Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 1, 2009

Ini contoh sepatutnya OSA!


Inilah yang sepatutnya dirahsiakan!
Apa tujuan bagitau rakyat Malaysia berapa kerajaan Malayssia kena tanggung subsidi gula?
Nak bagitau yang
kerajaan Malaysia prihatin?
bertanggungjawab?
Rakyat didahulukan?

Ke nak bagitau, kalau subsidi takde peluang kroni nak rembat?
Kena alih budget untuk subsidi kepada projek lain yang 'mudah-rembat'?
aduhhh!! Jangan bodohkan rakyat..

Subsidi minyak dah macam takde!
Subsidi gula dah nak kena tarik!
Subsidi beras dah main kupon!
Subsidi apa lagi yang tinggal?

'Subsidi' tol murah lepas 12 malam?
Perompak je yang banyak main highway malam-malam ni kecuali lori-lori..
'Subsidi' untuk big mama gi bercuti bila nak tarik?
ke tiap-tiap bulan dapat jemputan anak raja arab?
chaiittt!!!
sunsnake 01.12.2009

Subsidi gula mungkin dimansuh?
Dis 1, 09 4:37pm
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

berita penuh

DAP tak patut buat macam tu..



Ish! Apa laaa..
Tak sepatutnya DAP buat macam tu..
Sepatutnya gambar-gambar 3 ADUN katak itu diletakkan di dinding..
Dan dihiasi dengan kalungan bunga..
tulis kat situ..
"Dalam Kenangan" ataupun "Rest In Peace!"

Manusia-manusia pengkhianat macam ni tak seharusnya wujud!

Gambar Guan Eng kena bakar dek Pemuda BN semalam..
Gambar Koh Tsu Koon kena koyak dek Pemuda UMNO dulu..
Gambar Nik Aziz dilakarkan menunggang Babi di Selangor..
Budak-budak BN kencing di gambar Nik Aziz dan Haji Hadi di Selangor..
banyak lagi laaa..
Itu tak kurang hajar??

Apa pun.. ada baiknya tindakan memijak gambor-gambor 3 pengkhianat tu tak dibuat..
buat jadi modal puak pencacai aje..
sunsnake 01.12.2009

DAP bersifat kurang ajar - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pemimpin DAP bersifat kurang ajar apabila menjadikan gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak sebagai alas kaki untuk dipijak para perwakilan yang menghadiri konvensyen parti itu di Perak semalam.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali turut mempersoalkan adakah DAP mengamalkan ajaran komunis selain mempertikaikan di manakah prinsip menghormati hak asasi yang kononnya diperjuangkan parti itu selama ini.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dikatakan memijak gambar itu.

Difahamkan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Ko Ham; bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan dan ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow turut memijaknya.

Rakyat sifatkan DAP tidak berakal

IPOH 30 Nov. - Tindakan pemimpin DAP memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas pada konvensyen parti itu semalam mengejutkan kebanyakan rakyat di negeri ini.

Rata-rata mereka yang mahukan keamanan dan perpaduan, menganggap tindakan melampau itu sebagai perlakuan golongan yang tidak berakal.

Bagi Syed Mohd. Rahim Syed Husin, 57, sikap Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pengikutnya memijak gambar-gambar tersebut tidak mencerminkan keperibadian dan kepimpinan yang baik parti itu.

NGO Perak kutuk tindakan DAP

IPOH 30 Nov. - Tindakan pemimpin DAP memijak gambar tiga wakil rakyat Bebas pada konvensyen parti itu semalam menunjukkan pembangkang di negara ini tidak menghormati demokrasi dan mengamalkan undang-undang rimba.

Malah ia turut mendedahkan sikap kebudak-budakan pemimpin pembangkang

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak supaya pemimpin-pemimpin terbabit lebih 'sedar diri' dan menghentikan segera budaya 'hukum rimba'.

Takutnya mereka dengan Tuan Guru Nik Aziz!!!


Pada teman,
lagi banyak UMNO bercakap tentang seseorang pimpinan PAS itu..
bermakna makin takut dan risau lah mereka dengannya!

Jelas dikala ini,
UMNO amat takut dengan Tuan Guru Nik Aziz!
Pada mereka, karektor TGNA ini wajib dihapuskan dahulu!
Walau dengan apa cara sekalipun!
Waima berdoa pun tak boleh!

Kepada Tok Guru Nik Aziz..
teman amat yakin akan kelebihan dan keilmuan yang ada padanya..
Semoga Allah memberikan ketabahan kepada semua penyokong dan pendokong
perjuangan menentang kezaliman UMNO-BN di dunia ini!

sunsnake 01.12.2009

Nik Aziz patut salahkan diri sendiri

KOTA BHARU 30 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri yang semakin menyimpang jauh apabila kepimpinannya mula dipertikaikan umum.

Sehubungan itu Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menggesa agar Mursyidul Am Pas itu tidak terus mempertahankan jawatannya supaya maruah dan harga dirinya terus terpelihara.

''Nik Abdul Aziz perlu segera melepaskan jawatan agar tidak merugikan lagi agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, biar pun dirinya mula menjadi sasaran cemuhan dan diperlekehkan, namun menjadi kewajipannya untuk bersama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.

''Biarpun saya dianggap tidak mempunyai tauliah dan cetek tentang perkembangan semasa, saya tetap terdedah kepada perkhabaran yang sesetengahnya sudah cukup jelas dan nyata.

Perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Penganalisis politik menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan berikutan tindak-tanduk politik beliau yang semakin menyeleweng daripada ideologi parti sehingga mencetuskan kegelisahan umat Islam.

Menurut mereka, jika Menteri Besar Kelantan itu tidak berundur, dikhuatiri parti itu semakin lemah dan bakal berkubur khasnya di Kelantan.

Kata mereka, Pas 'hilang maruah' apabila Nik Abdul Aziz sanggup membiarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' orang bukan Islam khasnya pemimpin DAP demi kelangsungan hayat politiknya.

Prof. Datuk Zainal Kling berkata, Mursyidul Am Pas itu sudah mula memesongkan ahli Pas supaya turut mengikut telunjuk orang bukan Islam demi menjaga hati mereka.

Sambil memberi contoh beberapa isu berkaitan kepentingan orang Islam di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Nik Abdul Aziz tidak membela Islam tetapi sebaliknya mencari helah mempertahan pemimpin DAP yang menghina Islam dengan alasan 'mereka tidak faham Islam'.

"Sudah wajar beliau (Nik Abdul Aziz) meletakkan jawatan dalam politik dan sebagai Menteri Besar kerana tindakannya semakin menggusarkan orang Islam.

Nik Aziz jual agama demi politik - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup menjual agama demi kepentingan politik apabila berdoa supaya masa depan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dimusnahkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak mencerminkan perjuangannya untuk menegakkan Islam selama ini.

"Beliau dikatakan tokoh Pas, seorang Mursyidul Am parti itu, tetapi amalan yang ditunjukkan bukan saja tidak seperti apa yang disebut tetapi bertentangan dengan hukum.

"Ini satu kesalahan besar namun saya tidak boleh nasihatkan beliau sebab dia lebih tahu agama daripada saya," katanya.

Doa Nik Aziz boleh kelirukan bukan Islam

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Tindakan serta kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat kebelakangan ini memperlihatkan kelemahan beliau sebagai pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi bertindak sebaliknya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, malah kenyataan terbaru beliau mempertahankan doa memusnahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengelirukan orang bukan Islam yang akan menyangka bahawa Islam mengajar umatnya bermusuhan.

Zaman Nik Aziz sudah berlalu

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Zaman kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah berlalu dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan bagi memberi ruang kepada muka baru untuk menerajui negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Fuad Zarkashi berkata, ia diperkukuhkan lagi dengan perubahan keperibadian Mursyidul Am Pas itu daripada insan yang tawaduk kepada seorang yang pendendam.

Katanya, sekiranya Nik Abdul Aziz kekal memegang jawatannya, beliau tidak akan mampu untuk memberi sumbangan kepada politik Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

"Sebaliknya, tindakan beliau itu akan terus membawa perpecahan di kalangan umat Melayu. Terbaru, dengan mendoakan kebinasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO, semua itu mendorong kepada perpecahan.

"Benda' macam ni pun leh jadi rahsia?



hek eleh..
Ape mende la ni..
'Rakyat Didahulukan'?? Ape mendenyerr??
Apa yang rahsia sangat kes tanah runtuh ni?
Bapak pemimpin-pemimpin UMNO ke yang kena timpa dek tanah tu?
Bukan rakyat?
Yang takut sangat rakyat tahu apa sebab tanah runtuh tu apasal?

Inilah cara UMNO memerintah sejak dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
kalau puak dia memerintah..
Kalau rakyat yang kena tanggung! haaa. rahsiakan!
Kalau kerajaan yang kena tanggung! haaa. bagitau seantero dunia!
Nak tunjuk yang Kerajaan Malaysia ni banyak tanggungan..

Contoh kalau kerajaan kena tanggung subsidi minyak..
haaa.. bagitau semua orang betapa 'seksa'nya kerajaan kena tanggung subsidi..

Contoh kalau Kerajaan 'berjanji" dengan konsesi Lebuhraya,,
Opppss!! Ini kena OSA kan!!
Rakyat tak berhak tahu apa yang di'janji'kan konsesi kepada kerajaan pusat!
Rakyat cuma WAJIB BAYAR TOL aje!
tak bayar kena saman!!!

chait!! Kucin pun buleh memerintah kalau macam ni!!
sunsnake 01.12.2009

Pendedahan Laporan Bukit Antarabangsa di internet

01/12/2009 3:00pm

RAWANG 1 Dis. - Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor akan mendapatkan pandangan penasihat undang-undang sama ada perlu atau tidak membuat laporan polis berikutan pendedahan di Internet laporan sulit siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Katanya, beliau dimaklumkan laporan siasatan tersebut telah disiarkan oleh beberapa laman web dan beliau mempersoalkan mengenai perkara ini berlaku.

"Laporan ni masa siap di tangan kita (kementerian) tak pernah pun masuk dalam laman web, tak pernah pun keluar, tapi bila laporan tu kita lulus sahaja di kabinet, kita setuju nak hantar pada MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya), tiba-tiba sahaja menjadi popular dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat projek naik taraf jalan Rawang ke Tasik Puteri dan projek pembaikan cerun di KM17 Jalan Selayang-Rawang di sini hari ini.

Beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak mengenai hal tersebut tetapi menjelaskan bahawa selama laporan tersebut di kementerian dalam masa yang agak panjang, laporan itu tidak pernah disiarkan di Internet.

Tujuan laporan itu dibuat sebenarnya adalah untuk memberitahu MPAJ tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh mereka supaya kejadian tanah runtuh dapat dihindari pada masa akan datang, tambahnya. - Bernama

Daulat Tuanku! Tengok-tengoklah rakyat sikit..

Semoga Tuanku segera sembuh dan pulang ke Tanahair..
Raja Adil raja disembah..
InsyaAllah, Sultan Mizan ini akan jadi wira membela rakyat daripada kezaliman UMNO suatu hari nanti.. Amin!

sunsnake 01.12.2009

Tuanku Mizan selamat jalani pembedahan lutut di Jerman

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini selamat menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rects Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich, Jerman.

Istana Negara dalam kenyataan memberitahu, Seri Paduka kini dilaporkan sedang menjalani proses pemulihan di pusat perubatan tersebut dan dijangka dibenarkan keluar dalam waktu terdekat ini.

Pembedahan tersebut dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan pusat perubatan itu yang diketuai Prof. Andreas B. Imhoff.

"Tuanku Mizan dijangka berangkat kembali ke tanah air pada 12 Disember ini," kata kenyataan itu.

Sepanjang rawatan tersebut, Seri Paduka ditemani Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta dua anakanda.

Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa serta ingatan tulus ikhlas sepanjang menjalani rawatan di pusat perubatan tersebut.

sumber- melayau

The Great Footballer - Messi

Sampai kucin pandai main skipping pun takkan jumpa rakyat Malaysia menang Anugerah nih! hehehehe

sunsnake 01.12.2009

Barcelona’s Messi wins Ballon D’Or







Not a surprise choice, the silky operator from Barcelona, Messi. - Reuters pic
















PARIS, Dec 1 — Barcelona and Argentina forward Lionel Messi was awarded the 2009 Ballon D’Or, French magazine France Football said on its website (www.francefootball.fr) today.

The 22-year-old became the first Ballon D’Or winner from Argentina, eclipsing runner-up and last year’s winner Cristiano Ronaldo by a record 240-point margin.

The award’s 96 jurors gave Messi 473 points out of a possible 480, a near unanimous verdict, the magazine said.

The win caps a brilliant year for the soft-spoken left-footer, who helped Barcelona to a Champions League title with nine goals, as well as bagging six in the King’s Cup and 23 in the league.

The gong, formerly known as the European Footballer of the Year award, was voted on by journalists from across the world. — Reuters