Pehhh.. Luah tak puas hati je kena pecat!
Dah kena pecat pun boleh siap kena ugut lagi!!
Pehhh!! Sampai kena buat report polis untuk keselamatan tuh!
Ini dah macam Filem Tamil! Ini dah macam Sivaji Da Boss!!!
Yang hairannya.. yang kena pecat.. yang kena ugut..
semua sebab tak puas hati dengan hanya seorang lelaki..
hmm.. modus operandi yang sama..
kalau orang-orang India masih yakin lagi dengan parti MIC nie.. tak tau laa..
sunsnake 24052010
Ahli CWC MIC diugut jika lancarkan GAS
KUALA LUMPUR 23 Mei - ''Batalkan pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) atau bakal berhadapan dengan kekecohan''.
Itu adalah panggilan berbaur ugutan yang didakwa diterima oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan daripada beberapa individu yang tidak dikenali.
Menurut Kumar Aamaan, bermula pagi ini beliau menerima lebih daripada tiga panggilan menggunakan 'nombor peribadi' yang berbaur ugutan itu.
''Saya akan membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terkini MIC setelah bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan dipecat daripada parti itu apabila mendesak Presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu segera meletak jawatan.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment