Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 23, 2012

UMNO=Israel=Amerika?


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

JIKA PRIHATIN DENGAN UMAT ISLAM SEJAGAT, MENGAPA DUDUK DIAM?

(23 Februari 2012 /

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh umat Islam daripada kalangan parti politik, NGO dan badan pelajar untuk turun bersama PAS dalam himpunan aman didepan Kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin.

Bagi DPPM, tindakan tentera Amerika Syarikat adalah tindakan tidak peri kemanusiaan dan menghina agama Islam. Umat Islam yang prihatin sama sekali tidak boleh duduk berdiam diri membiarkan segala macam kejahatan dilakukan terhadap agama Islam. Al Qur’an adalah kitab suci umat Islam dan menjadi kewajipan seluruh umat Islam mempertahankannya, hatta sehingga mengorbankan diri. Sememangnya tindakan tentera Amerika Syarikat ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda.

Dalam hal ini, DPPM hairan mengapa Menteri Luar Malaysia tidak bersuara lantang bagi membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat itu? Perdana Menteri pula sebagai ketua negara umat Islam di negara ini langsung tidak kedengaran suaranya di peringkat antarabangsa dalam isu yang melibatkan umat Islam sejagat. Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat ‘Big Brother’ Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia? Mungkin pemimpin negara ini sibuk dengan berpolitik di negara ini sehingga tidak sedar bahawa ada isu yang menyinggung perasaan umat Islam sedang berlaku di luar sana. Mungkin juga pemimpin negara hanya ‘memperjuangkan Islam’ di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara.

Justeru itu DPPM menggesa UMNO dan rakan NGO bersamanya termasuk JATI untuk turun bersama umat Islam yang lain dalam himpunan ini sekiranya benar mereka memperjuangkan Islam. Sebagai makluman, ajakan ini adalah kali kedua terhadap UMNO dan rakan sekutunya selepas himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Syria yang membunuh rakyatnya minggu lepas. Namun demikian, yang mengecewakan ramai adalah UMNO dan rakan-rakannya gagal hadir dalam himpunan pada minggu lepas. Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments: