Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, July 14, 2011

Pengajaran Buat Polis seluruh Dunia!


Harap-harap..
Berita-berita sebegini akan membuka mata dan telinga pihak polis diseluruh dunia..
Akan membuka minda dan hati seluruh polis-polis diseluruh dunia..

Bertugaslah dengan amanah kepada rakyat..
Kerajaan yang memerintah sememangnya menjadi paksi kepada arahan..
namun sekiranya arahan itu tidak menurut undang-undang sebenar..
Perlu ada pertimbangan yang sewajarnya..

Yang penting..
Kena tanam dalam diri...
Polis ditubuhkan untuk memelihara keamanan menurut acuan Undang-undang..
bukan menurut nafsu dan kemahuan pemerintah!

Syabas kepada Rakyat Mesir..
InsyaAllah.. Mesir sedang dalam pembikinan kerajaan yang lebih adil dan tidak zalim!

Peringatan buat semua pemerintah juga...

budakbalun 14072011

Krisis politik: Mesir pecat 700 pegawai kanan polis

July 14, 2011

KAHERAH, 14 Julai — Hampir 700 pegawai kanan polis Mesir dibuang kerja ekoran insiden membunuh penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat negara itu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak awal tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Mansour Essawy berkata seramai 505 jeneral dan 164 pegawai biasa akan ditamatkan perkhidmatan mereka mulai 1 Ogos ini.

Tindakan itu diambil ekoran protes yang berterusan di Dataran Tahrir di sini, menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan ke atas anggota polis dan pegawai-pegawai Hosni yang berasuah.

Pihak tentera juga mengesahkan bahawa pilihan raya September ini akan ditangguh.

“Diputuskan bahawa (pilihan raya Parlimen) akan diadakan Oktober atau November,” kata seorang pegawai majlis tentera dipetik laporan BBC.

Laporan stesen TV Mesir berkata seramai 37 pegawai yang dipecat turut berhadapan dengan tuduhan membunuh penunjuk perasaan.

Lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang membawa kepada Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari.-m.insider

4 comments:

Anonymous said...

Ya peringatan baik, Polis juga manusia, rakyat juga. Tetapi pencacai bawahan bertindak mengikut arahan dan mengikut bentuk latihan khas yang diterima. Barangkali penekanan harus dibuat iaitu Hishamuddin dan seluruh pegawai kanan operasi, pada hari tersebut mesti letak jawatan.

Walhal, kalau mereka degil dan enggan, berjuta rakyat mengingati, dan mendoakan, kalau tak kena pada depa..anak cucu mereka tidak selamat!...belum dalam kubur lagi tu...

world cup champion said...

kunjungan sahabat

AMAN said...

GAMBAR TU PERINGATAN KEPADA PENCACAI KAFIR, KALAU TAK MAU SAKIT KULIT, DOK DIAM2 DI RUMAH

HAHAHAAHAHAH

TAHNIAH BRO POLIS TAHNIAH

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob,

Mat-mat Bond ni kata "Saya yang menurut perintah!"