Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 2, 2011

Ketua Audit Negara kena 'ayam'?

DAP gak kena... wakakaak!


Hok aloh...
Satu demi satu laporan ketua Audit negara disanggah..

bermula dengan feedlot.. Noh omar bidas balik..
lepas tu Najib pun menyampuk..
walhal empunya badan si Sharizat sonyappp ajo!

Ni dah SPRM pulak backing isu peralatan maritim..
ayat standard " tidak seleweng cuma tak ikut flow"..

Wakakakakaka!!

Tak pakai helmet bawak moto memang tak berdosa..
Tapi salah disisi undang2 wehhh!!

aduhhhh!!!

Ketua Audit Negara elok beronti ajelahhhh!!

budakbalun 02112011

SPRM: Beli bot ‘all weather’ tiada unsur seleweng tapi langgar Arahan Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 2 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak wujud elemen penyelewengan dalam urusan pembelian bot aluminium ‘all weather’ oleh Jabatan Taman Laut merangkumi beberapa peralatan termasuk binokular yang dilaporkan 177 hingga 2,805 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Sebaliknya, menurut agensi antirasuah itu, perolehan tersebut telah dilaksanakan tanpa membuat kajian pasaran bagi memastikan perolehan dibuat adalah yang paling menguntungkan kerajaan dengan mengambil kira aspek kualiti, harga, kegunaan, kos penyelenggaraan dan faktor lain yang berkaitan sehingga mewujudkan perbezaan harga pasaran dan harga kontrak sebanyak RM172,501.00.

“Meskipun harga pakej keseluruhan syarikat yang berjaya adalah rendah, terdapat keadaan di mana harga peralatan tententu dalam pakej tersebut tidak munasabah.

“Kegagalan membuat kajian pasaran adalah tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pada sidang media di sini hari ini. - Insider

0 comments: