Dagangan seks: Sami di Delhi kumpul RM200 juta dalam 10 tahun
NEW DELHI, 4 Mac — Seorang sami yang mendalangi kegiatan pelacuran bernilai jutaan dolar, memperoleh hampir dua lakh rupees (RM18,000) sehari daripada perniagaan itu yang beroperasi dari premis kuilnya, kata polis.
Sami yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mendalangi kegiatan seks itu, dengan mengambil kebanyakannya pelajar remaja dan bekas pramugari, dilaporkan memperoleh kira-kira RM200 juta sejak 10 tahun lepas.
Polis Delhi terus berusaha mendapatkan fakta-fakta nyata selepas suspek berumur 39 tahun itu ditahan di sebuah pusat bandar di selatan Delhi Jumaat lepas semasa sedang berurusan dengan polis yang menyamar sebagai pelanggan.
Polis menjumpai diari yang mengandungi rekod-rekod pelanggan kaya dan nama-nama 500 wanita yang terlibat di dalam kegiatan itu.
“Dia menggunakan gadis-gadis yang mahu mendapatkan wang dengan mudah. Kami jumpa diari yang mengandungi lebih daripada 100 gadis di sebuah kuil di selatan Delhi,” kata timbalan pesuruhjaya polis (selatan Delhi) H.G.S. Dhalowal kepada media.
Suspek itu, yang mempunyai pengikut yang besar di seluruh India termasuk birokrat ternama dan ahli politik terkenal India, dikatakan memilih kehidupan sebagai sami selepas dibebaskan dari penjara atas kesalahan menjalankan sindiket pelacuran dan rumah urut pada 1998. — Bernama
0 comments:
Post a Comment