Subhanallah!
Teman tak tahu la kalau penduduk Kampung Sg. Buaya masih lagi akan memenangkan Barisan nasional di UPU mereka 25 hb ini.
G. Palanivel ini, semasa masih menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor selama lebih 3 penggal langsung tak jengok malah mengambil tahu akan kesusahan dan melaratnya bekas-bekas peneroka Felda Sg Buaya ini! Bayangkan jumlah penerima zakat disini berjumlah 250 orang! Paling ramai di seluruh Selangor dengarnya!
Dari zaman Menteri Besar UMNO hinggalah yang terakhirnya Khir Toyo, penduduk Sg Buaya seolah-seolah peminta sedekah yang hina dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO Selangor dah hanya disebut dibibir mereka apabila tiba musim pilihanraya umum.
Dan kini mereka kembali dengan janji yang serupa!
Mujurlah penduduk Sg Buaya ini orang melayu..
kalau orang Jepun, melepasi simpang kampung pun pimpinan UMNO-BN ni takkan berani!
Untuk pengetahuan semua, ramai juga dikalangan peneroka terbabit yang kini sudah meninggal dunia, masalah itu kini menghantui generasi mereka yang seterusnya.
Ramai rakan-rakan teman generasi kedua disini masih ternanti-nanti apakah kesudahan tuntutan hak mereka? Ntah kemana hilangnya duit mereka disapu oleh pemaju dan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu!
Mampukah penduduk kampung Sg Buaya membiarkan mereka dipatuk oleh ular yang sama buat kali yang entah keberapa?
sunsnake 12042010
Hulu S'gor: Kg Sg Buaya dapat peruntukan baru | |
|
lain macam je muka Ketua Kampung ni? berapa syer?
Menurutnya, peruntukan tersebut antaranyauntuk membina padang kawat (RM144,000), membaik ulih dua buah madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000). Katanya, kelulusan itu dibuat oleh Datuk G Palanivel selaku penyelaras BN bagi kawasan parlimen Hulu Selangor. "Saya juga baru terima surat yang ditandatangani sendiri oleh perdana menteri untuk tiga projek bagi kawasan ini dengan nilai RM160,000," katanya dalam satu majlis di bilik gearkan BN di kawasan tersebut malam tadi. Menurutnya, peruntukan itu antara lain adalah untuk projek belia 4B, untuk menurap jalan serta membaiki dewan Belia 4B. Majlis tersebut dihadiri Palanivel serta pemimpin Umno daripada Jelebu dan Teluk Kemang, yang menjadikan Sungai Buaya sebagai kawasan angkat mereka.
0 comments:
Post a Comment