Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 22, 2010

Kerdau - Pengerusi SPR berdebar!


Aduhh!!! Kata Pengerusi SPR dalam hati..
Pasal la leh jadi macam ni pulak YB niee..
Tu laa. tak jaga kesihatan!! kan SPR dah pesan!
Cari calon Pilihanraya yang tidak akan mati!!

Yang pasti.. Nasib rakyat Kerdau akan 'terbela' sekiranya......

ntahlah.. susah nak cakap..

buat keluarga YB Kerdau ni.. banyak2 lah bersabar..
Terserahlah kepada Allah SWT untuk menentukan takdirnya..

sunsnake 22052010

Adun Kerdau koma, kembali kritikal
Mei 22, 10 5:30pm

ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi, lapor beberapa akhbar. "Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma. "Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," beliau dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian. Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.

Jumpa teman esok di Klang!


InsyaAllah, esok teman bersama dengan kawan-kawan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang berbangsa India dan Cina akan menaiki 1 buah bas ke Klang bagi menghadiri Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat yang akan dirasmikan oleh YBhg Presiden PAS.

Kita jumpa di sana ya maccha!! Apek!!
sunsnake 22052010

Presiden PAS lancar Dewan Himpunan Penyokong PAS
Ditulis oleh Harakah
TUESDAY, 11 Mei 2010 06:41

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, 23 Mei ini di Pejabat Tanah Klang.
Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai keahlian seramai 20, 000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusuf, dengan pengukuhan tersebut, ahli-ahli sayap PAS itu boleh menyertai Muktamar PAS dan mengikuti muktamar di peringkat negeri.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, selain Presiden PAS, pimpinan PAS yang lain turut dijemput menyertai majlis bersejarah itu.
"Pelancaran Dewan Himpunan PAS ini akan mencipta sejarah dalam PAS bagi membuktikan PAS kini semakin mendapat sokongan bukan ISlam. Dengan pelancaran tersebut juga, ahli Kelab Penyokong PAS secara langsung akan menjadi sebahagian sayap PAS," katanya.
Mujahid berkata, majlis tersebut juga akan diserikan dengan persembahan pelbagai kaum.

Samy Vellu - Pensyarah UPSI dipecat!


Berita Esok di Utusan Melayau

Tanjung Malim 23 Mei - Seorang Pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris disini hari ini dipecat 24 jam daripada semua jawatannya. Ini adalah kerana pendapat beliau berkenaan Samy Vellu di akhbar Utusan Malaysia bahawa perlunya Samy Vellu itu mengundurkan diri atau istilah lain letak jawatan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda MIC, Mugilan telah dipecat kerana mengeluarkan kenyataan agar Samy Vellu meletakkan jawatan secepat mungkin. - Tidak Bernama

Wakakakakakak!
nasib la ko bukan ahli MIC Prof oii!! Idak kompom dah tak berparti dah la ni!!

sunsnake 22052010

Sudah tiba masa Samy Vellu berundur

KUALA LUMPUR 21 Mei - Sudah sewajarnya bagi Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC bagi memberi ruang kepada pemimpin yang lebih muda menerajui parti terbesar kaum India itu.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, adalah jelas ramai masyarakat India tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan bekas Menteri Kerja Raya itu.

Menurutnya, walaupun mempunyai sumbangan kepada parti, tetapi kepimpinan Samy Vellu yang dilihat sebagai autokratik telah menyebabkan ramai yang tidak senang dengan MIC.

"Selaras dengan pengunduran pemimpin berusia dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, sudah tiba masanya Samy Vellu meletakkan jawatan.

berita penuh

Hok aloh! Teruknya Khir Toyo!


Teringat teman dengan ayat-ayat bangang daripada pemuda-pemuda UMNO dalam Facebook..
"Kalau PAS serius mahukan Islam, suruh la Nik Aziz buat Hukum Hudud kat Kelantan??"
itu ayat-ayat budak-budak UMNO yang kita sedia maklum jahil serba-serbi..
Dalam dok jahil pun nak berhujah!
Dalam dok jahil pun rasa diri tu macam cerdik benor!!

Tapi rupa-rupanya Pemuda UMNO yang pernah jadi Menteri Besar ini pun sama jugak bangangnya dengan budak-budak UMNO dalam Facebook!!

aduhhh!!!
"UMNO Pusat bagi lesen judi pada tokey-tokey Cina, lepas tu cabar Pakatan Rakyat tutup premis judi??"

"Najib luluskan lesen judi bola kat Berjaya group(Sport Toto), lepas tu najib cabar PAS & PKR tutup semua kedai-kedai Sport Toto? Apa ke bangang punya melayu!
sunsnake 22052010

SELANGOR DI CABAR TUTUP 4,500 PUSAT JUDI – KHIR TOYO

Kerajaan negeri Selangor dicabar menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di seluruh negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat untuk menghapuskan kegiatan tersebut.

Mohamad Khir Toyo berkata, cubaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan menunjukkan sikap 'double standard' mereka.

Berita Penuh

Ali Rostam.. Where are you?? Yuuhuuu!!





Mana la si Wira Ali Rostam Ketua Menteri Melaka ni..
Satu-satunya negeri yang mengharamkan arak!
betul ka?

Masakan tidak, masa berkempen di Hulu Selangor hari tu,
bukan main lagi Hamba Allah ni ke hulu ke hilir menjaja yang Zaid Ibrahim ni kaki botol!
Siap geng-geng pemimpin UMNO yang lain dok jaja pulak Zaid ada Kuda lumba!

Perghh!! Macam depa tu malaikat pulak teman tengok!

La ni, Najib luluskan judi bola world cup??? Haaaa??
Apsal jadi 'syaitan bisu'?? takut kan Najib?

Wehhh!! kome semua faham tak apa sebenarnya maksud pemimpin UMNO nih??

Arak haram kalau lawan UMNO!
Kalau sokong UMNO, Arak jadi halal! Togok la banyak mana pun!!
Tak caye? tanya Duta Malaysia kat US la ni!!
Raba bontot perempuan bolehhh!! Janji sokong UMNO!

Hal judi pun sama la jugak!
Yang luluskan siapa?? Najib! Siapa Najib?
Presiden UMNO!! Wokehh!!

Judi Halal!!! Judi Halal!! judi Halal!!
Dalilnya? Sebab Najib luluskan!!
Kalau Khalid Ibrahim yang luluskan??
Haramm!!! Judi haram!! Judi haram!!
Dalilnya? Sebab Khalid Ibrahim tak sokong UMNO!!

huh! UMNO dulu kini dan diharapkan selamanya.. SESAT!
sunsnake 22052010

Judi: Mana pemimpin Umno lantang isu kalimah Allah
Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 21 Mei: "Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan," begitulah antara suara yang berkumandang daripada pemidato yang mengadakan demontrasi aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, dekat sini selepas solat Jumaat tadi.

Program yang berlangsung selama 45 minit berjaya menghimpun 400 orang untuk membantah judi terbaru itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mohd Piah dalam kenyataanya membidas pemuda Umno seluruh negara kerana tidak bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.


Berita Penuh

Isa Sabu ludah muka sendiri & Ibrahim Ali!






Malas nak komen banyak.. just to say "A picture is worth a thousand words"...


sunsnake 22052010

Jangan tajamkan senjata, kata MB Perlis
Mei 22, 10 9:29am

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengingatkan masyarakat berbilang kaum di negeri ini supaya berfikiran positif ke arah memantapkan ikatan perpaduan yang telah lama terjalin.

"Jangan tajamkan senjata (mencari jalan) untuk sengketa," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dan dialog dengan para pemimpin masyarakat Cina di Kangar malam tadi.

Beliau berkata perpaduan yang telah lama dibina perlu dipertahankan dan beliau turut mengingatkan betapa pentingnya sikap saling menghormati antara kaum.

"Kalau masing-masing cuba mempertajamkan senjata untuk merosakan yang lain, ia boleh merosakkan keharmonian," katanya pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis itu.

Berita Penuh