Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 23, 2009

Lepas ni kaki mahjung, jom pergi Melaka!


Satu lagi tindakan berani oleh Kerajaan PAS-PR Kedah!
Errr.. Apa cite Adnan Yaakub Pahang?
Errr.. Apa cite Ali Rustam Melaka
Errr.. Apa cite Mat Said Ganu?
Errr.. Apa cite Ghani Othman Johor?
Errr.. Apa cite Mohamad N9(tak lama lagi Isa)?
Errr.. Apa cite Khalid Ibrahim Selangor?
Errr.. Apa cite Isa Peghelih?
Errr.. Apa cite Musa Aman Sabah??
Errr.. Apa cite Taib (Raja) sarawak??

Nik Aziz tak yah tanya sebab dah lama dah buat..
Guan Eng InsyaAllah.. akan ditanya satu hari nanti.. (moga tak lama..)
sunsnake 23.11.2009

Kedah kaji semula lesen mahjung
Nov 23, 09 4:49pm
Kerajaan Kedah tidak bercadang meluluskan secara otomatik pembaharuan lesen mahjung kepada persatuan-persatuan yang telah diberi lesen, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, kelulusan memperbaharui lesen itu hanya akan dibuat selepas pihaknya berbincang dengan Jawatankuasa Hiburan Pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan Kedah merasakan mahjung sebahagian judi kerana menggunakan duit semasa bermain. Sebab itu kita bercadang mengkaji semula pembaharuan lesennya," katanya apabila diminta mengulas pertanyaan lisan ADUN Sidam, Tan Joo Long, semasa persidangan dewan itu semalam.

Azizan ditemui pemberita selepas menyerahkan 346 ekor lembu qurban kepada pejabat-pejabat daerah, agensi-agensi kerajaan dan pejabat agama negeri di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar hari ini.

Menurutnya, kajian itu untuk kebaikan semua orang bagi mencegah masyarakat mengambil jalan mudah mendapatkan duit berikutan pihaknya menerima banyak rungutan akibat permainan berunsur perjudian.

"Kalau boleh kita tidak mahu rakyat berjudi kerana secara tidak langsung mereka akan berhutang dengan Ah Long. Nanti anak bini teraniaya," tambahnya.

Beliau berkata kerajaan mungkin menimbang memberi lesen mahjung kepada persatuan Cina sahaja tetapi ia tetap bergantung kepada hasil perbincangan dan kajian.

Menurut Azizan, walaupun kaum Cina dan India tidak melarang masyarakatnya berjudi perkara ini tetap harus dibendung kerana ia mendatangkan kesan buruk ke atas institusi keluarga.

Mengenai lembu qurban, beliau berkata haiwan itu disumbangkan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) bertambah 100 peratus dari tahun lepas. BERNAMA

2 comments:

Che Leh Jangok said...

Gitulah bila pun dimana pun. Lesen Mah memang ditimbang untuk orang Cina sahaja. Jadi apa ceritanya. Saja la tu nak putar cerita tu. Nak kona orang lain la tu.

Kuda Perang said...

Salam Che Leh jangok benar mung lening.. hehhe jagn mare..