Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, February 6, 2010

Bila mengadu kat tuhan pun kena paksa....


Buat majlis ceramah kena paksa orang datang..
Buat perasmian kena paksa orang datang..
Buat Karnival kena sogok orang datang..
Buat Juara Rakyat pun kena sogok orang datang..

La ni yang terbaru..
Nak buat Solat Hajat pun main paksa-paksa orang datang!!!

Subhanallah!
Ape ke he nye yeob?
Dengan tuhan pun nak paksa-paksa!
Apsal tak paksa semua ketua-ketua MCA dan MIC datang sekali?

UMNO..UMNO.. Saat-saat kehancuranmu semakin jelas..
Tiada penafian..
sunsnake 06022010

Zambry gelisah, guna jentera kerajaan untuk politik
Harakahdaily
IPOH, 6 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kerajaan BN/Umno semakin resah gelisah sehingga menggunakan jentera kerajaan termasuk setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk mengerah pegawai kerajaan dan isteri hadir solat hajat di kediaman menteri besar malam ini.

Setiausaha PAS negeri, Misbahul Munir Masduki berkata, Pakatan Rakyat (PR) sering menganjurkan solat hajat waktu menjadi kerajaan tetapi tidak pernah menggunakan SUK atau jabatan agama untuk mengerah pegawai kerajaan hadir.

“Kita guna jentera parti pertahan kerajaan tetapi Umno/BN guna jentera dan pegawai kerajaan untuk pertahan kerajaan. Jadi Umno peralat pegawai kerajaan untuk kepentingan politik,” ujarnya.

Selain itu, katanya penyelaras masjid juga diperkuda untuk mengerah pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid melalui panggilan telefon supaya hadir ke majlis itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jemputan yang dihantar oleh SUK melalui sms kepada semua pegawai kerajaan bersama pasangan ke program solat hajat itu dengan berpakaian baju kebangsaan dan sopan.

3 comments:

Briged Akhdor LR2 said...

ikut juga dame dgn cara pas secara tak langsung mereka juga menjdaikan islam dan politik tdk dipisahkan ..dlm tak sedar mrk buat mcm nizar dulu sewaktu memerintah ..solat hajt juga adalah kebiasaan jemaah setelah berusaha..aper yg teman tahu setip sekolah dikerahkan 5 org murid..serta guru2 dan pegawai krajaan..mufti perak spt biasa menmbhkan perisa spy slt hjt mnjadi satu kykinan bt mereka ..aper pun solat ler hajat ler biar allah yg menentukan mana yang haq dan yang bathil

Anonymous said...

pa nak heran pas pon same jerr benda yg baik tak pa dibuat tak kira la umno ke pas kerr yg dok pegang lilin tu liagi haruuuu sekarang ni dah ceramah dok nyayi lagu pulak nak jadi mentor pulak dahh kee atau dah pening akibat terbalik arii tuu pk pk la jangan nampak salah org jerr tambah lak sesama islam yg kafir tu pulak dipuja puja tu pasai laa kena BALUNNNN hehehehe tabirr dulu lerr sekarang teman nak beralihh arah lerr sebb adanya DAP dalam pakatan Jangan mareeee

Budak Balun said...

standard UMNO lee...masuk mana2 blog memang takut nak bagi nama.. mesti nyorok belakang anonymous..

maleh teman nak layannnn..!!

apa-pun...TQ co'z sudi jengok teman disini....

Akhi chip.. Salam Perjuangann!!