Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, March 7, 2010

Antara isu YB Zul Nordin & Pemuda MCA


Hebat sangatkah isu Pemecatan YB Zulkifli Nordin jika dibandingkan dengan isu Mesyuarat Agung Pemuda MCA yang tak dapat dijalankan sebab tidak cukup korum?

Tidak dapat dibayangkan betapa aib sebenarnya yang dirasakan oleh pemimpin-pemimpin MCA(ada lagi ke?) kerana tidak cukup korum untuk bermesyuarat adalah sesuatu yang sangat aib dan memalukan! Mungkin tidak ada apa-apa jika ia berlaku pada Parti KIMMA tetapi ianya berlaku kepada Parti Kaum Cina yang paling besar di Malaysia! Dan dalam keadaan Barisan Nasional masih lagi memerintah Malaysia!

Pengalaman teman setiap kali mengadakan mesyuarat PAS cawangan, kehadiran dihari mesyuarat adalah sesuatu yang paling penting untuk mengelakkan ketidakcukupan korum yang boleh mendatangkan keaiban kepada kami pimpinan cawangan! Walau macam manapun kehadiran adalah perkara no.1 yang wajib diutamakan dan diberi perhatian khusus. Jika perlu membuat aktiviti susulan sehingga ke rumah-rumah tetap akan dibuat. Itu baru mesyuarat yang hanya berstatus cawangan inikan pula berstatus Pusat!

Macam tak percaya pulak melihat hanya ada 3 orang pimpinan berada di atas pentas di meja utama dan sekelompok kecil ahli-ahli duduk di bawah! Hinanya MCA di mata kaum Cina Malaysia kini! Perebutan kuasa dan pertelingkahan sesama mereka semakin parah dan dalam diam semakin membusuk! Nampaknya do'a Tuan Guru Nik Aziz semakin makbul dan telah bermula dengan memecahkan perut parti-parti sekutu UMNO dahulu.. MCA sebegini, MIC dah langsung tak berbunyi! PPP dan Gerakan entahkan ada entahkan tidak sekarang ni. Hanya tinggal UMNO yang masih lagi bertahan dan menyerang dalam memastikan kelangsungan kehidupan mewah pemimpin-pemimpin mereka.

Inilah isu yang sebenarnya lebih besar daripada isu YB Zul. Apa yang berlaku kepada YB Zul sangat-sangat dikesali kerana beliau juga adalah seseorang yang sangat dihormati terutama bagi golongan reformis iaiatu wira-wira yang turun ke jalan raya dalam era 98-99. Setiap kali ada ceramah yang melibatkan YB Zul ini pasti akan dipenuhi oleh golongan reformis bagi mengtahui perkembangan kes di mahkamah DSAI dan analisis-analisis perundangan oleh YB Zul sendiri.

Inilah media UMNO yang tidak pernah insaf dan sedang berusaha memenangi hati saki-baki rakyat Malaysia yang masih lagi buta maklumat! Mereka menyedari bahawa mereka seolah-olah semakin kelemasan apabila cuba menjatuhkan kelebihan Pakatan Rakyat dalam lapangan 'Media Baru' lalau terpaksalah mereka menggunakan sepenuhnya, memerah sekering-keringnya kelebihan yang mereka ada didalam media lama iaitu Televisyen dan Surat Khabar dimana UMNO-BN berkuasa mengawal penyiarannya.

Ayuh rakyat Malaysia! Jangan lagi kita menoleh ke belakang!
Pandang ke hadapan.. masa depan anak-anak dan cucu-cicit kita..
Janganlah sehingga ke saat mereka nanti,
tetap kezaliman UMNO-BN tertimpa ke kehidupan mereka!

sunsnake 07032010

Zulkifli tak hirau dipecat

KUALA LUMPUR 6 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.

Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.

“Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

berita penuh


Perhimpunan Pemuda MCA ditangguh

KUALA LUMPUR 6 Mac - Mesyuarat Agung Pemuda MCA Ke-46 yang sepatutnya diadakan di sebuah hotel di sini terpaksa ditangguhkan berikutan tidak mencapai kuorum minimum untuk membolehkan ia dijalankan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon kira-kira pukul 10.45 pagi, setelah 15 minit kaunter pendaftaran perwakilan ditutup.

''Saya sedih kerana selepas semua persiapan dibuat, kita gagal untuk mengadakan mesyuarat yang merupakan gelanggang terbaik bagi perwakilan membincangkan pelbagai isu penting yang melanda negara.

berita penuh

0 comments: