Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 18, 2010

Parti UMNO lebih 'rapat' dengan Parti PAP!


"PAS jadi pancacai DAP yang berkiblatkan PAP"
itulah antara ayat-ayat tuduhan orang UMNO terhadap PAS di dalam blog-blog mereka..
Yang hairannya? boleh pulak UMNO terima kunjungan PAP ke pejabat mereka?
Bukankah PAP ini seolah-olah racun tikus kepada tikus?
Marah sungguh bunyinya UMNO terhadap PAS yang bersekongkol denganh DAP yang asasnya adalah PAP nih!!

Aduhhh!!! UMNO..UMNO.. Makin terdesak makin kelakar!

sunsnake 18052010

Wanita BN Dan PAP Kukuhkan Hubungan

Pengerusi Wanita Barisan Nasional Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pertemuan Wanita Barisan Nasional (BN) dengan delegasi Pergerakan Wanita Peoples Action Party (PAP) Singapura hari ini mampu mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno berkata pemimpin wanita mampu membantu membawa perubahan yang baik dan positif antara kedua-dua negara bukan hanya dalam isu wanita, keluarga dan masyarakat, tetapi juga dalam isu dua hala dan sebagainya.

“Paling mustahak ialah kefahaman antara kedua-dua rakyat sebab di antara Malaysia dan Singapura, kita mempunyai banyak kesamaan sama ada dari segi sejarah, keturunan, kelaziman hidup dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Wanita PAP di Ibupejabat Umno di sini Jumaat.

Ketua Wanita PAP Lim Hwa Hee, yang juga Menteri di pejabat Perdana Menteri Singapura mengetuai rombongan seramai 30 orang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Singapura dan aktivis wanita negara itu.

Antara Wanita BN yang hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim serta exco Pergerakan Wanita Umno.

Shahrizat berkata Wanita BN dijangka mengadakan kunjungan balas ke atas PAP Singapura awal Ogos ini.

Sementara itu, Lim berkata Wanita PAP ingin mempelajari lebih mendalam mengenai keupayaan Wanita BN menampilkan rangkaian jentera kerja yang mantap dan menyeluruh di seluruh negara.

“Kami akan lihat sama ada kami boleh membawa idea itu balik ke Singapura dan melaksanakannya di sana,” katanya kepada pemberita.

Lim berkata wanita di kedua-dua negara memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan usaha kerajaan.

-bernama

1 comments:

AzamDin said...

mmg betul.....tapi yang menyokong umno ni masih buta