Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, March 5, 2010

Akibat khianat rakyat!



Subhanallah!
Kalau teman laa... pagi esok jugak teman letak jawatan!
Jangan main-main dengan solat hajat syeikhhh!!

Ko dah khianat amanah rakyat..
Rakyat undi ko sebab ko tu guna parti..
Kalau ko guna logo sendiri agak-agak mau ke rakyat undi ko?

Khianat rakyat..
Khianat parti..
Khianat kawan..
Khianat pimpinan..
Khianat janji..

Teman sokong Solat Hajat tu 100%!
sunsnake 05032010

Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam
Mac 4, 10
12:13pm
Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.
Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan. “Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan. “Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini. Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

sumber - malaysiakini

0 comments: