Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, February 17, 2010

DS Anwar leh start packing barang.. On the way ke Penjara!




Hek elehhh..
Seperti yang dijangka..
Lembu pasti akan mengikut apa kata tuannya..
Hatta semasa beberapa detik sebelum disembelih pun!

Itulah dia Mahkamah Bolehland..
Sama gak macam lembu..

Semacam dah tau skrip 'Liwat 2" ini akan berakhir macam mana..
Sebab konar kot mana pun Anwar mesti dipenjara!!

Persoalannya? mampukah kita mengadakan pengganti buat beliau?
Bersediakah PR berjuang tanpa Anwar?

Mungkin jejas sedikit buat PAS & DAP.
tapi mampukah PKR?
sunsnake 17022010

Mahkamah Rayuan tolak permintaan Anwar gugurkan kes liwat

KUALA LUMPUR, Feb 17 — Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya agar Mahkamah Rayuan menggugurkan kes liwat kedua beliau.

Keputusan sebulat suara itu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh mahu prosiding kes di Mahkamah Tinggi pula ditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan selesai mendengar rayuan peringkat kedua mereka kelak.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.

Keputusan permohonan Anwar untuk melucutkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dari mendengar kes liwatnya pula akan ditentukan esok.

0 comments: