Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 12, 2010

PRK Hulu Selangor (45) Petugas PAS Hulu Selangor tak peduli siapa calon!

Masuk malam ni.. ntah berapa puluh kali lah teman hadiri masyuarat..
Baik internal PAS mahupun antara PAS dan PKR..

Cuma satu sahaja yang teman dapati ada persamaan diantara kedua-dua jenis meeting..
"Tidak kisah siapa calon"..

Di mesyuarat PAS, usaha dan persediaan bagi menyambut petugas-petugas yang dijangka mencecah puluhan ribu daripada seluruh negara!
Disamping gerak kerja kempen bagi mendekati masyarakat tidak kira sama ada pengundi mahupun tidak!
Gerak kerja UMNO-BN di Hulu Selangor setakat ini sangat jelas hanya tertumpu kepada pengundi iaitu golongan sasaran mereka sahaja. Bukan pengundi boleh pergi mam! mungkin itu target mereka!

Persoalan siapakah calon PKR langsung tidak berbangkit didalam setiap mesyuarat PAS. Terpulang kepada PKR menentukannya disamping nasihat oleh TG Presiden dan Penasihat DAP kepada DS Anwar Ibrahim.

Semangat petugas-petugas Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Hulu Selangor seolah-olah PAS pulak yang akan bertanding! Setiap perjalanan lujnah-lujnah khas untuk PRK disusun dengan agak baik disamping semangat ukhwah yang semakin menebal! Dalam gelak ketawa dan kadangkala serius sempat bertakbir apabila sesuatu perselisihan pendapat diselesaikan dengan baik dan penuh ukhwah!

Teman tidak pasti pula apa yang berlaku didalam mesyuarat internal PKR.
Semoga ianya berlaku sama sesuai dengan persediaan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya selepas PRU ke 13 kelak!

sunsnake 12042010

0 comments: