Gula naik harga sebab Kerajaan Malaysia dah tak mampu nak tampung subsidi..
Tokey gilanya nama Robert Kwok.. Rakyat Malaysia..
Senang kira kerajaan rugi a.k.a takde duit disebabkan gula ni..
Yang Kwok ni pulak loaded giler babi tahap dewa sebabkan bisnes gula dia!!
Apa masalahnya ni??
Sorry laa... teman tak tau apa-apa pasal ekonomi Malaysia..
sunsnake 17022010
Harga gula naik 20 sen sekilogram | |
|
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80
sen sekilogram. (malaysiakini)
Robert Kuok kekal terkaya di Malaysia
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Bekas Raja Gula, Robert Kuok Hock Nien terus mengekalkan kedudukan di tempat teratas sebagai orang terkaya di Malaysia apabila nilai kekayaannya meningkat sebanyak RM16.1 bilion kepada RM42.7 bilion.
Tahun lalu, nilai kekayaan Robert Kuok adalah sebanyak RM26.6 bilion.
Tempat kedua dikuasai oleh 'orang kuat' industri telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan berjumlah RM27 bilion manakala tempat ketiga pula jatuh kepada taikun perladangan, IOI Corporation Bhd., Tan Sri Lee Shin Cheng dengan nilai kekayaan sebanyak RM11.92 bilion.
Kaji selidik tersebut dilakukan oleh sebuah majalah tempatan, Malaysian Business bagi terbitan hari ini. (melayau)
0 comments:
Post a Comment