Mana la si Wira Ali Rostam Ketua Menteri Melaka ni..
Satu-satunya negeri yang mengharamkan arak!
betul ka?
Masakan tidak, masa berkempen di Hulu Selangor hari tu,
bukan main lagi Hamba Allah ni ke hulu ke hilir menjaja yang Zaid Ibrahim ni kaki botol!
Siap geng-geng pemimpin UMNO yang lain dok jaja pulak Zaid ada Kuda lumba!
Perghh!! Macam depa tu malaikat pulak teman tengok!
La ni, Najib luluskan judi bola world cup??? Haaaa??
Apsal jadi 'syaitan bisu'?? takut kan Najib?
Wehhh!! kome semua faham tak apa sebenarnya maksud pemimpin UMNO nih??
Arak haram kalau lawan UMNO!
Kalau sokong UMNO, Arak jadi halal! Togok la banyak mana pun!!
Tak caye? tanya Duta Malaysia kat US la ni!!
Raba bontot perempuan bolehhh!! Janji sokong UMNO!
Hal judi pun sama la jugak!
Yang luluskan siapa?? Najib! Siapa Najib?
Presiden UMNO!! Wokehh!!
Judi Halal!!! Judi Halal!! judi Halal!!
Dalilnya? Sebab Najib luluskan!!
Kalau Khalid Ibrahim yang luluskan??
Haramm!!! Judi haram!! Judi haram!!
Dalilnya? Sebab Khalid Ibrahim tak sokong UMNO!!
huh! UMNO dulu kini dan diharapkan selamanya.. SESAT!
sunsnake 22052010
Judi: Mana pemimpin Umno lantang isu kalimah Allah
Mohd Sabri Said |
PERMATANG PAUH, 21 Mei: "Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan," begitulah antara suara yang berkumandang daripada pemidato yang mengadakan demontrasi aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, dekat sini selepas solat Jumaat tadi. Program yang berlangsung selama 45 minit berjaya menghimpun 400 orang untuk membantah judi terbaru itu. Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mohd Piah dalam kenyataanya membidas pemuda Umno seluruh negara kerana tidak bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam. |
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment