Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 3, 2011

BERSIH 2.. Bila Lagi?


Makin jelas SPR memainkan wataknya dengan semakin cemerlang dalam usaha memenangkan towkeynya iaitu UMNO Barisan nasional!

Dalam hal sekecil-kecilnya seperti kesalahan UMNO berkempen di PRK dengan provokasi melampau sampailah ke isu melangkaui kuasa Speaker DUN! Obvious gilerr!

Apakah PR hanya mahu bertindak setelah 'berjudi' dalam PRU 13 nanti yang pastinya akan diakhiri dengan kekalahan?
Dan kalah dalam keadaan tahu ditipu adalah kekalahan yang menyakitkan sebenarnya..
Lainlah kalau kalah dalam keadaan padang yang rata dan pengadil yang jelas adilnya!

Sangat-sangat tiba dah masanya gerakan BERSIH 2 dilangsungkan!!!!
sunsnake 03032011

Undi pos: SPR percaya naik kerana kesedaran, Bersih 2.0 mahu semakan

March 03, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai termasuk mereka mendirikan rumah tangga dengan anggota polis dan tentera kini tahu tentang hak mereka bahawa boleh menjadi pengundi tidak hadir, yang memberikan mereka hak untuk mengundi menerusi sistem undi pos.

“Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.

Berita Penuh

Ahli UMNO!! Berfikirlah! Walaupun Sekali!


Tolonglah duhai penyokong UMNO sekalian..
Berfikirlah.. walaupun itulah kali pertama dan terakhir kalian mahu berfikir..

Jelas...
2 Presiden UMNO kemungkinan telah ditipu oleh cukong MCA ini!
Bukan kecik-kecik anak punya tipu... berbilion! malahan puluhan bilion! mungkin ratusan bilion!

UMNO sering mengatakan PAS jadi keldai DAP..
Walaupun buktinya terlalu samar malahan sesetengahnya langung takde asas!

Yang ini bagaimana?
Pak lah mungkin kena tipu dengan Chan Kong Choy..
Che Det mungkin kena tipu dengan Liong Sik!

Adehhh!!

Berfikirlah walaupun sekali!

sunsnake 03032011

Tipu: Bukti Umno jadi kuda tunggangan MCA
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Terbongkarnya kisah Perdana Menteri dan jemaah menteri ditipu mengukuhkan lagi bukti bahawa Umno hakikatnya adalah boneka dan kuda tunggangan MCA, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Para pemimpin MCA yang menipu, cerdik. Para pemimpin Umno yang kena tipu, bodoh.

"Dakwaan ke atas (Tan Sri) Chan Kong Choy atas tuduhan menipu Perdana Menteri dan dakwaan ke atas (Tun) Ling Liong Sik menipu kabinet hanyalah dua kes yang kita tahu. Bagaimana pula kes-kes yang kita tidak tahu?

"Adakah hanya dua kali sahaja para pemimpin MCA menjadikan para pemimpin Umno termasuk (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebagai boneka dan kuda tunggangan mereka?" kata beliau.

Najib dan Muhyiddin adalah antara anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik.


Berita Penuh

Tipu Rakyat Merlimau - Insafkah mereka?


Kesian benor teman kisah 700 orang yang kena tipu dek pimpinan UMNO pasal TEKUN ni.. Inilah jadinya bila agensi kerajaan dianggap hak milik mutlak UMNO!
Yang 700 orang tu pulak tak nak fikir dan kaji sebelum bayor..
Cuba fikir sikit..
Apsal pulak kena bayor?
Apsal pulak takde resit?
Kenapa tak call TEKUN punya HQ tanya betul ke kena bayor?
Paling-paling tidak pun kenapa tak call TEKUN cawangan Melaka..
Adehhh!!

Sebab tu dalam Al-Quran banyak sangat firman Allah SWT suruh manusia berfikir..
"dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?" Surah As-Shaffaat, Ayat 138

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan" Surah Al-Baqarah Ayat 164

hmmm.. memang tak patut la menipu atas keperluan dan terdesaknya orang lain..
rakyat Malaysia ni dah sedia sesak dahhh.. mai pemimpin UMNO ni dah la menyesakkan rakyat, siap ambil kesempatan tas terdesaknya rakyat pulak tuh!

Apa lagi la ayat nak bagi orang melayu sedar?

silap-silap yang 700 orang ni pun dok pangkah dacing gak 6 haribulan neh!!

adehhhhh!!

sunsnake 03032011

Tekun: Pemimpin Umno tipu penduduk Merlimau

JASIN, 1 Mac: Tidak kurang 700 penduduk di kawasan Dun Merlimau, di sini, kini telah menjadi mangsa penipuan pemimpin Umno BN, apabila mereka dijanjikan pinjaman Tekun berjumlah RM3,000 tetapi kemudian mulai menjauhkan diri daripada mereka.

Lebih menyedihkan lagi, mereka turut dikenakan bayaran RM25 setiap seorang, tetapi tidak pula dikeluarkan resit bayaran sehingga menyebabkan mereka terasa jelas tertipu kemudiannya.

Seorang penduduk di kawasan itu, Ismail Abdul Rahman, 77, menjelaskan, perkara itu telah berlaku sejak 26 Februari lalu sebaik selesai proses penamaan calon bagi PRK Dun Merlimau yang akan berlangsung 6 Mac ini.

Menurut beliau, pemimpin Umno itu sememangnya dikenali oleh mereka yang terbabit dan mereka tidak menyangka akan ditipu sedemikian mudah, lebih-lebih lagi ketika Umno BN sedang terdesak untuk mendapat undi daripada orang ramai pada pilihanraya itu nanti.

Katanya, setelah mengutip wang itu, pemimpin Umno terbabit kini sudah amat jarang kelihatan, malah mereka seperti melarikan diri daripada mereka yang terbabit, manakala pinjaman Tekun sebanyak RM3000 yang dijanjikan itu pula tidak diperolehi oleh mereka.


Berita Penuh

Wednesday, March 2, 2011

Kalau Gitu RTM Hari-hari Angkat Bakul!

Kalau ikut teori UMNO ni..
Maknanya RTM,TV3 dan seumpanya hari-hari dok angkat bakul!

Hari-hari dok puji kemajuan Malaysia..
Kehebatan Perdana menteri Najib..
Ke'berhemahan' Rosmah suami Najib..
Kebijakan pemerintahan UMNO selama lebih 50 tahun nih!

tengok la siaran yang diterbit oleh jabatan kerajaan..
iklan 1Malaysia pun dah cukup membuktikan betapa tingginya bakul yang diangkat oleh UMNO!
belum iklan kartun Pak mat dan keluarga tu lagi! (pak mat ke nama dia?)

adehhhh!!

sunsnake 02032011

Mursyidul Am Pas 'angkat bakul' sendiri

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bertindak seperti 'mengangkat bakul sendiri' apabila mendakwa Pas berjaya membangunkan rakyat serta Kelantan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, kejayaan tersebut kini turut berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Jelas beliau, bagi Pas di Kelantan, kejayaan yang dikecapi adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah iaitu keyakinan kepada Tuhan, mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat.

Berita Penuh

Ini Kelebihan Kalau UMNO Bertanding!






Teman masih ingat PRK Dun Penanti..
UMNO-BN tak hantar calon atas alasan membazir!
Hmmm.. oklah tu..

Tapi paling ketara adalah PRK Dun Penanti adalah PRK yang paling aman di Malaysia sejak merdeka silap-silapnya!
Masa penamaan calon pun aman..
masa berkempen pun aman..
Masa hari mengundi laaagi aman!

Kalau tak aman,masakan ada gambar seorang anggota Polis tertidur di kerusi di siang hari mengundi! Perghh!! Memang aman damai!

Tapi..
Bila mai PRK Bagan Pinang..
Yang UMNO bertanding..
Nahhh!! teman sendiri menjadi saksi bagaimana Markaz Induk Pemuda PAS diserang ala 'Ganster Hong Kong"!
Ada pedang samurai..
Ada berpuluh biji moto dengan pemuda-pemuda BN yang memakai lilitan merah di tangan!
MasyaAllah!
Terus jadi gegak gempita!
Macam bertanding melawan beruk dan kera lagaknya!

Malam sebelum hari mengundi..
Beratus pemuda BN menyanyikan lagu Negaraku di Bilik Gerakan Besar BN di depan marina Resort PD, habis je nyanyi.. mereka keluar ke jalanraya dan menyerang pulak tapak ceramah final PAS berhampiran!
Sampaikan terpaksa FRU turun kawal kawasan tuh!

Berpuluh kereta penyokong PAS pecah cermin dan calar-balar dibuat mereka!
kereta sahabat teman dari Hulu Selangor sendiri menjadi mangsa kemik teruk dihentak dengan helmet oleh pemuda Bn berlilitan tali merah tadi!

Manusia apa ini?
Parti politik apa ini?
Melayu apa ini?
Islam apa ini?

sunsnake 02032011

Merlimau terus dicemari angkara khianat

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan. Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Berita Penuh

Tuesday, March 1, 2011

Alangkah Sengetnya Neraca Mereka! - Nik Aziz

“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” -Nik Aziz.

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

NONE“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

NONE“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

najib egypt democracy crisis“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.