Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 22, 2010

Berita buruk buat UMNO Petaling Jaya!


Kemungkinan lepas ni ada ahli-ahli UMNO yang akan buat demo bantah arahan MB Khalid Ibrahim nih! Ha ha ha!
Inilah sebenarnya tujuan manusia-manusia melayu ni masuk UMNO!
Untuk sapu apa yang bukan hak! Untuk rembat apa yang boleh!
Pedulikan nasib melayu lain! Pedulikan nasib melayu yang susah dan wajib dibantu!

Mai Pilihanraya bagi RM50 sudah!! itulah membela melayu kata UMNO!
Ptuihh!!

So, kepada orang-orang UMNO yang tak layak dan ada rumah pulak di situ..
Sila pulangkan sebelum dirampas! Dan bak kata MP Kota Belud yang tidak dapat dipastikan lagi Islam ke idak, Jangan Politikkan Isu Ini!

sunsnake 22052010


MB: Tak layak, pulangkan semula rumah
Mei 22, 10 9:17am

Kerajaan Selangor mununtut semula pemilik rumah kos rendah di Selangor yang tidak layak memulangkan semula rumah unit mereka kepada kerajaan negeri.

"Ini bagi memastikan pengagihan rumah kos rendah dilaksanakan dengan adil dan telus," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah mengenalpasti berlaku pembelian rumah kos rendah oleh pihak yang tidak layak sekitar tahun 1998 di kawasan perbandaran Petaling Jaya.

Menteri besar mendakwa pada ketika itu didakwa tiada dasar yang jelas berhubung pengagihannya.

Katanya, pada tahun tersebut, kuota pembeli rumah kos rendah, 50 peratus diberikan kepada pembeli dari Sistem Pendaftaran Terbuka Berpusat Rumah Kos Rendah (SPTRKR) dan 50 peratus lagi perlu mendapatkan perakuan Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD).

"Ini menyebabkan pengagihan senarai nama pembeli rumah kos rendah pada waktu itu tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh LPHS dan telah berlaku penjualan kepada mereka yang tidak layak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berita Penuh

0 comments: