Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 18, 2011

Bukti Saheh! UMNO Pembela Islam!

Kami melayu tulen sokong silat!! Ammakkk!!
Bukan patut muka-muka ni belajar silambam ke?? wakakaka!


Cheisss!!
PAS Kedah memang pengkhianat Islam!
PAS Kedah memang perosak tegar Islam!
PAS Kedah memang peliwat Islam!!

Tergamak PAS Kedah haramkan pusat hiburan di bulan Ramadhan?
Untuk menggalakkan umat Islam beribadat.. kena tambah masa pusat-pusat hiburan ini beroperasi!
baru lebih aula' dan mulia umat Islam di bulan Ramadhan!
Bukan Ramadhan sahaja!
Syawal,Safar,Rejab, Zulhijjah semua boleh!!

Lihat!
bagaimana Ali Rustam buat di Melaka!
Nah! Inilah cara yang betul!
Barulah nampak keseriusan UMNO nak membela umat Islam di Melaka!

ustaz Azizan MB Kedah WAJIB ikut apa yang Ali Rustam KM Melaka ni buat..

Yakinlah,
Sebaik sahaja Ramadhan ini berakhir..
Umat Islam UMNO Melaka adalah yang paling hebat dan tawadduk!
Yakinlah!!

kalau tak yakin!
UMNO akan minta Polis tangkap sesiapa yang tak yakin!
Seluruh persatuan silat seMalaysia akan keluar menghunus keris!
Mahaguru Wheelcha akan bersilat sorang-sorang atas wheelchanya!

Wakakakakaka!
1Malaysia jadi bangang dengan UMNO neh!!


budakbalun 18072011

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan

Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja. “Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya. - mkini


Larangan pusat hiburan: PAS cabar Umno ikut Kedah

PAS hari ini mencabar kerajaan pimpinan Umno-BN supaya melaksanakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 di negeri-negeri pimpinan mereka.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kelantangan parti MCA dan Gerakan yang menentang rancangan kerajaan negeri Kedah untuk menguatkuasakan enakmen yang telah diluluskan 14 tahun yang lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka. “Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tetiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno akan dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.- mkini

AMIS? Apsal Tak Panggil Najib Gereja?


Teman nak cabar puak-puak UMNO yang berselindung di sebalik nama Anak Anak Muda Islam Selangor (AMIS) ni..

Dulu bukan main marah YB Khalid Samad masuk gereja..
Siap gelarkan Khalid sebagai 'Khalid Gereja" tuh!!

Bukan main maki..
Kata Peliwat agama laa..
Pengkhianat Islam la..

Sebabnya? sebab melawat gereja kecik di Selangor..

Woi.. mangkuk-mangkuk UMNO sekalian!
Ni haaa..
Bapak UMNO korang bukan takat masuk gereja..
Masuk negara Kristian teruss!!
Vatican City!!

Apa korang nak kata??

Teman cabar AMIS ni pijak gambo Najib ni kat Masjid Negara atau kat mana-mana pun!!

Ada bran ke??
ke kcut tel* bila tengok gambo Rosmah??

Wakaakaka!
Bangang tak sudah-sudah!

budakbalun 18072011

Najib tiba di Itali, dijadual temu Pope Benedict

July 18, 2011


ROM, 18 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini semalam untuk memulakan lawatan kerja.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib dijadualkan menemui Pope Benedict XVI (gambar) dan mengadakan perjumpaan dengan Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican di Castel Gandolfo di sini.-MalaysianInsider

sumber bangang UMNO - sila klik

Al-Fatehah buat Serikandi Agung!

Gambar Allahyarhamah dalam simpanan teman.. Bertugas di PRK Kuala Terengganu!


Teman pertama kali dan terakhir kali terserempak dengan Allahyarhamah masa on the way balik daripada PRK Bukit Gantang tepatnya malam kemenangan..

Di R&R Behrang.. Berhenti nak ke toilet.. dan kebetulan Allahyarhamah pun ada di parking area..
Sempat ucapkan tahniah pada beliau dan YB pun sempat mengucapkan terima kasih kerana bertugas...

Al-Fatehah buat serikandi agung Islam ini..
Sangat humble walaupun bergelar doktor..

budakbalun 18072011


Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai

KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.

Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

“Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya,” ujarnya.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu.

"Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi.

Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan.

"Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru.

Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad.

Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais.-Harakahdaily

Thursday, July 14, 2011

Pengajaran Buat Polis seluruh Dunia!


Harap-harap..
Berita-berita sebegini akan membuka mata dan telinga pihak polis diseluruh dunia..
Akan membuka minda dan hati seluruh polis-polis diseluruh dunia..

Bertugaslah dengan amanah kepada rakyat..
Kerajaan yang memerintah sememangnya menjadi paksi kepada arahan..
namun sekiranya arahan itu tidak menurut undang-undang sebenar..
Perlu ada pertimbangan yang sewajarnya..

Yang penting..
Kena tanam dalam diri...
Polis ditubuhkan untuk memelihara keamanan menurut acuan Undang-undang..
bukan menurut nafsu dan kemahuan pemerintah!

Syabas kepada Rakyat Mesir..
InsyaAllah.. Mesir sedang dalam pembikinan kerajaan yang lebih adil dan tidak zalim!

Peringatan buat semua pemerintah juga...

budakbalun 14072011

Krisis politik: Mesir pecat 700 pegawai kanan polis

July 14, 2011

KAHERAH, 14 Julai — Hampir 700 pegawai kanan polis Mesir dibuang kerja ekoran insiden membunuh penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat negara itu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak awal tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Mansour Essawy berkata seramai 505 jeneral dan 164 pegawai biasa akan ditamatkan perkhidmatan mereka mulai 1 Ogos ini.

Tindakan itu diambil ekoran protes yang berterusan di Dataran Tahrir di sini, menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan ke atas anggota polis dan pegawai-pegawai Hosni yang berasuah.

Pihak tentera juga mengesahkan bahawa pilihan raya September ini akan ditangguh.

“Diputuskan bahawa (pilihan raya Parlimen) akan diadakan Oktober atau November,” kata seorang pegawai majlis tentera dipetik laporan BBC.

Laporan stesen TV Mesir berkata seramai 37 pegawai yang dipecat turut berhadapan dengan tuduhan membunuh penunjuk perasaan.

Lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang membawa kepada Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari.-m.insider

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0 - Bukti Nyata Pemimpin BN Kecut Usus!

Percayalah... Saya Melayu Tuleeeennn!!! Ammakkkk!!


Hok aloh...
Pasca Himpunan BERSIH 2.0 ni macam-macam komen dari depa..

Kejap kata Anwar dalang BERSIH 2.0..
Kejap kata PAS pelopori BERSIH 2.0..
Kejap kata DAP hasut BERSIH 2.0..
Kejap kata macam ni.. kejap kata macam tu..

La ni Noh Omar pulak meloncat!
Dia kata Ambiga cucuk hidung Pakatan Rakyat pulak!

Adehh!!!
mana satu yang betul ni??

Dah macam ayam betina kena kejar dengan ayam jantan pulak puak-puak desperado UMNO-BN nih!
Kejap mengarut macam tu.. kejap mengarut macam ni..
kejap karang melatah macam tu.. kejap karang melatah macam ni..

tapi yang hasilnya..
Rakyat tetap tidak percaya!!!

yang percaya makcik pakcik Felda laaa..
itu pun dah makin kurang!
sebab ramai makcik pakcik felda yang dah berani saman felda!
huisshhhh!!

budakbalun 13072011

Noh: Ambiga 'cucuk hidung' MP Pakatan

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat. NONEDengan sinis, Noh berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu. "Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.-Mkini

Tuesday, July 12, 2011

SPR - Tak Faham Bahasa ke?


Hok aloh..
Rakyat tuntut Undi Pos dihapuskan!
Bukan tukar sarung!

Aduyaiii!!
Bukan main setia SPR mempertahankan antara punca pilihanraya Malaysia diragui..

Polis la ni duduk di tempat dia bertugas..
Apa masalah dia nak ngundi hari sebenar mengundi?

Hmmm.. setia betul pengadil yang makin jelas tak adil neh!

budakbalun 12072011

SPR guna peti undi ganti sampul undi pos polis dan tentera


KUALA LUMPUR, 12 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi menggunakan sampul surat dan karung undi pos pada pilihan raya umum ke-13 — dilihat perkembangan terbaru dalam melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Langkah itu dilihat selaras dengan perubahan nama undi pos kepada pengundian awal yang diputuskan oleh suruhanjaya itu sebelum ini.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu dibincangkan baru-baru ini.

Ia diumumkan kepada media dua hari selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan, menuntut lapan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.-MInsider