Teman melihat tindakan PTPTN ni sangat-sangat berunsurkan politik dan dendam kesumat UMNO dalam isu Hapuskan PTPTN.
Tapi Kerajaan PR Selangor seharusnya berjiwa besar!
Jadikan tindakan jahat UMNO ini sebagai batu asas kepada 'terpaksa' melaksanakan Pendidikan Percuma lebih awal daripada jangkaan.
Dengan beberapa penambahan dalam tatacara pemilihan peserta, InsyaAllah..
Mungkin Di UNISEL ini lah akan bermulanya sejarah pendidikan percuma negara!
Kerahkan segala tenaga dan ilmuwan Selangor yang ada untuk merealisasikannya!
p/s: teman cakap boleh leeee.... wakakakaka!
budakbalun 06062012
PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel
Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini
di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman
kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."






PETALING JAYA: Pengarah
Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoal, kenapa pihak Bank Negara
tidak pula menyiasat Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp)
Datuk Seri Dr Muhamad Salleh Ismail.
Beliau
semalam menerima notis untuk hadir memberi keterangan di Bank Negara
petang ini di bawah Seksyen 87(1)(a), Akta Bank dan Institusi Kewangan
1989.