Teman tertanya-tanya setakat ni takde lagi tuduhan sebegini dilontar oleh UMNO kepada MB Khalid Ibrahim. Kalau dulu di Perak, sampai ke sudah DS Nizar dihamun oleh 'pejuang-pejuang melayu' seperti parpukari yang sah mamak tongkang bukan melayu tu!
Teruskan MB Khalid.. mana-mana tanah yang sememangnya hak rakyat marhaen, buat la sejujur-jujurnya.. Kalau dulu si Jawa Toyo tuh.. memang semua lepas ke dia laaaa...
sunsnake 25.01.2010
6000 Keluarga Di Kuala Selangor Dapat Geran Hak Milik Tanah
Untuk berpuluh tahun, mereka hidup dalam keadaan tidak menentu, walaupun diberi pelbagai jaminan oleh kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional yang lalu.Namun penantian kira-kira 5000 hingga 6000 keluarga di Kuala Selangor untuk mendapatkan hak milik tanah atas rumah yang mereka duduki kini berakhir.
Mulai bulan ini, mereka diberikan geran hak milik tanah secara berperingkat menandakan kerajaan negeri Pakatan rakyat memenuhi satu lagi janjinya dalam membela masyarakat.
Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian geran tanah dibuat secara berperingkat bermula bulan ini dan dijangka selesai hujung tahun 2010.
Dianggarkan kira-kira 100,000 keluarga akan mendapat manfaat daripada langkah kerajaan negeri itu.
Di Kuala Selangor sahaja, pemberian geran itu sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan berkenaan selesai.
“ Kita akan mengadakan pemberian geran iaitu bermula di Kampung Sentosa, kampung Seri Aman dan Kampung Baru Ijok pada bulan Januari. Kita pergi ke Kampung Seri Makmur, Kampung Aman Tambahan, Kampung Bistari Jaya, sampai ke satu tahun. Kita ada program satu tahun. Jadi maknanya, pada akhir tahun ini bererti lebih daripada 90 peratus pemberian tanah di seluruh Kuala Selangor dapat diselesaikan”katanya.
Kuala Selangor adalah sasaran pertama di bawah rancangan pemberian geran tanah kepada penduduk yang menduduki tanah milik kerajaan negeri.
Khalid berkata setelah mengambil alih kerajaan negeri, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran memberi geran hak milik tanah kepada penduduk yang layak sebagai satu daripada keutamaan kerajaan negeri.
"Untuk Ijok dan Kuala Selangor, terima kasih kepada Pegawai Daerah dan Yang DiPertua kerana kita akan mengadakan program besar-besaran untuk memberikan geran tanah kepada mereka yang sudah duduk di kawasan-kawasan tersebut,"katanya.
Tambah Khalid, pemberian geran ini adalah untuk memberikan hak milikan tanah kepada rakyat Selangor yang telah lama menetap di kawasan berkenaan dan dalam masa yang sama memudahkan proses pembangunan dijalankan di negeri Selangor.
“ Dengan cara ini, kita akan membuat pembangunan di kawasan-kawasan ini dengan baik dan tertib. Dan YDP boleh membuat program bagaimana mahu sekolah dan seterusnya. Jadi ini bukan di Kuala Selangor sahaja kita buat. Ini contoh tetapi kita buat di seluruh negeri Selangor,"katanya.
Khalid bercakap demikian kepada pemberita, selepas memberikan Sumbangan Mesra Usia Emas di Sungai Buluh petang tadi.
sumber - Warta Kerajaan Rakyat
2 comments:
nama kau pun dah naik meloya bila dengar jngn nak menipu orng la aku dok kat selagor dah 40 tahun ini lah pertama kali orang melayu kena pijak dngan khalid bangsat tu cilaka menyesal aku pangkah dia dulu 6000 orng melayu dapat geran konon pi mapus la kamu semua jangn dok tipu orng melayu aku cukup kenal nagan kamu magkok hoi 8thn aku ada dlm PKR nampk sngat sekarang ni kamu semua dok jaga cina kumunis adk aku berniaga kat pulau pinang dah 15 thn tak ada masalah mai pkr ngan DAP habis semua dlm sekelip mata cina dok seronok berniaga lagi memang bangsat kamu semua
salam... (nama apa ye?)
Alhamdulillah.. orang macam sdr ni elok benor le kuar PKR..
kot ye la 8 tahun dalam PKR..
ayat2 cina komunis,DAP komunis ni..
memang ayat2 UMNO je..
so, ibarat sirih pulang ke gagang la bila kamu yang kononnya 8 tahun dalam PKR ni kuar.. kompom masuk UMNO balik kot?
hahahaha..
by the way.. TQ kerana sudi menjengah dan bagi pendapat di blog teman ni.. syukran2!
Post a Comment