Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 23, 2012

KUPEKMAS pulak dahhhhh??

contoh saja haaaa!

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

KUPEKMAS CALAR IMEJ PENJAWAT AWAM

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR melihat agenda penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab UMNO Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) sebagai satu tindakan terdesak pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan tekanan kepada penjawat-penjawat awam yang masih belum bersara dari perkhidmatan mereka. Ini terjadi apabila kebelakangan ini ramai bekas-bekas kakitangan awam yang telah secara terbuka menyokong dan menyertai parti PAS dan Pakatan Rakyat.

Penubuhan KUPEKMAS adalah didalangi oleh ‘pembodek-pembodek Umno’ yang telah memberikan khidmat kepada Umno walaupun masih berkhidmat sebagai penjawat awamsebelum daripada ini. Dan dengan dinaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, sudah pasti NGO ini mempunyai muslihat yang tertentu untuk mempastikan kakitangan awam sekarang terus memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga melihat KUPEKMAS adalah hasil daripada kegusaran Umno dan Barisan Nasional di dalam menghadapi gelombang ‘penghijrahan’ bekas-bekas kakitangan kerajaan yang telah bersara yang kini telah menyertai PAS dan Pakatan Rakyat dan berceramah di seluruh negara menceritakan keburukan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional di dalam mengurus tadbir negera ini.

Pesara-pesara kerajaan seperti Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas pegawai tinggi TLDM, Datuk Adnan Ibrahim, bekas pengarah pendidikan negeri Perak, bekas pengarah kastam negeri Kedah, Hj Ishak dan beberapa orang lagi yang kini sedang rancak ‘berceramah’ di atas pentas PAS menceritakan segala tingkah laku buruk pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk kepentingan diri, ahli keluarga dan kroni-kroni mereka. Umno dan Barisan Nasional telah ‘mengurung dan mengunci mulut’ kakitangan kerajaan semasa dalam perkhidmatan dangan ancaman dan ugutan supaya mereka menjadi ‘hamba’ yang setia kepada kerajaan.

Kini ramai kakitangan awam telah sedar kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat dari sudut urus tadbir negara apabila melihat kejayaan dan kecemerlangan kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang manjaga kebajikan kakitangan awam mereka sedangkan kerajaan pusat sehingga kini masih lagi mengabaikan kebajikan kakitangan mereka dan hanya meniru polisi-polisi yang diperkenalkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru seluruh kakitangan awam di seluruh negara menolak agenda KUPEKMAS dan memberikan sokongan kepada agenda perubahan yang akan menitikberatkan kebajikan dan memartabatkan kakitangan awam oleh Pakatan Rakyat.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

23 Februari 2012

UMNO=Israel=Amerika?


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

JIKA PRIHATIN DENGAN UMAT ISLAM SEJAGAT, MENGAPA DUDUK DIAM?

(23 Februari 2012 /

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh umat Islam daripada kalangan parti politik, NGO dan badan pelajar untuk turun bersama PAS dalam himpunan aman didepan Kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin.

Bagi DPPM, tindakan tentera Amerika Syarikat adalah tindakan tidak peri kemanusiaan dan menghina agama Islam. Umat Islam yang prihatin sama sekali tidak boleh duduk berdiam diri membiarkan segala macam kejahatan dilakukan terhadap agama Islam. Al Qur’an adalah kitab suci umat Islam dan menjadi kewajipan seluruh umat Islam mempertahankannya, hatta sehingga mengorbankan diri. Sememangnya tindakan tentera Amerika Syarikat ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda.

Dalam hal ini, DPPM hairan mengapa Menteri Luar Malaysia tidak bersuara lantang bagi membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat itu? Perdana Menteri pula sebagai ketua negara umat Islam di negara ini langsung tidak kedengaran suaranya di peringkat antarabangsa dalam isu yang melibatkan umat Islam sejagat. Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat ‘Big Brother’ Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia? Mungkin pemimpin negara ini sibuk dengan berpolitik di negara ini sehingga tidak sedar bahawa ada isu yang menyinggung perasaan umat Islam sedang berlaku di luar sana. Mungkin juga pemimpin negara hanya ‘memperjuangkan Islam’ di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara.

Justeru itu DPPM menggesa UMNO dan rakan NGO bersamanya termasuk JATI untuk turun bersama umat Islam yang lain dalam himpunan ini sekiranya benar mereka memperjuangkan Islam. Sebagai makluman, ajakan ini adalah kali kedua terhadap UMNO dan rakan sekutunya selepas himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Syria yang membunuh rakyatnya minggu lepas. Namun demikian, yang mengecewakan ramai adalah UMNO dan rakan-rakannya gagal hadir dalam himpunan pada minggu lepas. Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tuesday, February 21, 2012

Lawak Jenis Apakah Ini!!!! Gempar!


Duduk dalam Parlimen pun tido!
Ada hati nak berdebat??

Aduyaiii!
Teman dah kabo dulu..
kalau bab cari publisiti murahan..
PERKASA dan Ibrahim Ali lah juaranya!

Apa pengalaman yang Ibrahim Ali ada?
Jadi menteri pun zaman tok kadok dulu..
baik debat dengan Rais Yatim!!
Ada gak standard skit... Menteri...

Perkasa ni apa benda?
wakakakaka!

Masuk pilihanraya pun idakkkk!
NGO kann?

aduyaii..
macam-macam gila ada kat dunia neh!

budakbalun 21022012

Anwar patut berdebat dengan Ibrahim Ali bukan Najib, kata Perkasa

February 21, 2012

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan tidak wajar untuk pembangkang mengheret Datuk Seri Najib Razak berdebat semata-mata mahu memberi publisiti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, Anwar yang juga Ketua Umum PKR sepatutnyta berdebat dengan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu iaitu Datuk Ibrahim Ali.

“Adalah tidak wajar mengheret perdana menteri ke pentas politik murahan untuk memberi publisiti kepada Anwar. Tidak ada keperluan untuk Najib melayan hasrat karut Anwar.

“Anwar perlu berdepan dengan presiden Perkasa dulu berdebat berhubung sokongannya kepada Israel kerana rakyat mahu lihat apa motif beliau menyokong Yahudi,” katanya dalam satu kenyataan.

Desakan agar debat antara Najib dan Anwar diadakan semakin hebat selepas debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng minggu lepas.

Pelbagai pihak tampil memberikan pendapat dan galakan, tidak kurang yang menghalang, yang rata-ratanya ahli Umno, terhadap cadangan debat kedua-dua pemimpin tersebut.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberi bayangan bahawa peminpin Umno bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat, dan rakan sejawatannya dari Pakatan menyahut seruan itu.

Bagaimanapun Najib, Presiden Umno setakat ini enggan untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar.

Anwar telah berulang kali menjemput Najib untuk sesi debat terbuka dan mencabar beliau berbincang berkenaan polisi dan hala tuju kerajaan.

“Elok berdepan dengan Ibrahim sesuai namanya Anwar Ibrahim sama-sama dari kem Kemunting.

“Maka barulah dikatakan debat buku dan ruas,” tambah Syed Hassan.-Minsider

Monday, February 20, 2012

Susahnya Lawan Politik Dengan Beruk! [video]



susahnya lawan politik dengan beruk..
beruk lagi senang..

Lawan hujah beruk tak berani..
lawan ceramah.. beruk tak dapat hadirin..
lawan demo, beruk tak dapat kumpul orang..

sudahnya..

inilah cara mereka!

teruskannnn.. Rakyat Malaysia semakin cerdik dan jelas siapa yang bakal menghancurkan negara!!

budakbalun 20022012

Friday, February 17, 2012

Bukti! Rakyat Menyokong Penuh UMNO-BN! [Gambor]

Berpusu-pusu rakyat marhaen ke pejabat-pejabat UMNO Bahagian mahupun pejabat Ahli parlimen BN di merata ceruk negara!!

Bagi menunjukkan sokongan padu mereka kepada UMNO-BN!!!

Sanggup berbaris panjanggggg! Di bawah terik matahari bagi menantikan ketibaan pimpinan UMNO-BN bahagian,negeri mahupun negara!!

Dan apabila bertemu.. oh!! bahagianya hidup!

Menanti dengan penuh debaran..

Menunggu nama dipanggil untuk menerima voucher RM500

ye ke?? Itukah 'tanda' sokongan rakyat yang 'padu' untuk UMNO-BN?
Adakah UMNO-BN ingat rakyat mudah digula-gulakan dengan RM500?

Hakikatnya...
Apabila dipanggil pula rakyat untuk mendengar ceramah mereka tanpa dapat duit..






Sedarlah duhai UMNO-BN...
jangan hina rakyat Malaysia dengan duit dan makanan..
Sememangnya itu tanggungjawab kamu sebagai Kerajaan Malaysia...
Jangan mendabik dada mendakwa 'kami prihatin kepada rakyat!" dengan menabur duit seperti Ali baba menebar syiling di pasar Baghdad!
Walhal... Rakyat sebenarnya jauhhhh lebih tertekan dengan harga barang yang semakin naik semakin menggila!
Rakyat semakin parah dengan nilai duit yang semakin lama semakin kecil!
Rakyat semakin sesak dengan taraf kehidupan yang semakin jauh antara Kaya dan Miskin..
Yang kaya makin kaya...
Yang miskin semakin papa kedana!

Kalau nak sedar.. sedarlah segera..
Kalau tak mahu dan hendak terus takbur,angkuh dan sombong..
Terpulang....
Biar rakyat menentukan sendiri nasib mereka di PRU13..
Jangan menipu dan jangan membohong masa pengundian ye duhai UMNO-BN?

budakbalun 17022012

Penyokong Anwar Buat Kerja Bodoh?


Aduyaiii!
Korang mengalir lah airmata darah depan Sri Pentas punnn..
Mana mungkin boleh hatta sesaat Anwar tu berucap dalam TV UMNO tuuu..
Tak payah buat kerja bodoh lah nak minta-minta..

Daripada sibuk minta benda yang tak mungkin dapat..
baiklah buat kerja semak daftar pemilih yang SPR baru keluarkan tu..
berpuluh ribu pengundi yang dah mati tapi ada nama lagi!
Berpuluh ribu nama pelik-pelik!
beratus ribu alamat yang musykil dan penuh keraguan!

Dakwat hitam pun dah nak jadi warna-warni dah nehh!
wakakakakaka!

Apa pun...
Bolehlah kalau korang nak try merayu...
Tapi.. takat sembang dengan Pak Guard opis media Prima lahhhhh!!

Paling tinggi pun dengan driver Johan Jaafar!
Itu dah cukup bagus dia hantar Pengurus Besar..

1 cara je untuk bagi Anwar mahupun mana-mana pemimpin PR berucap di TV Malaysia neh secara bebas..
Tumbangkan UMNO-BN di PRU 13!

Asalkan Bukan UMNO!! Pangkahhhh!!

Setel! Selamat Malaysia!!!

budakbalun 17022012

TV3 dicabar beri ruang Anwar jawab isu Israel

Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab "laporan tidak adil dan berat sebelah" mengenai isu Israel.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad - yang memiliki TV3 dan syarikat media lain - cuba melakukan "membunuh karektor" Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya.

"AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut.

Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.-Mkini