Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 24, 2010

Najib Goyangkan SPRM?


Macam takde Harapan aje!

Terbaca berita ni di Malaysiakini semalam..
1st impression teman..
Nak rasa seronok.. macam tak seronok..
Nak rasa yakin.. macam tak yakin...
Nak rasa sedih.. memang rasa sedih!

SPRM nak siasat Najib?

Dengan Razak baginda pun semua agensi kerajaan dan Mahkamah goyang!
Dengan VK Lingam pun menggigil semua hakim-hakam!

Ini SPRM nak siasat Najib?? hmm oklah.. Tiada rotan akar pun berguna jugak..

Cuma akhir hikayat ni macam dah boleh budget dah...
ada sapa yang tak dapat nak teka penghujungnya?
aisehhh!!

sunsnake 24052010

"You help me, I help you", SPRM siasat Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu. Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya. Ketua SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (kiri, berdiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya. Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Berita Penuh

0 comments: