Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 29, 2010

Khusrin - Agenda Melagakan Kerajaan Selangor dan Istana!


Nampaknya UMNO tak sudah-sudah mencari jalan melaga-lagakan Kerajaan Negeri Selangor dan Istana.. Sememangnya hanya itu sahajalah modal yang ada oleh mereka.

Mereka tahu betapa 'bengang'nya Kerajaan PR Selangor dengan Khusrin ini..
Bukan lagi rahsia akan betapa totoknya Khusrin ini dengan UMNO!
Bukan lagi rahsia betapa kelayakan pengalaman dan gred Khusrin yang sebenarnya tidak layak menjawat jawatan setinggi Setiausaha Kerajaan negeri (SUK)!
Dan bukan lagi rahsia betapa jawatan SUK inilah senjata UMNO didalam setiap kerajaan negeri PR.

Segala macam perancangan oleh Exco Agama Islam Selangor, Dr Hassan Ali diboikot dan diawasi sepenuhnya oleh Khusrin ini atas jawatannya sebagai Pengarah JAIS lantikan Istana. Sememangnya JAIS duduk dibawah MAIS dan MAIS adalah dibawah Sultan Selangor!
1Malaysia tahu bahawa barisan penasihat-penasihat Sultan ini apa fikrahnya!

Lihat sahaja betapa berbisanya SUK Perak disepanjang isu Kudetta dahulu..
SUK tersebut tergamak menghalau dengan cara biadap DS Nizar daripada pejabat MB Perak!
Seolah-olah dia hanya berlakon baik sepanjang 8 bulan pemerintahan DS Nizar.
Hinggakan DS Nizar sendiri semacam tak percaya dengan perubahan drastik SUK ini..

'ultimate goal' dalam isu ini adalah untuk menimbulkan ketegangan antara pihak Kerajaan negeri Selangor dan Istana Selangor! Walhal perlantikan SUK ini tidak ada kaitan pun dengan Sultan! Melainkan jawatan didalam JAIS dan MAIS.

Rakyat Selangor akan memerhatikan dengan penuh teliti isu perlantikan Khusrin ini sebagai SUK pastinya. Dan sekali lagi kesabaran dan kecekapan pimpinan kerajaan negeri Selangor akan diuji. Semoga Allah SWT memberikan ruang dan peluang.
sunsnake 29122010

Kelayakan Khusrin jadi SUK S'gor dipertikai

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru mula dipertikaikan, antaranya ekoran 'kontroversi' yang melingkarinya. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu "yang seolah-olah ingin sabotaj" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah diambil kira. Antaranya, dakwa Nik Nazmi, Khusrin melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lepas serta "engkar" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. "Sebelum itu Khusrin 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan. "Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi setiausaha kerajaan negeri Selangor?" soal Nik Nazmi dalam blognya hari ini.

Berita Penuh

Si Penembak Laser di Stadium Ditemui!

Isu Khusrin: BN belum belajar dari tsunami




Shaharul Shafie

Tindakan yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dilihat akan memberi impak kepada pemulihan persepsi rakyat kepada sejauh mana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) itu selama ini belajar dari kesilapan sebelum hampir ditenggelami oleh tsunami politik 2008. Di saat Umno dan BN semakin kembali kuat dengan dasar-dasar baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada suku ketiga tahun ini, nampaknya kerajaan kembali melakukan kesilapan lagi bagi mengambil semula hati dan keyakinan rakyat terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Tindakan yang dimaksudkan ini ialah tindakan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat yang tidak menitikberatkan aspek profesionalisme dan mengambil kira kesesuaian calon dengan kerajaan negeri. Bukan itu sahaja, langkah kerajaan pusat ini dikesali kerana sampai sekarang nampaknya BN masih belum sedar bahawa punca utama mereka pernah ditolak dulu adalah kerana sikap menunjuk pandai dan kuasa yang berpaksikan politik dan bukannya kepentingan rakyat. Mungkin terghairah tidak tentu fasal dengan kemenangan di Galas dan Batu Sapi membuatkan mereka kembali membuat ’dosa’ lama.

Saya amat letih sekali kerana banyak artikel saya sebelum ini hanya mahu mengingatkan beberapa kali kepada BN bahawa Najib sendiri sebelum ini akur akan persepsi dan minda rakyat masa kini yang menyebabkan mereka hampir tersungkur dalam PRU 2008. Ini adalah kerana ketika itu, rakyat menyampah sama-sekali kerajaan BN yang mengamalkan dasar ’only we who know the best for people.’ Najib sendiri beberapa kali bercakap pada media dan rakan-rakannya dalam BN bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Namun, apa yang berlaku sekarang, keangkuhan lama yang masih belum surut terus diamalkan dan janji Najib untuk tidak akan lagi mengamalkan dasar tahu semuanya itu nampaknya meleset sekali.

Tidak dinafikan sepanjang dan selepas pemilihan pimpinan PKR pusat yang lalu, selain dari program penambahbaikan ekonomi oleh Najib, persepsi rakyat terhadap pemerintah pusat nampak semakin pulih. Namun, tahap ’kemaafan’ rakyat yang pernah mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada PRU yang lepas nampaknya semakin lusuh apabila bermula episod pertarungan tunjuk kuasa BN di Dewan Rakyat beberapa minggu lepas mengenai dakwaan PR mengenai unsur Israel yang cuba menerapi konsep 1 Malaysia telah menyebabkan empat ahli Parlimen digantung dari Parlimen.

Bagi rakyat, yang menginginkan doktrin pembahagian kuasa dengan penuh demokrasi yang sempurna dapat dilaksanakan amat kesal dan ternyata sedih dengan penggunaan kuasa politik melebihi daripada kepentingan masyarakat. Bukan itu sahaja, BN dilihat mengamalkan matlamat yang menghalalkan cara telah menyebabkan negara juga mengalami susutan kedudukan di kalangan negara dunia dari segi amalan demokrasi yang jelas secara langsungnya akan memberi kesan kepada nama baik negara dan kemasukan pelaburan asing yang kini semakin mengecil. Laporan Economist Intelligence Unit (EIU) menunjukkan Malaysia turun dari tangga 68 ke 71 di dalam prestasi indeks demokrasi dua hari yang lalu di kalangan 167 buah negara.

Dari saat penggantungan ahli-ahli Parlimen itulah, rakyat yang sebelum ini nampaknya sedia memaafkan BN sudah kembali berang dan melupakan kemarahan mereka ke atas apa yang berlaku di dalam pemilihan PKR baru-baru lagi. Mungkin penggantungan tidak demokratik itu yang tidak memberi peluang adil membela diri dan termasuklah dengan perlantikan sesuka hati KSU Selangor ini menjadi rahmat kepada PR yang sejak dua menjak ini kekurangan isu-isu panas untuk diketengahkan bagi meraih sokongan rakyat. Namun yang amat dikesalkan ialah cakap tak serupa bikin oleh BN apabila masih meletakkan kepentingan parti melebihi daripada demokrasi yang dijunjung oleh rakyat. Malah membabitkan istana semata-mata untuk berkuasa dan kesannya rakyat mula menaruh prasangka ke atas raja-raja Melayu.

Perlantikan Datuk Mohd Khusrin Nawawi untuk menjadi SUK Selangor yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor dilihat sebagai satu pertikaian yang bakal membabitkan pihak istana yakin Sultan Selangor. Khusrin yang sebelum ini penuh kontroversi dan terkenal apabila gagal bekerjasama dengan kerajaan Selangor di dalam perkara berkaitan dengan agama Islam di negeri itu turut menggunakan Sultan Selangor sebagai pelindungnya dengan alasan hal ehwal agama adalah dibawah bidang kuasa sultan. Khusrin boleh diibaratkan seperti ’firaun kecil’ yang pernah berlaku di Pulau Pinang apabila Pegawai Pembangunan Pulau Pinang yang sepatutnya berkhidmat dengan kerajaan negeri tetapi lebih berkiblatkan kepada kerajaan persekutuan. Jadi samalah dengan Khusrin.

Bila pejabat KSN dan istana Johor semalam memaklumkan perlantikan Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, ini jelas usaha semborono kerajaan BN yang cuba membabitkan kedudukan istana. Sebenarnya perlantikan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan sepertimana perkenan diperlukan untuk jawatan-jawatan tertinggi berkaitan dengan fungsi baginda dengan hal ehwal agama Islam negeri sahaja. Baginda berkuasa untuk perkenan perlantikan mufti dan lembaga pengarah untuk JAIS dan agensi-agensi berkaitan dengan agama negeri seperti Majlis Agama Negeri Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain lagi.

Perlantikan SUK mestilah dipersetujui hanya oleh Menteri Besar Selangor. Ini adalah kerana Menteri Besar adalah ketua pentadbiran di dalam negeri itu. Sultan Selangor hanya lambang negeri, kedudukan Melayu dan berkuasa penuh dalam aspek agama Islam sahaja. Oleh itu, sebab kerajaan pusat mengheret baginda ini tidak nampak rasional dan apa yang boleh diandaikan ialah kerajaan pusat cuba menggunakan nama baginda sultan ini untuk dua sebab. Sebab pertama ialah untuk berlindung di belakang baginda dengan mengenengahkan baginda sebagai ’satu alat’ untuk membuatkan semua orang senyap dan terpaksa menerima Khusrin atau sebab kedua ialah BN menggunakan situasi ini untuk memburukkan imej kesultanan Selangor di kalangan rakyat jelata. Ini benar kerana sejak dahulu lagi di bawah Tun Dr Mahathir, BN selalu mencabar kedudukan raja-raja Melayu secara halus untuk tujuan politik nasionalis mereka termasuklah pengurangan kuasa raja-raja.

Tidak dinafikan keputusan akhir perlantikan SUK memang terletak di tangan kerajaan pusat. Oleh itu, kerajaan pusat BN haruslah membuat keputusan berdasarkan profesionalisma dan kebaikan rakyat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah pejabat KSN kena letakkan faktor keharmonian pentadbiran negeri sebagai matlamat utama. KSN yang sesungguhnya dipengaruhi oleh Perdana Menteri kena akur bahawa bagi mencapai keharmonian ini, SUK yang dilantik mestilah seseorang yang boleh bekerja dengan kerajaan negeri tidak kiralah dipimpin oleh BN ataupun PR. KSN tidak boleh mengamalkan double standard untuk kepentingan bosnya di Putrajaya sahaja. Matlamat beliau seharusnya adalah untuk kebaikan rakyat. KSN dan kerajaan pusat kena akur pilihan rakyat Selangor yang memilih PR sebagai kerajaan negeri. Kerajaan pusat kena letakkan kepentingan sosial dan rakyat melebihi impian politik ataupun dendam kesumat politik mereka. Jika BN mahu mengambil hati rakyat yang menolaknya dahulu sewajarnya berprofesionalismalah dalam perkara ini. Biarkan calon yang boleh bekerja dengan kerajaan PR kerana inilah meletakkan Najib bukan sebagai ahli politik tetapi seorang negarawan di mata rakyat kelak.

BN kena tahu bahawa penolakan ke atas mereka semasa Tsunami 2008 disebabkan oleh luka di hati rakyat yang mana luka yang sembuh meninggalkan parut. Parut yang ada boleh terluka semula sekiranya BN masih kekal angkuh dan lupa janjinya untuk tidak lagi bertindak sebagai ’mereka yang tahu segala-galanya’. Bagi kerajaan PR pula, sememangnya apa yang terjadi ini menjadi satu rahmat kepada mereka bagi memainkan isu ini di kalangan rakyat supaya api kemarahan 2008 itu kembali menyala semula lebih-lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah semakin dekat.

Najib dijangkakan tidak akan menghabiskan penggal Parlimen atau mandat PRU-12 sepenuhnya 5 tahun sehingga tahun 2013. Ini kerana semua ahli ekonomi sudah bersependapat bahawa keadaan ekonomi global dijangkakan menguncup semula pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan. Dan di kala penguncupan ekonomi ini mengambil masa hampir 2 tahun untuk pulih semula, maka Najib tiada pilihan lagi untuk membubarkan Parlimen sebelum pertengahan tahun hadapan. Sudah menjadi kelaziman, sesuatu pilihanraya terbaik kepada parti pemerintah adalah dilakukan semasa keadaan ekonomi yang stabil dan amat buruk sekali padahnya jika dilakukan semasa ekonomi meleset. Oleh itu, Najib harus sedar api kemarahan di atas kedangkalan pentadbirannya mengasingkan elemen politik dan pentadbiran akan memberi kesan yang mungkin lebih teruk lagi jika dibandingkan semasa PRU yang lepas.

Ketirisan dalam salahguna kuasa tidak sahaja tertakluk kepada penggunaan wang. Episod kedegilan BN meletakkan SUK pro-BN adalah satu bentuk ketirisan atau penyalahgunaan kuasa melibatkan kuasa. Sudah banyak kali BN menafikan pilihan rakyat ke atas apa yang mereka mahukan. Sebelum ini, jawatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat negeri yang merupakan jawatan pentadbiran awam telah dipolitikkan oleh kerajaan BN pusat. Contohnya, Ketua Perhubungan Umno Kedah dilantik menjadi ketua MKN negeri sedangkan yang layaknya ialah kerajaan negeri yang dipilih rakyat iaitu kerajaan pimpinan PAS di Kedah. Sepatutnya jawatan-jawatan sebegitu secara automatiknya diberikan kepada siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira dari parti mana sekalipun.

Bukan itu sahaja, MKN mempunyai sumber utama bagi membantu malapetaka besar yang sudah termaktub di dalam perjanjian pusat dan negeri bahawa MKN akan mengeluarkan semua bantuan dan bukannya negeri. Apa yang berlaku dalam banjir besar Kedah yang lalu yang sengaja dimainkan oleh media kerajaan menunjukkan kerajaan PAS Kedah lemah akhirnya menjadi senjata yang makan tuan apabila rakyat yang sudah ramai yang pintar dan berpendidikan tinggi sudah lebih awal faham situasi siapa yang sebenarnya ada ’kuasa dan wang’ dalam isu malapetaka sebegitu. Perkara macam inilah menyakitkan hati rakyat yang sudah pandai dan geram apabila kerajaan pusat memperkecil-kecilkan mereka dengan bertindak seperti ’Profesor Serba Tau’ segalanya.

Saya yakin Khusrin akan tetap menjadi SUK Selangor dan kerajaan PR Selangor terpaksa menerimanya kerana seperti biasalah kerajaan Najib tidak akan beralah. Namun begitu, Menteri Besar dan pimpinannya di dalam negeri terkaya di Malaysia itu boleh gunakan cara lain untuk memperkecil-kecilkan peranan SUK tajaan kerajaan BN itu. Dengan bajet yang ada mereka mampu mewujudkan satu jawatan pegawai khas kepada Menteri Besar.Apa-apa fungsi pentadbiran mengenai isu-isu dalam negeri itu seperti kerajaan tempatan, air ,sumber asli dan lain-lain lagi boleh dipengerusikan oleh pegawai khas ini menggantikan SUK ini dan segala surat-menyurat ditandatangi oleh pegawai khas ini adalah di atas nama Menteri Besar untuk sebaran perkhidmatan awam kerajaan negeri.

Dengan cara ’memboikot’ ini boleh memberi tekanan kepada Khusrin sendiri. Biarlah Khusrin pergi bermesyuarat di Putrajaya dengan KSN setiap bulan tetapi tiada kuasa di negeri dan maklumat cukup tentang pentadbiran negeri. Tidak payahlah saya huraikan bagaimana mahu memboikot SUK tajaan BN ini oleh pihak PR kerana saya tahu pimpinan PR kerajaan Selangor lebih mengetahui cara yang terbaik asalkan berlandaskan undang-undang dan peraturan tubuh pentadbiran negeri.

Walaubagaimanapun, poin yang menyebab saya kesal sangat sebagai salah seorang yang berada di atas pagar semasa PRU yang lepas ialah BN masih gagal perbaharui pendekatan politiknya dan masih menggunakan kuasa untuk mendapat apa sahaja yang diidamkan yang menyalahi norma-norma demokrasi. Amat geram sekali apabila BN masih tunjuk pandai dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta belum serik lagi dengan tsunami melanda mereka suatu masa dahulu.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Tuesday, December 28, 2010

UMNO Semakin Mantopp!!! Yakinlah!

Puak kami dah lama tak masyukk ni wehh!!

Teman cuba nak yakin dengan ayat-ayat skema Utusan Meloya nih!
Tapi belum sempat teman nak yakin, terjumpa pulak ayat-ayat bertentangan di Berita Hairan??
Pulak??
Mana satu yang betul nehh!
Utusan kata senarai baru mampu kukuhkan parti..
Berita Hairan kata kat Perlis dah gegak gempita!!
Wakakakaka!

Mana tahan syeikhh!!
Kalau teman jadi Shahidan pun...
Tak boleh tahannn!!
Semua lobang-lobang masyuk dah kena block dengan Mat Isa Sabu..
Perghh!!
Banyak mulut nak kena suap syeikhh!
Banyak kroni nak kena sumbat syeikhhh!
Banyak proposal dah lama tak sign bro!
Dah lama dahhhh... kurang mahsyukkk!!

1 perkara yang harus diingat..
Bukan semua kroni UMNO boleh mahsyuk dengan satu-satu pemimpin..
ada banyak tribes!
wakakakaka!

Tu belum usha perkembangan di terengganu tuh!!
Makang ikang la jawabnyaaaa!
sunsnake 28122010

Senarai baru mampu kukuhkan parti

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Senarai terbaru Kepimpinan UMNO di peringkat negeri seperti mana yang diumumkan hari ini diyakini mampu mengukuhkan lagi kedudukan parti terutama bagi menarik lebih ramai sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Berita Penuh

Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.
Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.

Berita penuh

Awasi Perangkap TPM!! Amaran!


Subky Latif
SAYA tanya Tian Chua, Naib Presiden PKR yang baru, “Bagaimana Anwar boleh menamakan Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan?”

Jawab Tian Chua bahawa Anwar tidak mencalonkan sesiapa. Dia ditanya media tentang siapa TPM kiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya nanti.

Kata Tian Chua, Anwar tidak menyebut nama sesiapa. “Sesiapa pun boleh.”

Dia ditanya lagi, adakah seorang bukan Melayu boleh jadi Timbalan Perdana Menteri?

Anwar dikatakan menjawab, “Tidak ada masalah.”

Dan ditanya lagi, bagaimana dengan Kit Siang.

Apa Anwar hendak kata? Kalau dia jawab, tidak boleh, tentu ia jadi isu. Bila dia jawab, boleh, juga akan jadi isu.

Apa dia hendak kata?

Yang dia boleh kata ialah “Tidak ada masalah.”
Kata begitu pun juga jadi isu.

Maka disebarlah berita dalam media bahawa Anwar dikatakan akan mengambil Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kata Tian Chua, Anwar tidak buat cadangan pun.

Bagitulah media memerangkap Anwar dan sekali gus memerangkap Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpinnya dan penyokong-penyokongnya.

Sama ada perangkap itu dipasang musuh terdiri dari puak Ketuanan Melayu atau oleh sesiapa saja, puak Ketuanan Melayu memang suka dengan kejadian itu, kerana ia boleh mencelarukan kelicinan Pakatan Rakyat mencabar monopoli kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Memang sedikit sebanyak berita yang tersebar itu sudah mencelarukan keadaan. Ada yang berkata ia belum dibincang dan ada yang berkata begitu dan begini hingga pengundi-pengundi bebas tertanya-tanya.

Selama-lamanya Barisan Nasional terutama Umno menyuruh rakyat bertanya, Siapa Perdana Menteri kalau pembangkang menang?
Masa belum ada Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif dulu, pembangkang tidak sekata menamakan Perdana Menterinya. PAS kata,

Datuk Asrilah. Kemudian, Yusof Rawalah dan Fadzil Noorlah.

DAP pula memikirkan Lim Kit Siangnya.

Semasa Tengku Razaleigh tidak menyertai Umno (Baru) dalam PRU 1990 dulu, Semangat 46 mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri. Tetapi PAS diam saja.

Semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, pejuang reformasi mengira dialah Perdana Menteri bila BN dikalahkan. PAS tidak kata tidak dan tidak kata OK. Orang politik dan orang ramai tertanya-tanya bagaimana banduan boleh jadi Perdana Menteri? Dia tidak boleh bertanding dan kalau bukan anggota Parlimen, mana boleh jadi Perdana Menteri.

Tetapi setelah Pakatan Rakyat ada, calon Perdana Menteri itu sudah ada. Pertanyaan yang Umno suruh rakyat tanya itu sudah ada jawapannya. Sudah disetujui oleh Pakatan Rakyat bahawa Anwarlah calon Perdana Menteri.

Jika dia tidak sempat dan dipenjarakan sekali lagi pun, maka sudah ada jawapan tentang Perdana Menteri.

Kalau dalam PRU 2008 tiada calon Perdana Menteri yang jelas, BN telah lintang pukang, maka cabaran itu adalah berganda apabila Perdana Menteri menunggu itu ada dan bergerak. Walaupun pembangkang belum tentu menang, tetapi ia belum tentu kalah. Akan tetapi kerajaan BN pula belum tentu kalah, tetapi tidak pasti pula menang.

Bagi menghalang Pakatan menang, maka celarukan ia dengan isu Timbalan Perdana Menteri. BN tentulah TPMnya ketuanan Melayu. Kalau TPM Pakatan Rakyat bukan Melayu, maka ada ruang bagi Umno menghasut pengundi Melayu supaya jangan lari daripadanya.

Maka orang Pakatan - kecil dan besar – jangan latah dengan perangkap APCO atas isu TPM itu. Reaski masing-masing jangan pecah di mulut dan laman web. Jangan jadi isu TPM sebagai penghalang destinasi ke Putrajaya.

Pastikan tiba ke destinasi dulu. Lepas itu tahulah Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh apa nak buat dan Tok Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang juga tahu apa hendak dibuat.

Di mana Ustaz Hadi dan Kit Siang hendak ditempatkan tidak sepenting membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama, memerangi rasuah dan penyelewengan, menjamin keluhuran undang-undang dan demokrasi.

Jika Pakatan dikecamukkan oleh isu TPM, jalan ke Putrajaya nescaya bengkang bengkok. Jika ia tidak sampai ke Putrajaya, peluang tiba lima tahun lagi tidak semudah hari ini. Macam-macam boleh berlaku lima tahun lagi. Keadilan sosial tidak dapat ditegakkan dan rasuah tidak dapat dibendung.

Menyedari isu TPM itu satu perangkap, maka tidak sesiapa patut latah dengannya.

Monday, December 27, 2010

KIMMA Mengganas Di Selangor?

Yang ni Berbangsa India tapi tak boleh masuk UMNO, so joint KIMMA

So? apsal yang ni boleh masuk UMNO? wakakaak!!
Apa bezanya mereka?? wakakakak!

Hmmm..
teman dah lama dah 'kureng' gi restoran mamak neh melainkan nak layan bola je..
Maklumlah.. orang takde astro kat umah..
Tapi kalau area bukit beruntung/bukit sentosa ni elok benor la layan di restoran tomyam yang banyak melingkor kat sini.. yakin sikit kebersihannya..

Baru-baru ada terdengor cite gak restoran mamak di area ni terkantoi, uli tepung roti canai pakai kaki!! wakakakkakaa! Wallahua'lam.. harap fitnah la benda2 cenggitu!

Nasihat buat ahli-ahli PAS..
kurang-kurangkanla layan makan minum mamak ni..
gelap hati pulak kang wehhh!!! wakakakaka!
Bancuh sendiri radix lagi bagusss!!

sunsnake 27122010

Restoran mamak di Selangor terus pamer logo 1Malaysia

26/12/2010 4:36pm

TEMERLOH 26 Dis. – Kira-kira 1,300 restoran mamak di Selangor akan terus mempamerkan lambang gagasan 1Malaysia di premis masing-masing walaupun dilarang oleh kerajaan negeri itu.

Timbalan Presiden Kongres India Muslim (Kimma), Mohammed Mosin Abdul Razak menegaskan, pengharaman lambang 1Malaysia di Selangor adalah bermotif politik sama sekali kerana konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. – Utusan