicapai Selangor setiap tahun.

“Indeks Integriti ini akan membolehkan kerajaan negeri maklum mengenai kedudukannya dari segi pentadbiran di mana rakyat Selangor boleh menilai komitmen kerajaan negeri tehadap dasar-dasarnya,” katanya.

Berita Penuh

Selcat: Kumpulan Semesta bayar bonus ‘lumayan’

June 02, 2010

SHAH ALAM, 2 Jun — Syarikat perniagaan pasir kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd mengejutkan sesi pendengaran Selcat hari ini dengan mengakui ia membayar bonus dua bulan bagi tahun perkhidmatan 200

8 walaupun beroperasi empat bulan terakhir tahun berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan pada sesi pendengaran Selcat hari ini, yang diadakan hari ini untuk menyiasat dakwaan amalan rasuah yang dibawah oleh Ahli Parlimen Kapar. Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta, Datuk Abdul Shukor Nahor memberitahu Selcat bahawa “bonus pendahuluan” adalah munasabah jika mengambil beban dialami mereka.

Selain itu kata beliau, lembaga pengarah Kumpulan Semesta juga menerima bonus tambahan empat bulan bagi tempoh Januari hingga Jun 2009.

Berita Penuh

0 comments: