Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 23, 2009

Rahsia dalam rahsia!



Apa yang jadi rahsia ye?
Mengapa ianya dianggap rahsia?
Kalau dah jadi rahsia, mengapa ianya rahsia?
Habis? Rahsia siapa sebenarnya?
Rahsia Pusat atau rahsia negeri?
Kalau negeri, tapi negeri kata bukan rahsia?
Kalau begitu mengapa pusat kata rahsia?
Rahsia sangat ke rahsia pusat tu?
Rahsia pusat, rahsia siapa?
Siapa yang tau rahsia pusat?
Kalau dah tau, kenapa pusat berahsia?
Kalau dah rahsia pusat, mengapa negeri yang kata rahsia?
Belasah je la duhai negeri! Kalau itu bukan rahsia!!!
Kalau ikut pusat, semua rasuah itu RAHSIA!!!

sunsnake 23.11.2009

S'gor batal dedah tragedi Bkt A'bangsa
Nov 23, 09 6:47pm
Kerajaan Selangor membatalkan hasratnya menerbitkan dokumen sulit laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu setelah kerajaan persekutuan membantahnya.

Menteri besar berkata pendedahan itu penting bagi "menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai" tetapi dokumen itu telah dikelaskan sebagai "rahsia" oleh jemaah menteri.

"Sebelum ini kerajaan negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu (tidak akan mendedahkan laporan) dan meminta kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa (dengan Selangor) demi kepentingan orang awam.

"Bagaimanapun, kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh jemaah kabinet.

"Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau bagaimanapun terus menyeru kerajaan persekutuan membenarkan penyiaran laporan tersebut dengan alasan "kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan" dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun dan tanah tinggi di negeri.

"Setelah membaca laporan tersebut, kerajaan negeri percaya ia tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara," kata Abdul Khalid lagi.

"Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

"Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi.

"Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya kerajaan persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam."

sumber - malaysiakini

0 comments: