









kredit untuk Page - Bicara Pekerja



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
MATA PELAJARAN ISLAM TIDAK WAJIB LULUS MENJADIKAN PELAJAR ISLAM JAHIL AGAMA
06 Dzu al-Hijjah 1432 / 02 November 2011
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran ini menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri. Meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar. Murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek ini.
Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai ‘exam oriented’, apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam? Minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi.
DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah. Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari. Dasar ini menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar.
DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar ini terhadap masa depan generasi muda negara. Sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja disamping gejala sosial yang akan meningkat. Golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram. Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur’an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi. Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah.
Jika kerajaan benar-benar serius mahu meninggikan syariat Islam serta memastikan generasi muda tidak tercicir dari kejahilan terhadap agamanya sendiri, subjek Pendidikan Islam wajar diangkat sebagai subjek teras wajib lulus para pelajar di semua peringkat. Subjek ini perlu diangkat sama penting seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi. Dengan demikian, barulah pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari Pendidikan Islam dan mendalaminya sehingga berjaya.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Masyarakat Melayu di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak terikut dengan dakyah sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat kaum majoriti itu terus berpecah demi kepentingan peribadi mereka.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, ini kerana perpecahan Melayu akan menggugat kestabilan negara dan turut memberi kesan tidak baik kepada kaum lain.
Katanya, beliau mempunyai maklumat mengenai kegiatan terancang pihak tertentu untuk memecahbelahkan Melayu serta bumiputera dan ia kini giat dilakukan.
"Terdapat pihak tertentu yang kini memecahbelahkan kaum Melayu dengan begitu halus melalui pertubuhan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) demi mendapatkan sokongan kaum Cina, India serta lain-lain.-Utusan Meloya
Sebaliknya, menurut agensi antirasuah itu, perolehan tersebut telah dilaksanakan tanpa membuat kajian pasaran bagi memastikan perolehan dibuat adalah yang paling menguntungkan kerajaan dengan mengambil kira aspek kualiti, harga, kegunaan, kos penyelenggaraan dan faktor lain yang berkaitan sehingga mewujudkan perbezaan harga pasaran dan harga kontrak sebanyak RM172,501.00.
“Meskipun harga pakej keseluruhan syarikat yang berjaya adalah rendah, terdapat keadaan di mana harga peralatan tententu dalam pakej tersebut tidak munasabah.
“Kegagalan membuat kajian pasaran adalah tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pada sidang media di sini hari ini. - Insider