Tak yah kait-kait dengan PRN Sarawak la duhai ahli UMNO bertopengkan Suruhanjaya Pilihanraya oiiii!!
budakbalun 31052012
SPR larang kempen karikatur
JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang, sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.
Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.
"Pilihan raya ini satu aktiviti serius dan kita tidak boleh benarkan parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.
1 comments:
sepatutnyer SPR kener laksanakan tuntutan BERSIH dan jgn asyik memperkenalkan isu remeh-temeh kerana itu boleh menganggap cuba memperbodohkankan rakyat Malaysia....jgn asyik menjadi lembu UMNO/BN jer......
Post a Comment