Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, March 7, 2010

Tu diaa!! Lim Guan Eng buat hal laagi!


Hahahaha..
Teman hanya mampu tersenyum bila baca berita kat bawah nie..
Makin pening UMNO-BN Penang nak 'bantai' cina sorang nie..
Makin 'tibai' makin kuat dia melawan! Hebat!

Mungkin pengalaman di penjara bersama-sama dengan pejuang-pejuang PAS jadikan Lim Guan Eng ni lebih istiqamah berbanding melayu Islam yang bangsat khianat pada rakyat!

Idea untuk buat Pilihanraya Tempatan ni benar-benar akan menguji integriti sesebuah kerajaan negeri dan mahupun negara!

Dan bila sebut integriti of co's laa.. SPR akan 'goyang' sebab dia tau dia memang tak pernah ada integriti!!
Silap-silap Pengerusi dia pun tak pernah dengar perkataan integriti!
tooiitt!
sunsnake 07032010

Pulau Pinang Mahu Adakan Pilihanraya Tempatan

Dua hari sebelum Pakatan Rakyat meraikan ulangtahun ke-2 pentadbiran di Pulau Pinang, kerajaan negeri mengumumkan rancangan untuk melaksanakan pilihanraya tempatan.

Keputusan ini dicapai dalam satu mesyuarat 3 Mac lalu. Pilihanraya tempatan ini membabitkan dua majlis berkuasa tempatan - Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihaknya telah mengutus surat ke Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Abdul Aziz Yusof dua hari lepas meminta SPR menganjurkan pilihanraya tempatan untuk dua majlis tersebut.

Guan Eng merujuk kepada Artikel 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri meminta SPR menganjurkan pilihanraya tempatan mengikut Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk suruhanjaya respon kepada permintaan Kerajaan Negeri.

Kali terakhir pilihanraya tempatan diadakan adalah 40 tahun lalu selepas ia diharamkan Kerajaan Pusat ekoran perintah Darurat pada September 3 1964.

Namun pilihanraya tempatan kembali menarik perhatian umum dengan pelbagai aduan dan laporan berhunung kelemahan pengurusan di majlis-majlis perbandaran.

0 comments: