Makin jelas SPR memainkan wataknya dengan semakin cemerlang dalam usaha memenangkan towkeynya iaitu UMNO Barisan nasional!
Dalam hal sekecil-kecilnya seperti kesalahan UMNO berkempen di PRK dengan provokasi melampau sampailah ke isu melangkaui kuasa Speaker DUN! Obvious gilerr!
Apakah PR hanya mahu bertindak setelah 'berjudi' dalam PRU 13 nanti yang pastinya akan diakhiri dengan kekalahan?
Dan kalah dalam keadaan tahu ditipu adalah kekalahan yang menyakitkan sebenarnya..
Lainlah kalau kalah dalam keadaan padang yang rata dan pengadil yang jelas adilnya!
Sangat-sangat tiba dah masanya gerakan BERSIH 2 dilangsungkan!!!!
sunsnake 03032011
Undi pos: SPR percaya naik kerana kesedaran, Bersih 2.0 mahu semakan
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai termasuk mereka mendirikan rumah tangga dengan anggota polis dan tentera kini tahu tentang hak mereka bahawa boleh menjadi pengundi tidak hadir, yang memberikan mereka hak untuk mengundi menerusi sistem undi pos.
“Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.
0 comments:
Post a Comment